Ilmu santau merupakan ilmu hitam yang masih wujud dalam dunia moden masakini. Ia merupakan ilmu racun yang ditapa dan kaedah pembuatannya menerusi amalan warisan saka digunakan untuk menyiksa dan membunuh seseorang.
Santau atau dikenali sebagai lontong di Sabah cukup menggerunkan kerana akibatnya boleh merana sepanjang hayat hatta boleh membawa maut jika tidak dirawat oleh perawat yang ahli tentangnya. Malah perubatan moden tidak mampu menyembuhkan pesakit yang terkena ilmu ini.
Lazimnya ia dikenakan melalui minuman atau makanan. Namun ada juga yang dihantar melalui angin dengan perantara jin/syaitan pemilik ilmu berkenaan.
Bahan-bahan yang digunakan sebagai ramuan santau ialah darah katak bertanduk, miang buluh, kaca, getah beracun, bisa binatang dan sebagainya.
Bagi menghindari diri dari ancaman ilmu santau maka sewajarnya kita memohon perlindungan Allah dengan mengamalkan Bismillah 6 setiap masa khususnya selepas solat Maghrib dan Subuh.
Jika mendapat petanda wujudnya permainan santau di mana anda berada terutama ketika ingin menekmati minuman atau makanan bacalah doa ini senafas dengan penuh yakin. Insyallah segala jenis racun akan menjadi tawar dengan izin Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan