18 Januari 2010

Madu dan khasiatnya


MADU sering menjadi campuran dalam berbagai ubat herba terutamanya makjun dan jamu. Ini kerana ia merupakan kombinasi pelbagai manisan daripada bunga termasuk bunga-bunga herba yang dikutip oleh lebah.
Surah Al-Nahl ayat 69 menyebutkan: "Kemudian makanlah (lebah-lebah) daripada berbagai jenis buah dan bunga-bungaan menurut ketentuan Allah yang telah dipermudah. Dan dari perut lebah itu keluar minuman (madu) berbagai warna yang mengandungi penawar buat manusia."
Madu terbentuk di atas beberapa molekul gula, seperti glukosa dan fruktosa. Ia juga mengandungi mineral, asid amino dan asid folik. Sementara kandungan vitaminnya ialah vitamin B1, B2, B3, B6 dan vitamin C. Namun komposisi tersebut bergantung kepada jenis-jenis bunga yang diambil oleh lebah.
Amalan pengubatan tradisi menyebut madu digunakan untuk menahan pendarahan pada luka-luka kecil, penawar untuk kulit yang terbakar atau terkena air panas bagi mengelak daripada melecur.
Dengan mengamalkan madu setiap hari, boleh menghindari daripada berbagai penyakit kronik. Antaranya ialah memberi tenaga yang cukup untuk aktiviti harian. Antara khasiat madu lebah ialah:
*Memulihkan tenaga.
*Membetulkan sistem pernafasan.
*Melegakan batuk.
*Mengelakkan kekejangan pada otot.
*Membersihkan darah.
*Mempercepat pertumbuhan sel otak.
*Mempercepat pertumbuhan sel kulit.
*Membasmi virus dalam darah.
*Menghilangkan gatal-gatal pada kulit.