Orang Banjar bukanlah jenis yang panas baran atau suka bergaduh. Bila ada tanggapan itu maka saya perjelaskan keadaan sebenar. Hingga ada pihak melihat orang Banjar suka bergaduh dan bila ke mana-mana sering membawa lading (pisau) atau bila bergaduh cepat mengambil parang panjang untuk bertarung.
Sejarah membuktikan kedatangan orang Banjar ke Tanah Melayu atas faktor berdakwah dan hambatan ekonomi. Mereka membuka hutan untuk mengusahakan sawah dan kebun getah selain ada yang menjalankan perniagaan.
Manakala alim ulama membina sekolah pondok untuk mengajar agama dan guru mengaji al-Quran. Di antara kitab yang masyhur digunakan ialah Sabilal Muhtadin karangan As-syeikh Muhamad Arshad al-Banjari.
Ketika Zaman pemerintahan bintang tiga selepas kekalahan Jepun 1945, di daerah Batu Pahat, Johor orang Banjar bersama orang Bugis Jawa dan Kerinci bangkit bersama-sama menentang kekejaman komunis. Keberanian itu timbul kerana marah terhadap kekejaman komunis yang membunuh ramai guru agama, orang tua, kanak-kanak dan orang perempuan. Mereka membakar rumah dan anti Islam.
Melihat situasi itu orang Banjar bangkit mengepali kekuatan daripada amalan ayat empat dan doa yang diajar oleh beberapa Kiayi Banjar seperti Hj. Mohktar Parit Andin (Balik ke Banjar), Kiyai Sahbudin, Panglima Ijam dan beberapa yang lain termasuk Pamglima Salleh.
Anak-anak muda yang berjiwa agama dan rela berjihad untuk mempertahankan agama bangsa, dan negara muncul berperang dan meredakan keadaan agar keamanan dapat dipulihkan. Menurut arwah ayah apabila kekuatan komunis dapat dilumpuhkan dan pihak British kembali semula, pemimpin komunis meminta untuk berdamai. Mereka meminta beberapa ketua kampung khususnya di kawasan Yong Peng mengadakan dailog agar tidak saling serang menyerang.
Ini adalah beberpa peristiwa penting yang berkaitan masyarakat orang Banjar. Sikap panas baran, suka bergaduh dan lain-lain pandangan yang negatif juga terdapat di kalangan masyarakat lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan