30 November 2009

Wajar dihukum bukan diampunkan


KALAU kesilapan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu adalah sifat kezalimannya, maka begitulah juga dengan Parti Komunis Malaya (PKM).

Bayangkanlah, kalau Jepun semasa Perang Dunia Kedua dahulu tidak zalim, sebaliknya membina Tanah Melayu dan seluruh Asia Timur menjadi rantau yang berjaya dan makmur, tentu pemerintahannya dapat diterima dan haluan sejarah jadi berbeza.

Tetapi sifat dan sikap Jepun pada masa Perang Dunia Kedua ketika menjajah Tanah Melayu adalah zalim, mengerikan dan tidak berperikemanusiaan, memang wajar ia ditentang dan dibenci.

Begitu juga dengan PKM. Kalaulah ia dahulu muncul sebagai parti yang demokratik, berperikemanusiaan dan tidak zalim, tentu ia dapat diterima dan tidak dibenci.
Tetapi tidak. Sifat PKM telah menjadi seperti Jepun dalam Perang Dunia Kedua, mereka zalim dan menganiaya rakyat. Sedangkan PKM memusuhi Jepun. Makanya PKM telah menyerupai musuhnya sendiri. Justeru wajar PKM ditentang hingga ia menyerah kalah, seperti mana Jepun dilawan hingga akhirnya mengakui tewas.

Tetapi mengapakah Jepun boleh dimaafkan tetapi tidak PKM? Kalau Jepun sudah menandatangani perjanjian damai, maka begitu juga dengan PKM. Pada Jepun, Malaysia nampaknya telah memaafkannya, tetapi tidak pada PKM? Mengapa begitu?

Jawapannya terletak pada entiti yang berbeza antara Jepun dan PKM. Jepun adalah sebuah negara sementara PKM adalah sebuah parti. Pihak yang menjerumuskan Jepun dalam kancah peperangan adalah segolongan tentera berfahaman Fasis. Merekalah yang zalim dan bukannya Jepun sebagai bangsa dan negara.

Golongan Fasis ini tidak dimaafkan. Seperti juga Nazi di Jerman. Setelah Jepun menyerah kalah, pemimpin Fasis ini ditangkap, diadili dan dihukum. Banyak dihukum bunuh. Lepas itu, Jepun dimaafkan kerana Tokyo dipimpin oleh parti demokratik iaitu Parti Liberal Demokratik (LDP).

Antara parti pembangkang Jepun yang menentang golongan Fasis ialah Parti Komunis Jepun (JCP). Parti ini memilih jalan demokrasi, tidak seperti PKM. Ia tidak zalim dan menjalankan banyak kegiatan sosial. Ia memenangi beberapa kerusi Parlimen, dan kini masih aktif.

Tidak seperti PKM yang memilih jalan ganas dan zalim. Pemimpinnya Chin Peng tidak menyerah kalah dan tidak memohon ampun daripada rakyat Malaysia kerana kezalimannya.
Pemimpin-pemimpin PKM tidak didakwa, diadili, dibicarakan dan dihukum. Sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan tanpa menghiraukan hakikat bahawa dasar-dasar mereka telah mendatangkan kesusahan kepada rakyat.
Sesungguhnya PKM adalah parti yang telah silap langkah dan kerananya banyak kesusahan ditanggung. Mereka tidak dapat dimaafkan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.
BANJAR MALAYA: APA lagi yang Chin Peng inginkan? Balik ke Malaysia. Poraah. Segala kejahatan, kezaliman dan kemusnahan yang dilakukan oleh PKM tidak akan dimaafkan. Jangan kau pijak bumi Malaysia ini. Nostalgia lama tidak akan padam-padam di sanubari kami dan akan diperturunkan kepada anak cucu kami bahawa kamulah pengganas komunis yang membunuh ramai orang Islam tanpa belas kesihan.
Tahniah YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia. Syukur kepada Allah kerana YAB enggan menemui Chin Peng ketika melakukan lawatan di Selatan Thailand. Didoakan semoga YAB selamat dan berjaya membawa misi keamanan di Selatan Thailand

Amah bubuh sabun dalam susu bayi


SINGAPURA - Seorang pembantu rumah Indonesia, Titin Agustiana dihukum penjara tiga tahun kerana membubuh bahan pencuci dalam susu anak majikannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Tertuduh semalam mengaku bersalah apabila didapati meletakkan bahan itu dengan niat untuk mencederakan dua bayi kembar lelaki berusia 30 bulan pada 11 Ogos lalu.
Mahkamah diberitahu, Titin, 24, sengaja berbuat demikian akibat berasa marah terhadap majikannya yang selalu berleter kerana dia melakukan kerja rumah dengan tidak memuaskan.
Titin membancuh serbuk pencuci di dalam tepung susu itu dengan harapan majikan tidak memarahinya kerana memberi lebih perhatian kepada anaknya. - Agensi

26 November 2009

Doa Ayat Empat


Dalam menghadapi peperangan yang menuntut umat Islam bangkit melawan musuh sebagaimana zaman darurat melawan pengganas komunis ada beberapa amalan yang masih wujud hingga ke hari ini.

Amalan sedemikian adalah jalan menuntut keredhaan Ilahi yang dibawa oleh alim ulama zaman bahari bagaimana kekuatan jasmani sahaja tidak memadai melainkan digarap dengan kekuatan rohani.

Kesungguhan untuk mendaptkan pertolongan Allah menuntut setiap pengamalnya sedia melakukan beberapa amalan para solihin selain mentaati perintah yang fardu dan meninggalkan perkara yang dilarang (haram).

Amalan Empat Zikir yang lebih dikenali Ayat 4 menjadi amalan zikir yang amat mustajab di amalkan bagi menghadapi musuh durjana ayng menyerang, memperkosa dan membunuh orang Islam. Selain itu ada beberapa zikir dan doa yang baik untuk di praktikkan bagi memperkukuhkan kekuatan yang dipohon kehadrat Allah SWT.

Dari ayat empat tadi terdapat kekuatan hikmah dan doa permohonan kita kepada Allah Ta'ala agar kita diberi kekuatan dan perlindungan. Malah, musuh yang melihat pengamalnya pasti akan gerun, kaku dan dengan izin Allah boleh dikalahkan.

Zikir membawa erti ingat akan Allah. Apakala kita ingat padaNYA, maka DIA ingat pada kita. Maknanya ada penyerahan diri kepada Allah dalam zikir dan permintaan kita melalui doa agar kita di lindungi membawa suatu keyakinan yang mutlak dalam ilmu Banjar ini.

Apakala sudah di lindungi Allah tiada apa lagi kainat yang dapat membinasakan kita melainkan Allah. Maka Ayat 4 sebaiknya di amalkan sebagai zikirullah dan wajar diamalkan sebaik-baiknya tanp sekali-kali melakukan perkara yang mungkar dan maksiat.

Bagi mengelakkan daripada panas baran kepada pengamalnya, malah memberikan ketenangan hati dan keyakinan bahawasanyan Allah berdiri dengan sendiriNYA. Tiada kuasa yang lebih kuat selain Allah. Kainat tiada memberi bekas. Maka jatuh pada tilikan hakikat kita bahawasanya sekelian yang baharu lemah seperti air dan kainat tidak akan memberi bekas. Nota: Kainat adalah sesuatu yang bergerak bernyawa dan sesuatu apa jua yang hendak membinasakan kita.

Iringi setiap kali amalan ini dilakukan dengan membaca Selawat Sifa" 11 kali setiap kali lepas solat fardu agar terhindar daripada panas baran dan banyakkan beristighfar.

Kepada Allah yang maha mengetahui dan penyerahan hakiki diri kita yang sebenar-benar diri. Antara kita dan DIA tiada bersekutu dan tiada bercerai. Umpama mata hitam dan mata putih. Jika bersekutu kita binasa. Jika bercerai pun kita binasa. Allah Maha Kaya sedangkan kita hamba yang lemah dan tiada daya-upaya jika tanpaNYA. Buat generasi muda, usah gentar usah ragu. Belajarlah, " Demi Agama, Tanah Air dan Bangsa".

Sesungguhnya betapa besar ilmu kerahsiaan Allah ini mereka yang pernah mengamalkan tahu fadilat dan kebesaranNYA Allah Yang Maha Agong. Sesungguhnya hanya Dia Maha Mengetahui di atas tiap-tiap sesuatu, kalau Ia menghendakki maka akan jadilah (Kun Fayakun).

Ingatlah amlan ini sebagai persediaan menghadapi musuh yang sentiasa mencari peluang untuk memerangi kita yang entah dari mana datangnya. Kalaulah amalan ini tidak wujud masakan pertempuran Angkatan Parang Panjang di Batu Pahat Johor dan Sungai Manek Perak mampu menewaskan pasukan pengganas komunis yang menggunakan pelbagai senjata api.

Kalau ada yang tahu dengan amalan ini dan maklumkanlah di mana adanya guru-guru yang berwibawa untuk menerangkan selanjutnya.
Anak-anak muda jika berminat dengan amalan ini jangan mendekati perkara yang ditegah dan dilarang oleh Agama Islam. Pelajarilah Ilmu Tauhid sedalam-dalamnya. Parktikkan jalan mulia yang menuju kesucian jiwa melalui amalan yang murni. Patuhi tuntutan syarak dan sentiasa mendekati Allah. Hanya dengan amalan yang baik yang diredahi Allah akan meletakkan diri kita mampu mengalahkan musuh-musuh Islam yang kini menggunakan pelbagi cara untuk mengalahkan Islam.
Jangan takbur dan ego apabila beramal dengan ayat 4 ini. Kukuhkan persaudaran Islam tanpa memperlekehkan sesama sendiri melainkan atas jalan nasihat bagi memperbetulkan keadaan khususnya yang berkaitan akidah.

Petua halau nyamuk di kolam laman

DARIPADA 2,800 spesies nyamuk di dunia, nyamuk tiruk dan aedes antara yang berbahaya kerana membawa demam denggi dan malaria. Tempat pembiakannya di kawasan air bertakung, semak-samun dan sampah sarap. Mereka yang membina kolam buatan wajib bersedia dengan langkah pencegahan supaya kediaman tidak menjadi sarang nyamuk.

Bawang
· Herba mujarab menghalau nyamuk.
· Digunakan sebagai kandungan penyembur kimia dan serbuk menyah nyamuk.
· Tanam pokok bawang di pinggir kolam supaya nyamuk tidak mendekati kawasan berkenaan.

Daun pudina
· Pati minyak yang terkandung dalam daun pudina menimbulkan bau yang dibenci nyamuk.

Minyak citronella
· Jika berhajat menganjurkan majlis keramaian di kawasan kolam tetapi takut tetamu menjadi mangsa gigitan nyamuk, anda boleh mengelakkannya dengan menempatkan lilin aroma citronella di situ.
· Anda boleh juga mencipta haruman penghalau nyamuk dengan mencampurkan beberapa titis minyak citronella bersama minyak zaitun. Sapu minyak berkenaan di nadi pergelangan tangan. Bunga tahi ayam
· Selain warna kelopak kuning dan jingga menceriakan taman tetapi baunya yang keras dan tajam itu menyelamatkan anda dari nyamuk kerana serangga ini memang membenci baunya.

Ikan
· Ikan emas, gupi dan koi mengurangkan populasi nyamuk dengan menelan 100 hingga 500 larva sehari. Kelawar
· Nyamuk santapan kegemaran kelawar. Haiwan ini boleh menangkap 600 ekor nyamuk sejam.

Sampah
· Bersihkan sampah sarap. Anda bukan saja disarankan memusnahkan semua tin, tayar dan bekas terbuang yang boleh menakung air bahkan membakar semua sisa daun mati. Ini kerana daun basah ditimpa hujan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk.

25 November 2009

Birthsday stones

January Garnet
Garnet is a rainbow of gemstones. With the exception of blue, it is found in every color of the spectrum. It may have the red of fine ruby or the green of rich emerald.Garnet has been dubbed the gem of faith, constancy and truth. Asiatic tribes carved garnet into bullets in the belief that their fiery color would inflict more deadly wounds. They were ground into powder for the treatment of fever or jaundice. If the cure didn't work, the apothecary was accused of using an imitation.

February Amethyst
Bacchus, the god of wine and conviviality, was angry because of some slight against him and swore revenge. He announced that the first mortal to come across his path would be eaten by tigers. Just at that moment along came the lovely maiden Amethyst, on her way to worship at the shrine of the goddess Diana. Diana saw what was happening and transformed Amethyst into stone to rescue her from a violent death. When Bacchus viewed the miracle, he repented and poured wine over the stone, staining it purple. This is the legendary creation of the gemstone amethyst.
The word "amethustos" means "not drunk." The ancient Greeks believed that whoever wore this stone would be protected against the intoxicating effect of wine. Whether or not the Greeks held the key to sobriety is open to question. Roman women, however, claimed the gem could keep their husbands faithful.

March Aquamarine
Picture the azure seas of the Caribbean with their cool greenish-blue color. The water is so clear you can see through it to the lovely light reflections between the surface and the sand below. Gazing into a fine aquamarine, you can almost transport yourself to a Caribbean island, its appearance is so like these crystal blue seas. In fact, aquamarine is Latin for seawater.
Aquamarine is emerald's most famous sister. It is simply a different color variety of the mineral beryl. Greenish-blue to bluish-green beryl is called aquamarine. The advances of modern technology have made it possible, and very common, for aquamarine to beheat-treated to drive the green out of the stone and leave the more pleasing blue. This is a permanent treatment and has become accepted in the jewelry industry.
Aquamarine has been credited with providing courage, curing laziness and quickening the intellect. In the Middle Ages it was believed to give the wearer both insight and foresight, and freedom from insomnia. Among various peoples, it had the reputation of providing happiness and everlasting youth.

April Diamond
Because of its unique brilliance, fire and superior hardness, the diamond has come to symbolize eternal love. It is one of the most beautiful symbols we encounter in our lifetime.
The diamond is the simplest of all gem minerals - pure carbon. The only difference between a diamond and the graphite in your pencil is the bonding atoms.
Diamond is the hardest substance known to man, so only another diamond can scratch it. However, diamond can chip or cleave if given too hard a knock, so it shouldn't be worn during strenuous work or play.
The diamond worn in an engagement, wedding or anniversary ring is an established symbol of marital love. The tradition began in the 15th century when Archduke Maximilian of Austria sealed his engagement to Mary of Burgundy with a diamond ring.

May Emerald
The rich green emerald holds within it the promise of new life in springtime. How appropriate that it should also be considered the May birthstone.
Long ago, the emerald was dedicated to Venus, the goddess of love. Lovers were told that this gemstone could reveal the faithfulness of their beloved. Faithfulness was reflected in a fresh, bright green; a cheating heart was betrayed by a lifeless color.
Emeralds have always been highly prized by royalty. Cleopatra, queen of Egypt, wore emeralds from her mine in Upper Egypt. Emeralds are heavily represented in the Russian Crown Jewels from the time of the czars. The Emperor Nero is said to have gazed through a large emerald to soothe his eyes as he watched the gladiator games in the Coliseum.
The ancients prized the emerald highly and believed it held many powers. They felt it could endow the wearer with the ability to think clearly in the past, present and future. It was supposed to improve one's memory, promote eloquent speech, quicken intelligence and endow one with the ability to foretell the future. It was also believed to promote honesty and frugality.

June Pearl
The pearl was the favored gem of the wealthy during the time of the Roman Empire. This intriguing gift from the sea had been brought back from the Orient by the Crusaders. Roman women wore pearls to bed so they could be reminded of their wealth immediately upon awakening.
Pearls were once considered an exclusive privilege for royalty. A law of 1612 drawn up by the Duke of Saxony prohibited the wearing of pearls by nobility, professors, doctors or their wives.
On the other side of the world, pearls were being worn for adornment by the American Indians. The freshwater pearls of the Mississippi River were strung into necklaces, sewn onto headdresses and set into copper ornaments.
An old Arab legend tells us that pearls were formed when dew drops, filled with moonlight, fell into the ocean and were swallowed by oysters.

July Ruby
"The price of wisdom is above rubies," says Job in the Bible, implying that rubies were highly prized in his time. Indeed, the respect and appreciation for rubies has always transcended all geographic boundaries and social class.
The gold coronation right of the English kings contains a large, table-cut ruby on which the figure of St. George's cross is engraved. Around the ruby are set 26 diamonds. Rubies are generously represented in crowns and scepters in the royal jewels of many nations.
Ruby has acquired special attributes from its admirers over the centuries. It has been regarded as a symbol of freedom, charity, dignity and divine power. The Burmese believed that gemstones ripened like fruit. The redder the color, the riper the ruby. A flawed ruby was considered over-mature.
Large, gem quality rubies have always been very rare. The huge gems described in medieval romances and oriental literature were most likely exaggerated by the imaginations of ruby admirers and creative authors or were actually garnets or spinels.

August Peridot
Peridot is a French word derived from the Arabic word faridat, which means gem. The stone ranges in color from light yellow-green to the intense bright green of new grass to olive. Because of the way peridot splits and bends the rays of light passing through it, it has a velvety, "sleepy" appearance - a shining rich glow.
According to astrologers, the wearer of peridot will enjoy happiness in marriage, the power of eloquence in speech and enduring freedom from insecurity - both emotional and physical.
Ancient Egyptians called peridot "the gem of the sun," although they believed its seekers might not find it in sunlight. Because of their brightness in the desert sun, the stones were supposedly invisible by daylight. In darkness, however, they were alleged to give off a light of their own. By night, miners were said to mark their locations accordingly and return to recover their treasures by day.
Peridot was believed to have the power to dissolve enchantments. To exert its full potential, the stone was to be set in gold. Then it would drive away night's terrors. If it was to be used to protect the wearer from evil spirits, it had to be pierced, strung on the hair of a donkey, and worn on the left arm.

September Sapphire
The ancient Persians believed that the earth rested on a giant sapphire whose reflection gave the sky its color.
Damigeron, a historian of old, wrote that sapphire was worn by kings to protect them from harm. It was also believed that sapphire would protect the wearer from envy and attract divine favor. The gem was regarded as a symbol of truth, sincerity and constancy.
Legend has it that if a poisonous snake were put into a vessel along with a sapphire, the rays from the gem would kill it. Our ancestors interpreted this to mean that sapphire was an antidote against poison.

October Opal
Legend has it that if a poisonous snake were put into a vessel along with a sapphire, the rays from the gem would kill it. Our ancestors interpreted this to mean that sapphire was an antidote against poison.
The Romans considered opal a symbol of hope, an appropriate attribute for a gem with a rainbow locked within it. The Arabs believed opals fell from heaven in flashes of lightning, thus acquiring their fiery colors.
These romantic notions are inspired by one of the most uniquely beautiful gemstones nature has ever produced - the dramatic, mysterious opal. The phenomenon displayed by opal is called play of color. It is caused by the diffraction of light set up by the layers of silica spheres in its composition. The effect is similar to the rainbow colors displayed on a soap bubble, only much more dramatic.
Opal has long been regarded as an October birthstone, sharing the spotlight with tourmaline. The famous French actress Sarah Bernhardt was born in October and never considered herself well-dressed unless she was wearing opals.

November Citrine
The velvety golden gemstone known as citrine owes its name to its resemblance to a light-filled glass of sherry wine. Its richer sister, sometimes called Imperial citrine, approaches the color of a blazing summer sunset.
Citrine survived a fog of confusion that kept its true identity under cover for centuries. The ancients lacked today's scientific sophistication, so they categorized gems according to appearance. Therefore all yellow stones were called citrine
Why "citrine"? It may be derived from a Sanskrit word meaning either "yellow" or "fire". Another explanation is that it comes from the Greek "Topazios," the name of an island in the Red Sea.
The island Topazios was known for its bright yellow gemstones, but these were difficult to find because the island was usually shrouded by fog. It is now believed that this island is actually Zebargad, and that the gems were peridot.

December Blue Topaz
The ancients believe that topaz worn as an amulet could drive away sadness, strengthen the intellect and bestow courage. Mounted in gold and hung around the neck, it was believed to dispel enchantment. The powdered stone dissolved in wine was used as a cure for asthma, insomnia, burns and hemorrhages. It was claimed to calm angry tempers and prevent bad dreams.
It was the ancient Chaldeans who first established a relationship between the signs of the Zodiac and precious gems.
Much of the topaz we see today is mined and cut in Brazil. It is also found in the far-off island of Sri Lanka (Ceylon) in the Indian Ocean. It comes from the mines of Afghanistan, South Africa and Russia. In North America it is found in Mexico and our own state of Utah.

24 November 2009

Doa Bismillah 6 menghindar ilmu santau


Ilmu santau merupakan ilmu hitam yang masih wujud dalam dunia moden masakini. Ia merupakan ilmu racun yang ditapa dan kaedah pembuatannya menerusi amalan warisan saka digunakan untuk menyiksa dan membunuh seseorang.


Santau atau dikenali sebagai lontong di Sabah cukup menggerunkan kerana akibatnya boleh merana sepanjang hayat hatta boleh membawa maut jika tidak dirawat oleh perawat yang ahli tentangnya. Malah perubatan moden tidak mampu menyembuhkan pesakit yang terkena ilmu ini.


Lazimnya ia dikenakan melalui minuman atau makanan. Namun ada juga yang dihantar melalui angin dengan perantara jin/syaitan pemilik ilmu berkenaan.


Bahan-bahan yang digunakan sebagai ramuan santau ialah darah katak bertanduk, miang buluh, kaca, getah beracun, bisa binatang dan sebagainya.


Bagi menghindari diri dari ancaman ilmu santau maka sewajarnya kita memohon perlindungan Allah dengan mengamalkan Bismillah 6 setiap masa khususnya selepas solat Maghrib dan Subuh.


Jika mendapat petanda wujudnya permainan santau di mana anda berada terutama ketika ingin menekmati minuman atau makanan bacalah doa ini senafas dengan penuh yakin. Insyallah segala jenis racun akan menjadi tawar dengan izin Allah SWT.

Doa Ruqyah hindari gangguan makhluk durjana



TAKUT kepada makhluk durjana (jin dan manusia jahat) dan penangan ilmu sihir. Semua boleh diatasi sekiranya kita sentiasa moemohon perlindungan dan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah.

Namun bagaimana kita yang hendak mendapatkan pertolongan Allah. Sewajarnya kita taat dan sentiasa dekat denganNya. Sambil berusaha untuk melindungi diri dan keluarga daripada gangguan itu dengan cara yang sebaiknya, berpandukan al-Quran dan Sunnah.

Ada segelintir masyarakat suka berjumpa bomoh, dukun, atau pawang bagi mendapatkan bantuan. Sehingga sanggup berbelanja beribu ringgit untuk melawan kejahatan syaitan dan ilmu sihir.

Meskipun berganti perawat untuk mendapatkan pelindungan kepada masalah yang dihadapi, tanpa mengambil kira sama ada dukun terbabit menggunakan cara yang diredai Allah atau sebaliknya.

Hal ini disebabkan masyarakat Islam tidak mengetahui kaedah untuk menghindarkan diri daripada ancaman dan gangguan makhluk durjana termasuk sihir. Malah tidak kurang juga yang masih cetek ilmu asas berkaitan ketauhidan sehingga terbabit dengan amalan dan perbuatan syirik.

Doa ruqyah adalah himpunan potongan ayat daripada al-Quran yang menjadi doa khusus untuk melawan sihir dan gangguan makhluk durjana termasuk jin atau apa saja keturunan dan jenisnya. Bahkan ia dibenarkan dalam Islam.

Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tidak apa-apa ruqyah itu selama tidak mengandungi syirik." (Hadis riwayat Muslim)

Oleh itu, bagi mendapatkan kemakbulan doa ini perkara yang haram dan terlarang di dalam Islam hendaklah ditinggalkan. Amalkan doa ini setiap waktu solat dan mintalah bersungguh-sungguh ke hadrat ASllah SWT agar diberi perlindungan daripada gangguan tersebut.

Sebelum itu, banyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah kerana ia dapat membersihkan diri kita daripada dosa-dosa yang lalu. Di samping memperbanyakkan selawat nabi bagi mendapat keberkatan.

Insyallah berkat doa yang dimulai dengan Fatihah memudahkan doa ruqyah diterima Allah sebagai pelindung diri dari ancaman makhluk durjana.
Ingat bacaan Fatihah itu hendaklah dihadiahkan kepada Nabi Muhamad SAW, Para Sahabat, Keluarga Nabi, Para Syuhada, Para Wali, Alim Ulama, Para Solihin, Ustaz-Ustaz dan muslimin muslimat.

20 November 2009

India ada 52 bilionair tetapi 600 juta tiada tandas

MUMBAI - Pasaran saham yang rancak dan pertumbuhan ekonomi yang pesat menyebabkan jumlah bilionair di India meningkat sekali ganda, demikian menurut senarai hartawan yang diterbitkan oleh majalah Forbes.

Di India kini terdapat 52 bilionair berbanding 27 orang pada tahun lalu manakala pada 2007 jumlahnya ialah 25 orang.

Ketua Pegawai Eksekutif Reliance Industries, Mukesh Ambani, mengetuai senarai itu dengan kekayaan dianggarkan bernilai AS$32 bilion (RM107 bilion) diikuti jutawan keluli, Lakshmi Mittal dengan AS$30 bilion (RM101 bilion).

Adik Mukesh, Anil Ambani menduduki tempat ketiga dengan kekayaan bernilai AS$17.5 bilion (RM59 bilion).

"Bilionair India kini kembali ceria. Senarai tahun ini menunjukkan India mempunyai keupayaan untuk mencipta kekayaan jika pasaran kewangan dan ekonomi berada dalam situasi yang baik," kata Pengarang Forbes India, Nazneen Karmali.

Jumlah gabungan 100 individu terkaya India dianggarkan AS$276 bilion (RM929 bilion) iaitu hampir suku daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) India.

Nilai pasaran saham India meningkat lebih 75 peratus tahun ini dan ekonomi berkembang hampir tujuh peratus.

Walaupun 100 orang menguasai suku kekayaan India, seramai 600 juta atau 55 peratus penduduk India tidak mempunyai tandas sempurna, menurut perangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tahap kebersihan yang rendah dan penyakit menyebabkan India terpaksa menanggung kos sebanyak AS$255 juta (RM858 juta), kata Kementerian Kesihatan India. - Agensi

--- Maka kekayaan yang dibina tidak dimanfaatkan untuk membantu masyarakat khususnya tanggungjawab sosial orang kaya terhadap orang miskin. Apa salahnya bilionair itu menyumbang sebahagian kekayaan mereka untuk meningkatkan taraf kesihatan penduduk.

Betapapun kekayaan yang dimilikki ia tidak akan dibawa bersama ketika meninggalkan dunia ini

Banjar Malaya: Pelik

19 November 2009

Buat penilaian beza kepimpinan BN-pakatan pembangkang


KALAU ditinjau pembangunan di Kedah dan Selangor, tidak banyak mercu tanda projek baru didirikan. Apa yang ada hanya menyambung projek yang dirintis oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negeri-negeri tersebut sebelum itu.

Kenapa begini jadinya? Tidak salah kalau dikatakan pemimpin kerajaan pakatan pembangkang tidak bijak mentadbir, tidak ada idea baru dan sifar formula untuk menggerakkan jentera ekonomi negeri yang dipimpinnya.

Malah ada kebenarannya hujah Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kebanyakan negeri di bawah pakatan pembangkang menghadapi masalah untuk berkerjasama antara sesama mereka.

Perbalahan antara pemimpin kerajaan negeri daripada parti yang sama dan antara parti pakatan pembangkang, ditambah konflik politik yang membelenggu negeri-negeri terbabit sudah tentu memberi kesan buruk kepada perjalanan pentadbiran.

Pihak yang paling teruk menjadi mangsa ialah rakyat - tidak kira yang mengundi parti pakatan pembangkang atau pun tidak.

Semua ini berpunca daripada kerapuhan pakatan pembangkang. Kumpulan pemimpin pakatan tersebut tidak boleh jadi sandaran untuk rakyat bergantung harapan.

Rakyat negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang boleh melihat dan membuat penilaian sendiri.

Cukup menarik apabila Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam blognya cuba menarik simpati dengan mengakui pakatan pembangkang sedang melalui krisis kehilangan keyakinan daripada rakyat sejak lapan bulan yang lalu.

Rakyat tidak perlu memberi simpati kepada kenyataan seumpama itu. Hakikatnya, selepas hampir 20 bulan bersama-sama dalam pakatan, DAP, PKR dan Pas menunjukkan kerjasama 'dibuat-buat' maka ia mudah rapuh, goyah dan retak - hanya menunggu masa untuk berpecah.

Pas sekarang sedang bergelut akibat perpecahan pendapat kalangan pucuk pimpinan, PKR ada masalah kemerosotan keyakinan terhadap pucuk pimpinan, begitu juga DAP ada konfliknya.

Tujuan asal mereka membentuk pakatan dahulu bukan untuk membantu dan membangunkan rakyat dan negeri tetapi niatnya semata-mata untuk menolak kepimpinan BN.

Sebab itu mereka gagal melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang disandarkan oleh pengundi.

Kita tidak nafikan, situasi hakisan keyakinan rakyat kepada pakatan pembangkang adalah kerana mereka tidak ada kemampuan. Mereka hadapi masalah kredibiliti, integriti dan perpaduan dalam pakatan yang sekejap bergaduh, sekejap berbaik-baik.

Rakyat harus sedar bahawa pakatan pembangkang tidak mampu menunaikan janji-janji dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu.

Ini amat jauh berbeza dengan gaya kepimpinan dalam BN. Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, rakyat pelbagai golongan dapat merasai pembangunan dan bantuan yang diberikan. Sebelum pembentangan Bajet 2010, beberapa janji Najib yang dibuat sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri, sudah tunaikannya.

Itulah gaya dan daya kepimpinan yang rakyat mahukan. Bukan penafian dan alasan yang ditabur oleh pemimpin pembangkang apabila gagal menunaikan janji kepada rakyat.

Jelas, memang jauh bezanya di antara gaya kepemimpinan Najib yang berpengalaman untuk memajukan rakyat dan negara berbanding dengan puluhan pemimpin pembangkang.
Terserah kepada rakyat untuk menilainya secara mendalam.

Utusan 27 Okt 2009

Banjar Malaya
-- Maka sayugialah rakyat membuat penilaian bijak terhadap gelagat pemimpin pembangkang yang jelas bukan berusaha untuk memajukan negara dan rakyat bahkan mencelarukan pemikiran rakyat untuk kepentingan politik mereka.

Perjuangan mereka hanya retorik dengan mencipta pelbagai kepalsuan terhadap kerajaan dan mereka-reka cerita di pentas politik agar rakyat keliru dan terus menyokong mereka.

Apakah hari ini kita tidak sedar dengan tindak-tanduk mereka yang memang boleh dilihat bagaimana mereka memainkan isu kononnya merekalah yang terbaik. Walhal apapun yang baik dilakukan oleh kerajaan tetap dianggap buruk oleh pembangkang.

Kini kita menyaksikan betapa satu persatu tembelang pembangkang pecah. Isu kronisme di negeri Kelantan yang membabitkan menantu MB Kelantan dan penajaan menunaikan haji ke Mekah.

Begitu juga bekas orang kuat DSAI yang sudah hilang kepercayaan terhadap beliau dan mula membongkar pelbagai isu yang selama ini mendakwa kegiatan seumpama itu hanya berlaku di kalangan pemimpin kerajaan. Rasuah, salah guna kuasa dan bermacam lagi.

Sesungguhnya kebenaran di pihak kerajaan hendaklah diberi perhatian dan lupakanlah segala dakyah pembangkang yang sebenarnya lagi banyak membohongi rakyat daripada membawa rakyat ke arah kejayaan.
Carilah fakta bagi mencari kebenaran, bukan mencari auta kerana terpedaya dengan kepalsuan.
Sesungguhnya, orang yang berbelit lidahnya di dunia politik hari ini akan mendakwa dirinya yang terhebat. Sedangkan apa yang diperjuangkan mereka selama ini adalah untuk kepentingan diri dan keluarganya sahaja.

Akal waras, sihat sumber mengenal wujud Pencipta

AKAL mengandungi pengertian berfikir, memahami dan mengerti. Al-Kindi (796-873 Masihi) dan Ibn Miskawaih (941-1030 Masihi) meletakkan daya tertinggi pada manusia adalah daya berfikir. Syeikh Muhammad Abduh menegaskan, akal adalah suatu daya hanya dimiliki manusia dan menjadi dasar kewujudan insan. Pentingnya kedudukan akal dapat difahami apabila taklif hukum hakam syariat diletakkan atau dipikul kepada orang yang berakal sihat dan waras.

Begitu juga dalam lima elemen yang harus dilindungi manusia ialah akal selain agama, jiwa, keturunan dan harta. Dalam tradisi Islam, akal merangkumi unsur spiritual, intelektual dan emosional. Orang berakal dirujuk oleh al-Quran dengan pelbagai istilah seperti orang berilmu, orang memiliki akal, orang mempunyai fikiran tajam, akal yang mencegah keburukan dan orang memiliki daya tahan; akal yang mantap.

Istilah zikir atau ingatan juga berkaitan merenung dengan tujuan mengingati di mana ia membawa implikasi adanya interaksi antara hamba dan Tuhan. Lebih jauh daripada itu, melalui aktiviti tafakur manusia mampu merentasi dari persepsi empirikal ke alam ghaib.

Budaya berfikir membabitkan akal. Justeru, al-Quran menekankan budaya berfikir dengan beberapa istilah seperti tadabbara (merenungkan), tazakkara (mengambil pengajaran atau mengingati), fahima (memahami), nazara (melihat secara abstrak), faqiha-tafaqqaha (mengerti).

Al-Quran turut menjelaskan bahawa kuasa berfikir turut dilakukan oleh seluruh sistem diri manusia yang terdiri daripada akal, nafsu, kalbu dan mata hati.

Allah SWT mengurniakan akal kepada insan supaya digunakan untuk mencari kebenaran, khususnya kebenaran mengenai kewujudan Allah SWT. Orang yang tidak menggunakan akal sering berbantah-bantah mengenai sifat Allah SWT dan menurut apa saja yang dibuat oleh orang terdahulu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka yang ingkar: Turutlah akan apa yang sudah diturunkan Allah, mereka menjawab: Tidak, bahkan hanya menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya. Patutkah mereka menurut datuk neneknya sekalipun syaitan mengajak mereka itu melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka ke dalam azab api neraka yang marak menjulang.” (Surah Luqman, ayat 21)

Namun, perlu diingati bahawa daripada maksud hadis yang menyatakan bahawa manusia tidak disuruh berfikir dan mengkaji mengenai zat Allah SWT, sebaliknya manusia disuruh mengkaji ciptaan Allah SWT supaya dengan cara itu ia dapat mengenal Penciptanya.
Dalam epistemologi Islam, akal adalah sumber ilmu kedua sesudah wahyu. Wahyu diturunkan kerana sifat akal adalah terbatas. Keterbatasan itu tidak memungkinkan akal mengupas sesuatu yang tidak terbatas. Di sinilah wahyu datang dan berperanan memberikan jawapan terhadap persoalan alam ghaib.

Kepentingan akal dalam mengenal Tuhan menjadi perdebatan di kalangan ahli teologi Islam (Ilmu Kalam). Syeikh Muhammad Abduh dalam membahas sistem dan konsep teologi (ilmu kalam) menyatakan, jalan untuk mengenal Allah SWT bukan melalui wahyu semata-mata tetapi melalui akal juga. Dalam konteks ini, akal memiliki potensi membangun dan mengembang ilmu melalui kajian dan penerokaan sementara wahyu pula memperkukuhkan ilmu atau pengetahuan akal mengenai Tuhan.

Wahyu menjadi elemen teras dan teratas menjelaskan soal akhirat serta makro kosmos yang berada di luar kemampuan jangkauan manusia berfikir. Dapatlah disimpulkan, al-Quran diturunkan untuk mengeluarkan akal daripada lingkaran sempit berasaskan alam material kepada alam yang lebih tinggi (alam ghaib).

Kuasa dan kecerdasan akal mampu memberikan manusia banyak kebolehan yang terhasil daripada kuasa akal antaranya akal membolehkan manusia membuat penelitian (renungan). Menurut Syed Muhamad Dawillah al-Edrus, istilah tafakkara (proses merenung) itu terdapat dalam tiga bentuk iaitu merenung ciptaan Allah SWT, merenung tanda kebesaran Allah SWT melalui fenomena alam dan insan merenung diri sendiri.

Justeru, melalui kajian dan penerokaan fenomena alam maka akal berpotensi membangun dan mengembangkan pelbagai cabang ilmu pengetahuan untuk kepentingan kehidupan duniawi. Sejarah dan tamadun Islam merakamkan bahawa usaha membangunkan akal sudah dilaksanakan dengan jayanya melalui pembangunan dan penerokaan pelbagai ilmu pengetahuan.

Ulama dan sarjana era keemasan Islam berjaya memanfaatkan akal untuk mengkaji alam semesta. Hikmah Allah SWT mengurniakan akal kepada manusia ialah supaya dapat memahami wahyu dan mampu membina serta membangun tamadun melalui pemikiran saintifik. Alam adalah ciptaan Allah untuk dikaji, diteroka dan dimanfaatkan manusia demi melaksanakan tugas dan fungsinya sebagai khalifah.

Berfikir itu seronok jika memikirkan sesuatu yang baru dan bermanfaat..

Orang yang tidak berfikir tidak tahu memanfaatkan kelebihan akal yang telah dianugerahkan Tuhan.

Langkah pertama untuk berfikir adalah membuka minda kita seluas-luasnya atau melakukan anjakan paradigma. "Mind is like a parachute, it will be useful when it is opened."
Bila sebiji epal jatuh ke atas kepala orang yang tidak berfikir, dia akan terus marah-marah.

Tetapi orang yang berfikir akan menemui teori graviti, seperti Isaac Newton.
Orang yang tidak berfikir juga akan hanya melihat air berlalu begitu sahaja bila dicurahkan ke atas daun keladi, tetapi orang yang berfikir lebih jauh akan menjadikannya sebagai asas penciptaan visor helmet F1 yang kalis air.

Orang tidak berfikir akan membaca al-Quran sama seperti membaca bahan bacaan lain. Tetapi orang yang berfikir, dia akan membaca al-Quran sambil menilaikan makna dan isi al-Quran dan mendapati penemuan-penemuan sains yang menakjubkan yang termaktub di dalam al-Quran.

Mi segera beracun

JEPUN – Kebimbangan terhadap keselamatan mi segera semakin menular di Jepun berikutan sembilan paket didapati mengandungi racun.

Mi yang diedarkan oleh Kesatuan Koperasi Pengguna-Pengguna Jepun mendapati sembilan sampel mengandungi bahan paradichlorobenzene iaitu kimia yang digunakan dalam pembuatan ubat gegat.

“Kami tidak tahu bagaimana ia boleh tercemar. Kami tidak fikir ia dicampur semasa dibuat di kilang atau ketika proses pengedaran,” kata jurucakap kesatuan tersebut. – Reuters

Berdasarkan laporan tersebut peminat-peminat mi segera sewajarnya mengambil langkah berwaspada. Hal ini harus diambil perhatian kerana mereka yang bergantung kepada mi segera lazimnya mudah mendapat penyakit gastrik.

Oleh itu berilah perhatian kepada makanan yang berkhasiat dan tidak memudartkan kesihatan. Pengambilan mi segera wajar dihindarkan apatah lagi ada pengeluar yang tidak menitik-beratkan halal haram dalam pembuatannya.

Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari (1710 - 1812) atau nama dan gelaran penuhnya Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah bin Abdur Rahman al-Banjari bin Saiyid Abu Bakar bin Saiyid Abdullah al-'Aidrus bin Saiyid Abu Bakar as-Sakran bin Saiyid Abdur Rahman as-Saqaf bin Saiyid Muhammad Maula ad-Dawilah al-'Aidrus, dan seterusnya sampai kepada Saidina Ali bin Abi Thalib dan Saidatina Fatimah bin Nabi Muhammad s.a.w. Riwayat kedatangan datuk nenek Syeikh Muhammad Arsyad ke dunia Melayu terjadi pertikaian pendapat. Ada riwayat mengatakan bahawa yang pertama datang ialah Saiyid Abdullah bin Saiyid Abu Bakar as-Sakran.

Beliau dikatakan telah datang ke Filipina dan mendirikan Kerajaan Mindano. Menurut H.M Syafie bahawa ayah Abdullah bernama Saiyid Abu Bakar (bererti datuk kepada Syeikh Muhammad Arsyad) adalah Sultan Mindano. Abdullah pula pernah sebagai pemimpin peperangan melawan Portugis, kemudian ikut melawan Belanda lalu melarikan diri bersama isterinya ke Lok Gabang (Martapura).

TRADITIONAL ISLAM as understood by the vast majority of ulama' of the Ahli Sunnah wal Jamaah
بسم الله الرحمن الرحيم
نحمده ونصلى على رسوله الكريم

PENDIDIKAN DAN DA’WAH
OLEH SYAIKH MUHAMMAD ARSYAD AL-BANJARI
(RAHIMAHU’LLAH TA’ALA)*
OLEH:
MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY
Bila kita cuba melihat tokoh-tokoh yang banyak menabur jasa dalam pembangunan Islam di rantau ini, maka tidak syak lagi antara tokohnya yang mesti diambil kira dan diteliti hayat dan ilmu serta pengaruhnya ialah Syaikh Muihammad Arsyad al-Banjari rahimahu’Llah taa’la. Beliau bukan hanya milik Banjar atau Indonesia, bahkan beliau adalah milik Dunia Melayu; namanya dan teksnya, terutama Sabil al-Muhtadin masih menjadi bahan rujukan sampai ke hari ini di Malaysia, Brunei, Selatan Thailand, apa lagi Indonesia, terutama Kalimantan ini, dan bahkan di mana-mana “kitab jawi” dipelajari teksnya akan menjadi bahan pengajian untuk fiqh Syafi’i. Maka nota ini-insya’ Allah akan melihat kembali aspek-aspek hayatnya, pendidikannya serta ide-idenya yang pokok dan penting dalam hubungan dengan da’wah dan pendidikan umat. Penulis ini terhutang budi kepada para penulis hayatnya dan juga para pengumpul bahan yang menyebabkan hasil-hasil penulisan beliau boleh kita dapati sampai sekarang ini.
Riwayat hidup beliau:
Kita boleh bermula berkenaan dengan riwayat hidup beliau dan sejarah pendidikan serta jasa-jasanya. (1)

Namanya ialah Syekh Muhammad Arsyad al-Banjari dilahirkan di Lok Gabang, Martapura, pada 15 Safar 1122 Hijrah/19 Mac 1710 dan meninggal di Kalampayan, Astambul, Banjar, Kalimantan Selatan, pada 6 Syawal 1227 H/13 Oktober 1912.
Beliau ternyata “seorang ulama besar yang sangat berpengaruh dan memegang peranan penting dalam sejarah dan perkembangan Islam, khususnya di Kalimantan; ahli dalam bidang fikih atau syariat dan tasawuf …”(2)
Anak tertua dari lima bersaudara ini memulakan pendidikan asas dengan ayahandanya sendiri dan guru-guru setempat, dan sewaktu berumur tujuh tahun sudah boleh membaca Qur’an dengan baik. Kerana tertarik kepada kecerdasannya maka beliau diambil sebagai anak angkat oleh Sultan Banjar waktu itu, Sultan Tahlilullah (1112H/1700M-1158H/1745M) dan ia mendapat pendidikan dari guru-guru di istana. Sewaktu berumur 30 tahun ia dikahwinkan oleh Sultan Banjar dengan seorang wanita bernama Bajut; kemudian dihantar meneruskan pengajian ke Mekah, selama tiga puluh tahun; yang dipelajarinya selain daripada ilmu-ilmu agama termasuk geografi, biologi, matematik, geometri dan astronomi.
Dengan izin seorang gurunya bernama Syaikh ‘Ata’illah bin Ahmad (men. 1161 H/1748 M) beliau mengajar di Masjidilharam dan memberi fatwa-fatwanya. Selepas 30 tahun di Mekah beliau pergi belajar di Madinah selama 5 tahun.
Antara para guru al-Banjari yang terkenal termasuklah: Syaikhul-Islam Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi, Syaikh Muhammad bin ‘Abdul-Karim as-Samman al-Madani (ini guru Syaikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani), al-Damanhuri, dan Ibrahim ar-Rais az-Zamzami, dari yang terakhir ini beliau mempelajari ilmu falak atau astronomi. Ini menjadikan beliau menonjol di kalangan ulama Melayu-Indonesia.
Sewaktu di sana beliau bertemu dengan ulama terkenal Syaikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani (1116H/1704M-1203H/1788 M), ‘Abdul Wahab Bugis dan Syaikh ‘Abd al-Rahman Masri, masing-masingnya dari Pelembang, Sumatera Selatan, Ujungpandang (Sulawesi Selatan) dan Jakarta. Empat orang ini terkenal sebagai “Empat Serangkai dari Jawa”.
Selepas melawat Kahirah (tidak diberi izin oleh guru untuk belajar di sana), al-Banjari bersama tiga sahabat itu pulang ke Kalimantan pada tahun 1186 H/1773 M. Sebelum itu, al-Banjari berada di Jakarta selama dua bulan, kerana permintaan Syaikh ‘Abdul Rahman Masri; lepas itu baharu kembali ke Martapura, ibu kota Kesultanan Banjar, pada bulan Ramadan 1186H/1773M. Kepulangannya disambut dengan meriah oleh Sultan Tamjidillah (yang menjadi Sultan waktu itu) dan rakyat Banjar; semenjak itu bermulalah usaha pembangunan umat di sana, dengan bantuan Syaikh ‘Abdul Wahab Bugis, yang menjadi menantunya.
Kegiatan Pendidikan dan Dakwahnya:
Dilihat dari kegiatan-kegiatan pendidikan dan dakwahnya, jelas Syaikh al-Banjari adalah seorang fakih yang mengambil berat tentang syariat Islam dan amalannya. Tetapi perlu dijelkaskan bahawa akidahnya, sebagaimana yang jelas daripada tulisan-tulisannya sendiri adalah akidah Sunni, dan kefahamannya yang dalam tentang tasawwuf pula jelas daripada terjemahannya ke atas kitab Fath ar-Rahman, yang berjudul Risalah Fath al-Rahman bi Syarah Risalah al-Wali al-Ruslan (3) Tentang akidah Ahlis-Sunnah wal-Jamaah yang diberi pembelaan sehabis-habisnya, ini jelas daripada kitabnya Tuhfah ar-Raghibin yang penulis ini gunakan sebagai teks utama dalam persidangan tentang persuratan Nusantara di Brunei tahun lalu. Dalam Fath al-Raghibin (4) beliau membuat kenyataan yang tegas:
“(Hubaya-hubaya) hai saudaraku, yang beriman wajib atasmu beriktikad dengan i’tikad Ahlis-Sunnah wal-Jama’ah (kerana) iaitulah jalan Nabi Allah dan Sahabat-nya dan segala mereka yang mengikut akan mereka itu dan yang mengikut akan yang mengikut mereka itu hingga hari kiamat, dan wajib atasmu menjauhi sekelian I’tikad bid’ah yang sesat.
Ini akan dibicarakan kemudian, insya’ Allah. Untuk meneruskan pembicaraan tentang sejarahnya, kita boleh perhatikan bagaimana beliau melibatkan diri dalam beberapa kegiatan yang menyentuh soal syariat. Peristiwa-peristiwa itu adalah seperti berikut. (5)
Dalam hubungan dengan kegiatan dakwah dan pendikannya dalam membina umat sarjana memberi penekanan kepada bidang syariat atau fiqh. Antaranya ialah dalam hubungan dengan masalah syara’ yang menyentuh kiblat.
Dicatitkan bahawa bila al-Banjari pulang dari al-haramain dan berada di Jakarta sebelum pulang ke Banjar, beliau membetulkan arah kiblat beberapa masjid di sana, seperti di Jembatan Lima, dan Pekojan Batavia. Ini berlaku bila ada kekecohan sehingga Gobernor Jeneral Belanda memanggil beliau untuk memberi maklumat, dan wakil pemerintah Belanda berpuas hati dengan kiraan matematik al-Banjari, dan memberi hadiah kepada beliau. Maka dibetulkanlah arah kiblat beberapa masjid, seperti Masjid Jembatan Lima, Masjid Luar Batang, dan Masjid Pekojan. (6)
Beliau juga mengambil langkah memperbaharu dan memperkemas pentadbiran mahkamah Syari’at Kesultanan Banjar. Ini berlaku dengan dokongan Sultan Banjar waktu itu, iaitu Sultan Tahmidullah (1167H/1773M-1223H/1808M).
Untuk membantu beliau menjalankan usaha pendidikan dan dakwah, Sultan memberi kepadanya tanah di luar kota kesultanan, di mana dibinakan pusat pengajian, perpustakaan, dan asrama untuk para penuntut. Dengan itu ramailah para penuntut yang datang dari pelbagai pelusuk negeri, dan lahirlah dari institusi itu ulama-ulama yang berjasa besar. Dilaporkan bahawa sampai sekarang tempat tersebut dikenali sebagai “dalam pagar”.
Dalam hubungan dengan perlaksanaan hukum Syar’at, maka kerana mengikut anjuran al-Banjari Kesultanan Banjar mengamalkan bukan sahaja hukum berkenaan dengan kekeluargaan dan muamalah tetapi juga hukum berkenaan dengan jenayah seperti hukuman-hukuman Syariat berkenaan dengan jenayah berat menyentuh zina, mencuri, murtad, dan hukum ta’zir. Dengan itu maka diadakan mahkamah Syara’ untuk membuat keputusan tentang hukuman-hukuman yang diperlukan. Dan untuk memberi pimpinan dalam hal itu diadakan mufti yang mengeluarkan fatwa-fatwa. Syekh Muhammad As’ad diangkat oleh Sultan sebagai mufti pertama dan Abu Zu’ud diangkat sebagai kadhi pertama. Al-Banjari sendiri menjadi penasihat dalam semua bidang demikian.
Dalam hubungan dengan hukum “fara’id” atau pembahagian pesaka, al-Banjari membuat keputusan iaitu bila di Banjar isteri juga berkerja, maka diadakan konsep yang disebut sebagai “berpantangan”, ertinya “timbangan perbandingan yang sama bobotnya dalam pembahagian harta suami-isteri” (7). Bila berlaku kematian maka harta dibahagi dua dahulu sebagai usaha bersama antara suami-isteri (tidak termasuk harta asal milik suami atau isteri masing-masing), kemudian baharulah berlaku pembahagian harta mengikut fara’id. Dengan ini si isteri mendapat dua kali peluangnya, satu daripada pembahagian mula-mula, kemudian pembahagian mengikut fara’id. Kalau di negeri-negeri di Malaysia ini termasuk di bawah apa yang disebut sebagai “harta sepencarian” (8)
Kalau kita hendak sebutkan kepentingan teksnya dalam pendidikan dan dakwah, maka teks fikh yang paling menonjol dalam ibadat tidak syak lagi ialah Sabil al-Muhtadin. (9) Fikh dalam aspek ibadat tidak ada lagi yang boleh menandingi teks ini dari segi mendetail hukumnya serta dengan teguh tempat sandarannya dari segi wacana hukum dalam mazhab Syafi’i. Yang boleh disebut mempunyai kedudukan yang tidak kurang daripadanya ialah kitab Bughyatu’t-Tullab karangan Syaikh Daud al-Fatani rahimahu’Llahu ta’ala.
Dalam teks fikh ini kita tertarik dengan kata-kata al-Banjari yang menyebut tentang bagaimana fikh harmonis dengan tuntutan fitri manusiawi. Katanya (10):
(Ketahui olehmu) bahawasa(nya) tatkala adalah hukum Syara’ itu ta’aluk ia dengan yang empat perkara, iaitu ibadat dan mu’amalat dan munakahat dan jinayat, maka berlakulah ibadat segala imam Syafi’iah pada menjadikan kitab fikh mereka itu atas empat rubu’ (maka) rubu’ yang pertama kitab al-ibadat (dan) rubu’ yang kedua kitab al-mu’amalat (dan) rubu’ yang ketiga kitab al-munakahat, (dan) rubu’ yang keempat kitab al-jinayat
Tentang “hikmah” keadaan itu demikian ialah seperti berikut, katanya:

(Bermula) hikmat yang demikian itu (pembahagian kitab syara’ kepada empat) kerana bahawasanya Allah taala menjadikan ia akan segala manusia itu empat quwwah (iaitu naluri kekuatan dalam dirinya-pen) (pertama) quwwah nutqiyyah, yakni quwwah idrak dan akal (yakni kemampuan untuk mencapai faham dan ilmu serta kesedaran dengan ada akal dan pengamatan pancaindera-pen) (kedua) quwwah syahwiyyah batniyyah yakni quwwah keinginan perut kepada makan dan minum (ketiga) quwwah syahwiyyah farjiyyah yakni quwwah keinginan farj kepada wati dan barang sebagainya (keempat) quwwah ghadabiyyah quwwah marah yang jadi daripadanya perbantahan dan berbunuh-bunuhan dan dan barang sebagainya (dan adalah) faedah menyuruhkan segala pesuruh kepada segala manusia itu memperbaiki hal mereka itu pada pekerjaan dunia dan akhirat dan tiadalah diperoleh baik hal mereka itu melainkan dengan menyempurnakan segala quwwah mereka itu yang empat perkara. (11)
Katanya lagi dalam memberi penerangan bagaimana “hakikat manusiawi” itu mencapai kepenuhannya dalam kehidupan dilihat dari segi menunaikan tuntutan Syara’, yang memang tuntutan dirinya sendiri pada asalnya. Katanya:
Maka dengan semata-mata kurnia Allah taala bagi mereka itu dijadikanNya yang menyempurnakan quwwah nutqiyyah itu ibadat, dan yang menyempurnakan quwwah syahwiyyah batniyyah itu mu’amalat dan yang menyempurnakan quwwah farjiyyah itu munakahat dan yang menyempurnakan quwwah ghada-biyyah itu jinayat kerana barang yang dibahath daripadanya pada ilmu fokh jika taaluk in dengan menyempurnakan quwwah nutqiyyah maka iaitu ibadat dan jika taaluk dengan menyempurnakan quwwah syahwiyyah batniyyah maka iaitu mu’amalat dan jika taaluk ia dengan menyempurnakan quwwah syahwiyyah farjiyyah maka iaitu munakahat dan jika ta’aluk ia dengan menyempurnakan quwwah ghadabiyyah maka iaitu jinayat. (12)
Katanya lagi memberi sebab tentang susunan dalam penghuraian ilmu fiqh Imam Syafi’I yang menjadi ikutannya:
(Dan) didahulukan oleh segala Imam kita Syafi’iyyah akan rubu’ ibadat kerana mulianya sebab mu’allaknya kepada Allah ta’ala (dan) diiringi oleh mereka itu akan rubu’ ibadat dengan rubu’ mu’amalat kerana hajat segala manusia kepadanya (dan) diiringi oleh mereka itu akan rubu’ mu’amalat dengan rubu’ munakahat kerana terkurang hajat segala manusia kepadanya daripada barang yang dahulunya (dan) diiringi oleh mereka itu akan rubu’ munakahat dengan rubu’ jinayat kerana kurang sedikit wuqu’nya (yakni berlakunya-pen) dengan nisbah dengan barang yang dahulunya (dan) didahulukan oleh mereka-itu pada rubu’ ibadat akan kitab al-solah kemudian maka kitab al-zakat kemudian maka kitab al-saum kemudian maka kitab al-hajj kerana mengamalkan peraturan hadith yang sahih lagi masyhur (“buniyal-Islam ‘ala khamsin” (13).

Kenyataan-kenyataan di atas menunjukkan cakupan faham agama yang dalam dari ulama Nusantara ini; walaupun ia menulis kitab fiqh tetapi apa yang disebalik fikh yang mencakupi kehidupan manusia dan hubungannya dengan fitrah kejadian manusia disedari dengan mendalamnya. Ini bukan fakih sebarang fakih, sebagaimana yang akan kita dapat dalam wacana-wacananya berkanaan dengan masalah akidah dan juga persoalan kerohanian.
Kitab Sabil al-Muhtadin itu merupakan teks standard fikh ibadat yang terlalu unggul sampai sekarang, yang digunakan sebagai rujukan bersekali dengan teks seperti Bughyah al-Tullab karangan Syaikh Daud al-Fatani dan yang lainnya seperti Furu’ al-Masa’il juga oleh Syaikh Daud. Kandungan Sabil al-Muhtadin huraian terperinci tentang ibadat mencakupi soal-soal bersuci, bab najis, wudhu’, mandi wajib, tayammum, haidh dan nifas, juga istihadah, sembahyang, waktunya, qadhanya, syarat-syaratnya, sifat-sifatnya, yang wajib padanya, yang sunatnya, yang membatalkannya, yang makruh padanya. Ini kandungan jilid I (dalam 242 halaman, tanpa daftar isinya) teks yang penting ini, yang menghuraikan masalah ibadat dengan sedemikian terperincinya, yang sukar dicari tandingannya sampai sekarang. Sebagaimana yang dinyatakan yang setanding dengannya ialah kitab Syaikh Daud al-Fatani Bughyah al-Tullab.
Jilid II nya menghuraikan soal-soal sujud sahwi, sujud syukur, sembahyang-sembahyang sunat, sembahyang berjemaah, sembahyang dalam masa musafir, jama’ dan kasarnya, sembahyang Jumua’at, yang wajib padanya dan yang sunatnya, khutbahnya, syarat-syarat rukunnya, sembahyang dalam ketakutan, sembahyang dua hari raya, sembahyang gerhana, sembahyang jenazah, hal zakat, zakat haiwaan, zakat tumbuh-tumbuhan dan biji-bijian, zakat emas perak, zakat galian dan harta purba yang tertanam, zakat perniagaan dan zakat fitrah. Termasuk ke dalamnya perbincangan berkenaan dengan sedekah sunat atau pemberian semata-mata. Kemudian perbincangan berkenaan dengan puasa, yang wajibnya dan yang sunatnya, syarat-syaratnya dan rukun-rukunnya. Kemudian perbincangan berkenaan dengan puasa sunat.
Ini diikuti dengan perbincangan berkenaan dengan I’tikaf, syarat-syarat rukunnya dan perkara-perkara yang membatalkannya. Kemudian pembicaraan yang mendetail berkenaan dengan haji dan umrah, dengan syarat-syarat rukunnya, dan yang membatalkannya. Perkara-perkara yang mendecerakan haji dan umrah dan yang menyempurnakannya satu persatu. Kemudian ini diikuti dengan perbincangan berkenaan dengan ‘akikah, perburuan, dan penyembelihan binatang. Ini diikuti dengan pembicaraan berkenaan dengan apa yang halal dan haram dalam perkara makanan dan minuman. Jilid II terdiri daripada 253 halaman tanpa mengira daftar isi kandungannya.
Inilah teks yang kekal menjadi rujukan sampai sekarang bila fikh dipelajari orang di negeri-negeri di Malaysia juga di Singapura dan di Brunei serta Indonesia dan Selatan Thailand.
Sebagaimana yang beliau sendiri nyatakan pada halaman 3-4 kitab itu, sebab penulisannya dan caranya serta punca-puncanya, adalah seperti berikut:
Menuntut daripada aku pada tahun 1193 tahun daripada Hijrah Nabi, atas yang empunya dia daripada Tuhannya rahmat Allah yang amat lebih dan haluannya yang amat suci (“al-tahiyyah” di terjemahnya “haluan”) seorang raja yang amat besar himahnya lagi yang mempunyai cerdik dan bicara yang sempurna lagi yang suci dhihin (iaitu pemikiran) lagi yang namuak faham ialah yang mempunyai tadbir atas sekelian isi daerah segala negeri Banjar lagi yang berdiri dengan memperbaiki segala pekerjaan agama dan pekerjaan dunia iaitu persandaran kita yang dibesarkan (“persandaran” itu terjemahan bagi “sayyiduna”) dan ikutan kita yang dimuliakan (“ikutan” terjemahan bagi “qudwatuna”) Maulana al-Sultan Tahmidullah ibn al-Sultan TamjiduLlah, mudah-mudahan diampuni Allah Taala kiranya akan dia dengan rahmatNya dan dikekalkanNya kiranya akan kerajaannya dan kerajaan zuriatnya dan sentiasa falak daulat kerajaannya yang tiggi beredar ia pada tempat peredaran zuriatnya dan sentiasa awan kebajikannya dan murahnya menghujani atas sekelian rakyatnya (kemudian disebut tentang sebab kitab itu dikarang-pen) bahawa ku perbuatkan baginya suatu kitab pada menyatakan ilmu fikh atas mazhab Imam Syafi’I radiya’Llahu ‘anhu pada hal dibahasakan ia dengan bahasa Jawi yang ma’ruf bagi sekelian isi negerinya yang dipeliharakan dan bahawa aku ambil akan sekelian mas’alahnya daripada beberapa kitab bagi segala Imam Syafi’iyyah kutub yang muta’akhkhirin seperti “Syarah Minhaj”, bagi Syaikh al-Islam Zakariyya al-Ansari, dan “Mughni…” Syaikh Khatib Syarbini, dan “Tuhfah” Syaikh Ibn Hajar al-Haitami, yang dikeredhai, dan “Nihayah” Syaikh al-Ujamal al-Ramli, dan yang lain daripada segala matan (teks asal - pen) Dan syarah dan hasyiah (syarah atas syarahnya - pen) yang mulia-mulia…” (14)
Di sini jelas pendirian ulama besar ini sangat teratur dan berdisiplin dalam menghuraikan hukum agama. Pendirian yang demikian adalah pendirian Ahlis-Sunnah dari segi hukum fikh; disiplin yang sedemikian cermat dan beradab ini menjadi contoh tauladan bagi generasi yang sekarang nampaknya tidak secermat itu dalam memberi huraian berkenaan dengan hukum agama. Sifat cermatnya dalam menghuraikan hukum agama boleh dilihat bagaimana beliau menyebut tentang hukum wajibya sembahyang, katanya (15):
(Bermula asal) wajib sembahyang dahulu daripada ijma’ beberapa ayat Qur’an seperti firman Allah (ayat…) ertinya ‘dan dirikan olehmu akan sembahyang’, dan beberapa hadith seperti sabda Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam (hadith…) ertinya telah memfardhukan Allah Taala atas umatku pada malam Isra’ lima puluh sembahyang maka sentiasalah aku kembali berulang-ulang kepada Allah Subhanahu wa ta’ala dan ku pohonkan akan Dia meringankan dia hingga DijadikanNya akan dia lima sembahyang di dalam tiap-tiap sehari dan semalam Riwayat Bukhari dan Muslim; dan lagi sabda Nabi…
Di sini kita melihat ketelitian Syaikh ini membicarakan asal usul hukum agama dengan menyebut “sebelum ijma’” ia berdasarkan ayat Qur’an dan Sunnah. Ijma’ diiktirafi beliau sebagai satu daripada punca Syariat dan termasuk ke dalam methodologi faham ilmu Ahlis-Sunnah yang beliau hendak sampaikan kepada umat. Ini dasar yang menyeluruh di Nusantara buat beberapa lamanya, yang menentukan keseragaman faham dan sikstem peristilahan hukum di rantau ini.
Sifat cermat dalam perbincangan masalah fikh Syaikh ini boleh dilihat dalam perbincangannya berkenaan dengan memberi zakat kepada “asnaf”nya, dan kelonggaran yang timbul berkenaan dengannya katanya (16):
Telah terdahulu perkataan bahawasanya wajib memberikan zakat pada segala bagai yang maujud di dalam negeri dan jikala zakat fitrah sekalipun. Maka wajib membahagi fitrah seorang yang segantang kepada sekelian mereka itu maka tiada harus menyimpankan (yakni menghadkan) kepada seorang atau tiga orang, demikianlah kaul yang muktamad, atas mazhab Imam kita Syafi’I radiya’Llahu ‘anhu; maka diketahui daripada yang demikian itu bahawasanya barang yang telah beradat daripada memberikan zakat harta atau zakat fitrah kepada sesorang atau tiga orang, maka iaitu tiada sah, dan tiada memadai akan zakat kerana bersalahan dengan Imam Syafi’I yang empunya mazhab; tetapi jika dikerjakan yang demikian itu dengan taklid kepada mazhab ulama (dalam Ahlis-Sunnah wal-Jamaah-pen) yang mengharuskan dia, dan jikalau kemudian daripada amal sekali pun, maka yaitu memadai akan zakat; dan tersebut di dalam Tuhfah bahawasanya telah memilih jemaah daripada ‘ulama akan harus memberikan zakat bagi seorang dan telah melanjutkan setengah mereka itu akan perkataan pada menolong bagi kaul itu hingga menakal Imam al-Ruyani daripada Imam yang tiga dan yang lain daripada mereka itu bahawasanya harus memberikan zakat harta pula kepada tiga orang daripada mustahik (orang yang berhak-pen) serta katanya: yaitulah kaul yang dipilih kerana sukar mengamalkan dengan mazhab kita Syafi’I dan jikalau ada kiranya Imam Syafi’I hidup nescaya difatwakannya akan kita dengan yang demikian itu. Intaha.
Sikap cermat sedemikian menjadikan teks ini sampai sekarangt dihormati dan dijadikan rujukan, selain daripada teks-teks asal dalam Bahasa Arab.
Dalam Hubungan Dengan Akidah Ahlis-Sunnah wa al-Jamaah:
Dalam hubungan dengan pembelaan beliau ke atas akidah Ahlis-Sunnah wal-Jama’ah, kita boleh perhatikan beliau melakukan penyaringan dan panduan yang sedemikian jelas dan strik dalam teksnya yang terkenal, iaitu Tuhfatu’r-Raghibin. Dalam hubungan dengan ini kita boleh perhatikan beberapa perkara yang pokok, sebagaimana yang ada dalam perenggan-perenggan berikutnya:
Ianya mengandungi huraian tentang:
Fasal pertama berkenaan dengan hakikat iman;
Fasal kedua berkenaan dengan perkara-perkara yang merosakkan iman;
Fasal ketiga berkenaan dengan syarat yang menimbulkan murtad dan hukum-hukum yang berkaitan; ianya setebal 28 halaman.
Berkenaan dengan hakikat keimanan barangkali tidak sangat diperlukan untuk memaparkannya. Pada penulis ini, yang perlu dipaparkan ialah fasal kedua dan ketiga, yang boleh dianggap sebagai aspek-aspek yang menyentuh pemurnian akidah dan oleh itu juga pegangan tasawwuf dan amalannya. Secara ringkasnya isinya ialah yang membinasakan iman, iaitu “riddah” atau kemurtadan iaitu:
dengan perbuatan kufur

perkataan kufur
I’tiqad kufur. Dengan sengaja, bersenda-senda, atau bantahan.
Perbuatan kufur: sujud kepada makhkuk dengan meletak dahi ke bumi
menghampirkan diri kepada makhluk dengan menyembelih kambing umpamanya
membuang Quran atau kitab syara’ di tempat najis
membuangnya ke tempat yang keji seperti hingus
membuang fatwa ilmu syara’ ke bumi
membuangnya dan berkata: fatwa ilmu apa ini?
dengan perkataan serta I’tiqad alam ini kadim atau roh kadim
atau Allah baharu
menafikan sifat Allah yang sabit dengan ijma’
menafikan ilmuNya tentang juziyyat
mengisbatkan sifat yang ditolak oleh ijma’
mendustakan nabi
mendustakan malaikat
meringankan keduanya atau menyembah keduanya
mendustakan satu aya daripada ayat-ayat Quran yang ijma’ ulama sabitnya.
menambahi satu kalimah dalam Quran
meringan-ringankan nabi
meringan-ringankan sunnah nabi (sepertimemperlinya-p)
menghalalkannyangnharam dengan ijma’ seperti zina , liwat dan minum arak
mengharamkan yang halal dengan ijma’ seperti berjual beli
menafikan yang wajib pada syara’ seperti sembahyang dan puasa Ramadan
mewajibkan yang tidak wajib dengan ijma’ seperti menambahkan sembahyang jadi enam
mendakwa menjadi nabi
membenarkan orang mengaku nabi
menuduh Siti ‘Aisyah berzina
mengatakan kafir kepada orang Islam tanpa ta’wil
menghalalkan mengatakan kafir kepada orang Islam
bercita-cita akan menjai kafir, maka kafir waktu itu juga
bercita-cita menjadi kafir dengan berlaku sesuatu
syak adakah diri sendiri kafir atau tidak, maka jadi kafir waktu itu juga
menyuruh orang islam masuk kafir
mengisyaratkan kepada orang Islam supaya masuk kafir
mengisyaratkan orang kafir yang hendak masuk Islam supaya ia kekal dalam kafir
enggan mengajar kepada orang kafir yang hendak masuk islam
meminta tangguh mengajar syahadah kepada orang yang hendak masuk Islam
senda-sendakan nama Allah
senda-sendakan suruhan atau tegahan Allah
senda-sendakan janji Allah memberi pahala atau mengenakan seksa
senda-sendakan nama Rasul
berkata: kalau Tuhan suruh atau Rasul suruh aku taat aku tidak akan lakukan
atau kata: kalau nabi datang aku tidak akan menerimanya
berkata: kalau Allah jadikan kiblat pihak ini aku tidak akan berhadap sembahyang kepadanya
kata: kalau Tuhan jadikan si anu itu nabi aku tidak akan terima.
kata: kalau aku sakit Tuhan suruh aku sembahyang Tuhan zalim
kalau orang teraniaya berkata: aku teraniaya ini takdir. Orang yang menganiaya berkata: aku yang buat bukan dengan takdir
kata: kalau seorang nabi atau malaikat naik saksi aku tidak terima
kata: aku tidak tahu nabi itu manusiakah atau jin
kata: aku tak tahu apa iman itu, secara menghinakannya.
mengecil-ngecil satu anggota nabi dengan menghinakannya
mengecil-ngecilkan nama Allah
berkata kepada orang yang berkata la haula wa la quwwata illa billah, itu tidak boleh menolong daripada lapar!
Orang yang berkata kepada orang yang bang, dusta engkau!
mengucap bismillah waktu minum arak dan berzina
berkata: aku tidak takutkan kiamat dengan meringan-ringankannya.
Berkata: sepinggan makanan tertentu lebih baik daripada ilmu.
Berkata kepada orang yang berkata: aku pertaruh hartaku kepada Allah dengan kata-kata: engkau pertaruhkan hartamu kepada pihak yang tidak boleh menyekat pencuri daripada mencuri hartamu.
Berkata: hai Tuhanku, matkkan olehmu akan daku, kalau engkau mahu aku Islam atau kafir.
Berkata, bila binasa harta dan anaknya, hai Tuhanku apa yang Engkau hendak buat denga harta dan anakku itu?
Orang yang mengajar kanak-kanak mengaji Quran berkata: kaum Yahudi terlebih baik daripada islam pada membayar hak guru.
kalau ada orang kafir masuk Islam yang diberi zakat, orang lain berkata: kalau aku masuk kafir kemudian Islam aku boleh dapat zakat. Orang itu jatuh kafir.
Menafikan Abu Bakar itu sahabat nabi
Kalau seseorang berkata kepadanya engkau bukan orang islam, ia pun berkata aku bukan Islam.
kalau orang menyerunya: Hai yahudi! Ia pun menjawab, jadi kafir
berkata: nabi kita hitam atau bukan Quraisy.
Berkata: pangkat nabi boleh hasil dengan usaha.
berkata: aku mendapat wahyu daripada Allah.
Berkata: aku sudah masuk syurga, makan buah-buahannya dan peluk bidadarinya.
tidak menganggap kafir orang yang selain daripada beragama Islam.
syak pada mengkafirkan mereka seperti Yahudi misalnya.
atau menganggap sah mazhab mereka seperti yahudi.
mengatakan umat Muhammad sesat
mengatakan Sahabat Rasulullah kafir
menafikan Quran ada mu’jizat yang melemahkan kuffar.
mengatakan Mekah, Ka’bah, atau Masjidil Haram.
Berkata: aku tidak tahu yang dikatakan Mekah itu Mekahkah atau tidak.
Menafikan bahawa langit bumi menunjukkan dalil ada Allah.
Berkata: adanya langit dan bumi tidak menunjukkan adanya Allah.
menafikan bangkit manusia dari kubur.
Ingkarkan syurga dan neraka atau hisab dan pahala juga azab.
atau dibenarkan semuanya itu tetapi katanya itu bukan maksudnya yang sebenar.
berkata: imam-imam itu lebih afdhal daripada nabi-nabi.
menyerupakan orang jahat dengan zabaniyah atau Munkar Nakir secara menghinanya, jadi kafir.
melebihkan wali atas nabi
menyangka sifat rububiyah apabila zahir atas hamba terangkat taklif.
mengaku melihat Allah dengan mata kepala dalam dunia.
mengaku dirinya sama perkataan dengan Allah.
berkata: Allah masuk dalam semua rupa yang baik-baik.
Berkata: roh itu cahaya Allah, apabila berhubung yang cahaya berkata-kata keduanya.
Beriktikad sifat dirinya dekat dengan sifat Allah.
Beriktikad Allah memberi makan minum kepadanya tiada haram halal lagi.
Mengaku sampai kepada Allah dengan jalan lain daripada ubudiyyah atau memperhambakan diri kepadaNya.
mengaku dirinya sampai kepada maqam gugur hukum Syara‘ baginya.
Jadi bida’ah orang yang berkata: Allah telah mengilhamkan kepadanya pekerjaan agama Islam tidak berkehendak lagi ianya kepada ilmu dan ulama;
kalau beri’tikad Allah ilhamkan kepedanya pekerjaan agama lain daripada Islam jadi kafir;
atau ia sampai menjadi nabi jadi kafir;
kalau dikata kepada seseorang: engkau padaku seperti yahudi pada penglihatan Allah
atau membaca Quran sambil memalu rebana;
atau dikata orang baginya: adakah engkau ketahui yang ghaib, jawabnya: ya, bertanya aku tahu akan dia;
atau ia kembali daripada musafir bila mendengar burung ‘aq’aq
atau dikatanya: aku ‘asyik akan Allah dan Allah ‘asyik akan aku, maka jadi bid’ah fasik; tentang kafirnya ada khilaf.
kalau mencita-cita jangan diharamkan zina, membunuh dan anyiaya, jadi kafir.
kalau mencita-cita tidak diharamkan minum arak dan berkahwin dengan saudara, tidak kafir.
kalau dikatakan bagi isterinya: engkau terlebih aku kasih dearipada Allah, atau
berkata: ia Nasrani terlebih baik daripada majusi, bersalahan ulama tentang kufurnya.

Kemudian disebut tentang hadith berkenaan dengan perpecahan umat kepada 73, satu sahaja yang selamat, dan mereka itu Ahlis-Sunnah wal-Jamaah. (hlm 8-9).
Kemudian digesa supaya berpegang kepada Ahlis-Sunnah, jangan Qadariyyah, Jabariyyah, mazhab tasybih, dan ta’til, Khariji dan Rafidhi. Ini diikuti dengan huraian-huraian berkenaan dengan golongan-golongan Rafidhiyyah, Kharijiyyah, Jabariyyah, Qadariyyah, Jahmiyyah, dan Murji’ah. Kemudian ini disusuli dengan ciri-ciri yang berkemungkinan menyentuh tasawwuf pada pegangann atau amalannya sahaja. Antaranya ialah:
Dalam golongan Rafidhah-yang dinyatakan ianya terdiri daripada dua belas golongan - antara akidah-akidah mereka yang banyak itu ialah:
Saidina ‘Ali turun dari langit, keluar daripadanya awan Uluhiyah, lalu masuk kepada rupa manusia; lalu dikerjakannya beberapa kerja yang menunjukkan keTuhanan, lepas itu naik semula ke langit. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: Saidina ‘Ali rd adalah nabi Allah, Jibril tersilap membawa wahyu kepada Nabi Muhammad saw. Ini kufur berdasarkan ayat Qurann yang bermaksud Muhammad tidak lain melainkan Rasul.
Setengahnya beriktikad: Saidina ‘Ali krw berkongsi dengan Nabi Muhammad s.a.w. dalam pangkat kenabian. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: Khalifah itu ‘Ali, bukan yang lain-lain itu, dan bahawa Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman menjadi kafir bila menerima khilafah lain daripada ‘Ali.
Mereka itu menyumpah Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman, serta para Sahabat lainnya. Mereka lebihkan sahabat Ali mengatasi sahabat-sahabat lain.
Setengahnya beriktikad: roh bila keluar daripada sesuatu badan masuk ia kepada lembaga lain. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: Ali krw lagi akan kembali ke dunia dengan hidupnya dahulu daripada Kiamat serta menuntut balas atas sekelian seterunya, dan sekarang ini tempatnya di awan. Guruh dan kilat suara cemetinya. Ini iktikad kufur kerana menyalahi Quran, hadith dan ijma’ Ahlis-Sunnah wal-Jama’ah.
Setengahnya beriktikad: Allah terkadang zahir dengan rupa manusia, makan dinamai ia itu nabi dan imam, ialahn yang memanggil manusia kepada agama Islam yang betul. Kalau tidak demikian sesatlah makhluk.
Setengahnya beriktikad: Allah taala masuk kepada sesuatu dan ia bersatu (asal: ”bersuatu”) dengan benda itu. Ini iktikad kufur. (Ini menyentuh golongan yang mengaku bersatu dengan Allah atau ittihad).
Berkenaan dengan golongan ini pengarang kitab ini menukilkan hadith yang bermaksud: “Akan ada pada akhir zaman kaum yang dinamakan Rafidhah yang membuang Islam, hendaklah kamu membunuh mereka, sesungguhnya mereka itu golongan syirik”. (hlm. 9-10).
Berkenaan dengan kaum Kharijiah atau Khawarij:
Disebutkan mereka itu dua belas golongan. Antara akidah mereka:
Menjadi kafir orang yang melakukan dosa besar. Itu I’tikad kufur.
Pada mereka zakat tidak wajib;
Mereka menghimpunkan harta;
Kata mereka tidak harus memberi zakat kepada sesiapa kerana tidak diketahui kafir atau mukmin; itu semua I’tikad kafir.
Setengahnya percaya Allah mengampunkan dosa syirik. Itu I’tikad kufur.
Setengahnya percaya iman dengan yang ghaib itu batil; ini kufur.
Setengahnya beri’tikad Allah tidak menghukumkan makhluk dengan suatu hukum. Ini kufur.
Setengahnya percaya matahari, bulan dan bintang bukan makhluk Allah.Ini kufur.
Setengah percaya semua wanita umpama perhumaan atau bunga-bungaan maka harus bersetubuh sebelum nikah. Ini kufur.
Kaum Kharijiah naik saksi bahawa Ali rd kafir.
Mereka berkata: mereka tidak tahu mukmin atau kafir selain Abu Bakar dan ‘Umar. Ini kufur.

Kemudian dibicarakan golongan Jabariyyah. Dinyatakan mereka itu ada dua belas golongan.
Mereka beriktikad: semua perbuatan hamba amalan kebajikan, iman dan taat, dan amal kejahatan seperti kufur dan maksiat dari Allah.
Sekali-kali tiada usaha dan iktiar hamba; hamba tergagah pada semua perbuatannya. Seperti benang tergantung ditiup angin; maka semua perbuatan hamba adalah perbuatan Allah. Ini kufur.
Mereka sifatkan Allah dengan melakukan kejahatan seperti zina dan lainnya.
Iktikad mereka menggugurkan taklif dari hamba dan ini “(meng)ingkar(kan) akan beberapa ayat Quran dan ijma’ sekelian ulama betapa kiranya sah menafikan amal dan usaha daripada hamba” (hlm.11).
Setengahnya beriktikad: sekali-kali hamba tidak beroleh kebajikan daripada berbuat taat dan tidak beroleh kejahatan daripada maksiat. Kebajikan, kejahatan, taat dan maksiat adalah bagi Allah sahaja, dan ia putus asa daripada rahmat Allah. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: tidak beroleh pahala dan seksa daripada berbuat kebajikan dan kejahatan. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad tafakur itu terutama daripada berbuat ibadat dengan mengambil dalil daripada hadith (yang bermaksud): Tafakur sesaat lebih baik daripada ibadat tujuh puluh tahun. Disangkanya ibadat itu ibadat fardhu. Itu kufur.
Setengahnya beriktikad: sesiapa menyucikan dirinya dan hening daripada cemar hawa nafsu, dan ia ada ilmu, gugur daripadanya ibadat dan amal.Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: segala makhluk beroleh pahala sebab berbuat kebajikan tiada beroleh seksa dengan berbuat kejahatan; semua yang kafir dan yang melakukan maksiat diuzurkan, tiada disoal, kerana semua perbuatan hamba digagahi- ini iktikad kufur.
Setengahnya beriktikad: Allah tiada menyeksa hambaNya, sebab kalau Ia menyeksa, maka ia zalim. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: Allah menghidupkan mereka yang kafir dalam Neraka; kemudian dimatikan mereka, tiada hidup lagi. Itu kufur.
Setengahnya beriktikad: Allah telah menjadikan segala sesuatu: selepas selesai, Ia istirehat. Tiap-tiap suatu zahir pada waktunya bukan dari Allah. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: Tiap-tiap seorang yang ada terlintas khatir kebajikan atau kejahatan dalam hatinya, hendaklah ia lakukannya; itu daripada suruhan Allah. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: bila seseorang hamba sampai kepada martabat kesudahan kasihnya kepada Tuhan, dan heninglah hatinya, dimunumnya minum kasih kepada Allah, gugur segala taklif Syara’ daripadanya, terangkat segala ibadat, ibadatnya hanya tafakur sahaja. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: segala harta dunia ini dikongsi antara manusia sebab semuanya pesaka daripada Adam dan Hawwa. Sesiapa yang mengambil daripadanya itu haknya. Itu iktikad kufur.
Setengahnya beriktikad: belajar ilmu jadilah seseorang itu syarik, bersekutu pada segala harta manusia; sesiapa yang menegahnya maka kafir. Ini iktikad kufur.
Setengahnya beriktikad: tiada sesuatuyang difardhukan Allah atas hambaNya, jika dikehendaki diperbuatnya kalau tidak, tidak. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: hamba tiada mukallaf lain daripada iman dan kufur. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: Allah menyuruh berbuat ibadat, tidak diwajibkan mengulang-ulangkannya. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: bahawa syak ia pada imannya; katanya membawa iman dan mengucap syahadat itu menjadi mukmin dan menghilangkan kufur. Ini kekufuran.
Kemudian diikuti dengan huraian tentang kaum Qadariyyah.
(Setengahnya beriktikad: Kudrat hamba yang baharu memberi kesan pada segala perbuatan hamba yang diikhtiarkan dengan sengaja; maka segala yang berlaku adalah hasil bekas kudrat yang diberikan Tuhan samaada ada perbuatan langsung atau yang timbul daripadanya (tawallud). Pada ulama Transoxiana ini kufur mutlak; pada jumhur ini kufur kalau diharuskan Allah lemah daripada menjadikan perbuatan.
Setengahnya beriktikad: Syaitan tidak berdapat dengan Tuhan sebab tiada baginya wujud yang nyata. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: untung baik dan jahat bukan daripada Allah, itu kufur.
Setengahnya beriktikad: berbuat ibadat itu sia-sia kerana yang bahagia itu bahagia semenjak dari azali, dalam perut ibu, itu kufur.
Setengahnya beriktikad: menafikan Sirat, Hisab, Mizan, dan Syurga dan Neraka belum dijadikan. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: segala amalan itu daripada hamba jua tiada kita ketahui hamba akan mendapat pahala atau seksa. Itu kufur.
Setengahnya beriktikad: Tuhan tidak menjadikan Syaitan kerana menjadikannya itu nyata menjadi kufur dan menghendakinya, itu kufur.
Setengahnya beriktikad: Segala amalan itu makhluk Allah melainkan iman. Itu kufur.
Setengah daripada mereka: menerima ibadat yang fardhu dan bencikan ibadat yang sunat.
Setengahnya: menerima ibadat sunat dan bencikan yang fardhu.
Mereka sembahyang bzohor dan asar dua-dua rakaat. Itu semua kufur.
Setengahnya beriktikad: segala kitab Allah yang diturunkan dari langit tiada mansukh maka wajib diamalkan apa yang ada di dalamnya. Ini kufur.
13. Kaum Qadariyyah itu seperti Majusi, seperti hadith Nabi saw (yang bermaksud): ”Apabila kamu lihat kaum Qadariyyah, maka kamu bunuh mereka, mereka itu majusi umat ini.”
Kemudian ini disusuli dengan golongan Jahmiyyah. Mereka itu dua belas golongan.

Setengahnya beriktikad: Nama-Nama Allah Dan Sifat-SifatNya adalah makhluk. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: Allah maujud pada tiap-tiap tempat dengan secara hulul dan ittihad. Ini kufur kerana mengisbatkan tempat bagi Allah dan berbilang-bilangNya.
Setengahnya beriktikad: mukmin yang derhaka bila masuk Neraka tidak akan keluar daripadanya. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: isi Neraka bila dibakar hingga menjadi abu, maka ia tidak hidup lagi. Ini kufur. (Disusuli dengann nas Quran).
Setengahnya beriktikad: Mayat tidak merasai azab, hanya pada ketika sakratul maut sahaja, dan (tiada?) merasai azab kubur. Ini kufur. (Disebutkan menyalahi Quran dan hadith).
Setengahnya beriktikad: Allah taala berdiri antara langit dan bumi.
dan lagi katanya Nabi kita melihat Tuhan dalam dunia, kitapun melihat Tuhan dalam dunia. Sekelian itu kufur. (menyalahi nas Quran, hadith dan ijma’).

Ini disusuli dengan menyebut kaum Murji’ah. Mereka itu ada dua belas golongan.
Antaranya beriktikad: selepas daripada membawa iman tidak ada sesuatu yang diwajibkan Allah. Ini iktikad kufur.
Setengahnya beriktikad: Allah jua yang menjadikan sekelian makhluk; tetapi Ia tidakmenyuruk melakukan kebajikan dan melarang kejahatan. Ini iktikad kufur. (Dinyatakan dalil ayat Quran yang menyuruh melakukan kebaikan dan keadilan).
Setengahnya beriktikad: barangsiapa mengucap “la ilaha illah’ Llah” maka berbuat taat atau maksiat sama sahaja.
Setengahnya beriktikad: Sesiapa yang mentauhidkan Allah dan beriman kepadaNya sekali-kali tidak tersurat atasnya dosa besar. Ini kekufuran. (menyalahi nas Quran, hadith dan ijma’).
Setengahnya beriktikad: dan beramal dengan menyembah matahari dan bulan serta bintang. Ini kekufuran.
Setengahnya beriktikad: Allah taala jauhar atau ‘arad (iaitu zat benda atau sifat yang ada pada benda). Ini kekufuran. (disebut ayat Quran yang bermaksud Allah tidak ada menyamai sesuatu).
Setengahnya beriktikad: Iman itu ilmu, sesiapa yang tiada ilmu ia kafir.
Juga katanya: sesiapa yang tiada mengetahui suruh dan tegah, ia kafir. Iktikad demikian kufur. (disebutkan kerana menyangkali tasdiq dan dipadakan dengan ilmu sahaja).
Setengahnya beriktikad: Iman itu tiap-tiap tahun berkurang, tidak bertambah. Ini kekufuran. (disebut ayat Quran yang bermaksud: orang-orang yang beriman itu bertambah imannya).
Setengahnya beriktikad: dan katanya (bermaksud) “Aku mukmin insya’ Allah”. Itu kufur kalau ia syak tentang imannya. Kalau tidak syak disebut untuk mengambil berkat dengan nama Allah, tidak jadi kafir.
Setengahnya beriktikad: Allah serupa dengan Nabi Adam berdasarkan hadith mutasyabihat bermaksud: “Sesungguhnya Allah menjadikan Adam atas rupa Tuhan Yang Rahman”. Iktikad itu kufur. (Disebut ayat Quran bermaksud tiada sesuatu yang menyerupai Tuhan).
Setengahnya beriktikad: segala yang wajib dan sunat sama sahaja kerana titah Allah;
dan lagi setengahnya beriktikad: Allah tidak melihat dan mendengar, ini kufur. (Disebut ayat Quran yang menyebut Allah mendengar dan melihat).
Setengahnya beriktikad: Kita mengikut Syaitan sama ada mukmin atau kafir, kalau ia menyuruh makan yang haram sekalipun. Ini kufur.

Dikatakan bahawa kaum Murji’ah itu dimurkai Allah, dan disebut dalam hadith Nabi s.a.w. bahawa mereka itu dilaknati oleh tujuh puluh anbiya.
Selepas menyebut kaum yang tujuh puluh dua itu, penulis ini memberi pesanan:"(Sayugianya) kau ketahui akan dia (yaitu 72 golongan sesat itu) supaya kau jauhi akan dia (dan) jangan sekali-kali kau iktikad akan dia…”(hlm14).

Lepas itu penulis menyatakan:
(Apabila kau ketahuilah ) segala iktikad dan mazhab yang sesat yang telah tersebut itu, sekarang (maka ku nyatakan) pula iktikad kaum mulhid yang bersaufi dirinya seperti yang telah dinyatakan Imam Ghazali (dan Syaikh Abun-Najib Suhrawardi) (dan) Imam Najmu’d-Din ‘Umar al-Nasafi dan lainnya…”(hlm 14). Kemudian diteruskan kenyataan:
Adapun kaum yang bersaufi-saufi dirinya itu amat sesat mereka itu tiada patut dinamaikan dia dengan nama saufi, hanya terutama dinamai akan dia dengan kafir atau fasiq. (Kata ulama) adalah banyak mereka itu tiga belas kaum. (Pertama) kaum Murji’ah namanya (kedua) kaum auliya’iyyah namanya (ketiga) kaum sikhr akhih namanya, (keempat) kaum ibahiyyah namanya, (kelima) kaum haliyah namanya, (keenam) kaum hauriyah namanya, (ketujuh) kaum waqi’iyyah namanya, (kedelapan) kaum mutajahiliyah namanya, (kesembilan) kaum mutakasiliyah namanya (kesepuluh) kaum ilhamiyah namanya, (kesebelas) kaum hululiyah namanya, (kedua belas) kaum wujudiyah namanya (ketiga belas) kaum mujassimah namanya. (hlm 15).

Ini disusuli dengan kenyataan tentang akidah golongan yang tiga belas itu, yang dikatakan mereka yang bersufi-sufi dirinya.
Kaum Murji’ah, iktikadnya:
seorang hamba bila sampai kepada martabat kasih kepada Allah, tiada dikasihinya selain daripada Allah, terangkat daripadanya taklif Syara’ dan segala ibadat, yang haram itu halal baginya.
Mereka menyatakan: segala fardhu seperti sembahyang dan puasa dan sebagainya harus dikerjakan dan harus ditinggalkan.
Setengahnya tidak menutup auratnya. Iktikad dan pekerjaan demikian semata-mata kufur dan dhalalah. (hlm 15).
Setengahnya beriktikad: seseorang hamba bila sampai kepada kesudahan martabatnya, kasihkan Allah, gugur daripadanya segala ibadat yang zahir, ibadatnya tafakur sahaja. Itu kufur.
Setengahnya beriktikad: seseorang hamba bila sampai kepada kesudahan martabat kasih kepada Allah harus baginya segala perempuan dan sahaya orang. Itu kufur.
Setengahnya beriktikad: harta dunia ini harus bagi anak Adam, kerana Adam bapa sekelian manusia, dan Siti Hawwa ibu mereka semua. Maka segala harta milik mereka dan mereka haruskan zina dan menyabung, maka mereka disebut sebagai golongan Sihr akhih kerana mengikut Abdullah sihir akhih. Pada zahir mereka bersoleh-soleh diri pada hal mereka itu semata-mata fasik. Iktikad demikian kufur dan dhalalah.

Kaum Ibahiyah:

Mereka beriktikad antaranya: pekerjaannya meninggalkan amar makuf dan nahi munkar;
kata mereka: kami tiada kuasa menahani diri untuk menjalankan amar dan nahi. Maka bagaimanakah kami menyuruh orang melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran?

Mereka mengharuskan zina. Mereka sejahat-jahat makhluk, dan iktikadnya kufur dan dhalalah.
Kaum Haliyah:
Antara iktikad mereka: dikatakan mereka harus menari dan bertepuk tangan tatkala menyanyi, lagi pengsan; kata segala muridnya bahawa syaikh mereka itu dalam hal itu bersalahan dengan perjalanan Rasul; itu bid’ah lagi dhalalah.


Kaum Hurriyah:
Iktikad mereka seperti setengah kaum haliah.

Kata mereka: datang kepada kami bila kami pengsan anak bidadari maka kami bersetubuh dengan mereka. Apabila sedar daripada pengsan mereka mandi junub. Iktikad ini kufur lagi dhalalah.

Kaum Waqi’iyah:
Mereka meninggalkan ma’rifat terhadap Allah kata mereka hak Allah tiada dikenal akan dia. Hamba itu lemah daripada mengenalNya. Iktikad itu kufur. Disebutkan ini berlawanan dengan beberapa nas Qur’an dan Sunnah.

Kaum Mutajahiliyah:
1. Mereka memakai pakaian dan mengerjakan amalan fasik.
2. Kata mereka: tiada dapat kami menjauhi diri daripada zina. Ini dhalalah.

Kaum Mutakasiliyah:
1. Mereka meninggalkan berbuat usaha dan ikhtiar.
2. Mereka pergi memintan sedekah pada tiap-tiap rumah dan kedai orang untuk mendapat makanan.
3. Mereka mengambil zakat dan sedekah daripada orang ramai.
Ini cara hidup bid’ah bersalahan dengan amalan Nabi s.a.w.

Kaum Ilhamiyah:
Iktikad mereka seperti iktikad Dahriyah (iaitu tidak percaya kepada adanya Tuhan);
Mereka enggan membaca Quran dan belajar ilmu; kata mereka; Qur’an itu suatu hijab kepada Allah.
Mereka ikut kata-kata hukama
Syair hukama dijadikan tariqat mereka
Umur mereka habis dengan bersyair.
Itu semua bid’ah dhalalah.

Kaum Hululiyah:
Setengahnya beriktikad: wujud Allah masuk kepada diri mereka dan segala jisim. Ini kufur seperti iktikad Nasrani.
Setengahnya beriktikad: harus memandang kepada wanita cantik dan kepada muda belia.
Mereka menari dan berseloka katanya elok paras sesuatu itu daripada suatu Sifat Allah yang turun kepada makhlukNya, maka seharusnya kamu cium dan berdakap (dengan wanita misalnya).
Ini semua kufur dan dhalalah.
(3) Kata Syaikh Abun-Najib dalam ‘Awariful-Ma’arif: Adalah setengah daripada kaum Hululiyah itu bernama Qalandariyah, mereka itu mengharuskan semua pekerjaan. Katanya: Apabila kamu suci daripada hawa nafsu lagi ikhlas kepada Allah, itulah kesudahan segala yang dimaksudkan. Adapun amalan Syariat, itu martabat sekelian orang awam sahaja yang kurang darjahnya, dan itu turut-turutan sahaja. Itu sekeliannya kufur, mulhid, lagi zindik. Sepatutnya dibunuh kalau ia tidak bertaubat. (hlm.16).

Golongan Batini:
Kata Imam Qurtubi: setengah daripada kafir zindik Batiniah (asl.”batini”) menyangka amal Syariat yang zahir seperti sembahyang, puasa, dan zakat serta haji hanya diwajibkan atas orang awam sahaja tidak atas orang khawwas. Orang yang khawas (ahli ma’rifat) tidak wajib atas mereka, mereka hanya dikehendaki hadhir dalam hati mereka ibadat itu. Ulama menyatakan bahawa ini iktikad zindik dan kufur.
Orang yang demikian hendaklah dibunuh kerana ingkar barang yang diketahui daripada Syariat sebagai hukum Allah terdiri daripada suruh dan tegahnya, kerana hasil pengetahuan demikian secara putus, yakin dan tetap, disepakati oleh semua ulama yang awal dan yang kemudian. Sesiapa yang sangka hukum itu boleh diketahui secara lain daripada suruh dan tegah Allah, maka ia kafir kerana sangkaannya dicapai martabat nubuwwah.
Imam Ghazali rd menyatakan kalau ada wali yang menyangka ia ada mempunyai kedudukan di sisi Allah yang menyebabkan gugur wajib sembahyang dan halal minum arak, seperti kaum yang bersufi-sufi dirinya, tidak syak bahawa wajib ia dibunuh kerana murtad. (hlm.16). Membunuh seorang daripada yang demikian lebih afdhal daripada membunuh seratus kafir asli (yang bermusuh dengan Islam).

Kaum Wujudiyah:
Iktikad dan katanya: “La ilaha illa’Llah” yaitu tiada wujudku hanya wujud Allah, yakni bahawa aku wujud Allah.
Kata mereka: maksudnya: Hak Allah Taala tiada maujud melainkan dalam kandungan segala makhluk; pada iktikad mereka sekalian makhluk wujud Allah taala dan wujud Allah taala wujud sekelian makhluk; mereka mengisbatkan keesaan Allah taala dalam wujud sekelian makhluk yang banyak;
lagi kata mereka: kami dengan Allah sebangsa dan wujud yang satu.
Lagi kata mereka: Allah diketahui zatnya dan nyata kaifiatNya daripada ada Ia maujud pada kharij dan pada zaman dan makan atau tempat. Sekelian itu kufur. Inilah wujudiyah yang mulhid. Dinamakan dia zindik. (hlm 17).
Wujudiah ada dua kaum: wujudiyah yang muwahhid dan kedua wujudiyah yang mulhid. Wujudiyah yang muwahhid iaitu segala ahli sufi yang sebenarnya.

Kaum Mujassimah:
Setengahnya beriktikad: Allah itu jauhar yang maujud.
Kata setengahnya: Allah itu jisim tetapi tidak seperti jisim yang lainnya.
Setengahnya berikikad: Allah berupa seperti rupa manusia.
Setengahnya beriktikad: Allah taala ada daging darah, ada muka, tangan, jari dan kaki.
Setengahnya beriktikad: Allah ada rupa tetapi tidak diketahui bagaimana rupaNya.
Setengahnya beriktikad: Allah datang, turun, naik, bergerak dan berpindah.
Setengahnya beriktikad: Allah duduk atas ‘Arasy.
Setengahnya beriktikad: Allah masuk pada Arasy, dan Arasy tempat kediamanNya. Kata Imam fakhrud-Din al-Razi kaum yan memahami ayat mutrasyabihat secara zahir lafaz demikian menjadi kafir kerana disabitkan bagi Allah jisim dan jisim itu disembahnya.
Kata Imam Ahmad: sesiapa yang mentasybihkan Allah dengan makhluk menjadi kafir.
Ini diikuti dengan larangan mengikut kaum yang bid’ah dengan dibawa beberapa maksud hadith. Kemudian dibahagikan bid’ah itu kepada pembahagian mengikut hukum yang lima mengikut huraian Syaikh ‘Izzuddin Ibn ‘Abdus-Salam.Juga diikuti dengan contoh-contoh bid’ah. Kemudian dibicarakan juga masalah-masalah berhubungan dengan jin dan hukum tentang murtad dan taubat serta jenis-jenis dosa anak Adam. (hlm 19-28).
Kepentingan Ajaran dan Amalannya:
Antara beberapa pengamatan yang boleh dibuat dalam hubungan dengan beberapa aspek isi teks Syaikh Muhammad Arsyad ini dan apa yang timbul daripadanya ialah seperti di bawah ini:
Kepentingannya dalam memberi mesej kerohanian kepada manusia zaman ini yang terlalu kebendaan.
Kepentingan dalam mendedahkan nilai-nilai bagi membentuk peribadi berdasarkan nilai-nilai yang unggul untukmenguatkannya supaya teguh dalam zaman penuh pancaroba ini.
Kepentingan dalam memberi dimensi kerohanian dalam memahami peribadi manusia yang biasa difahami hanya dari segi psikologi yang cetek mengikut teori-teori moden yang mampu menyelam hanya aspek-aspek yang tidak mendalam pada kejiwaan manusia yang tidak mampu melintasi tahap nafs ammarah sahaja.
Kepentingannya dalam memberi contoh tauladanyang memberangsangkan dalam hubungan dengan peribadi-peribadi unggul dalam sejarah kerohanian, yang kalau tidak tidak akan ada contoh-contoh yang demikian.
Kepentingannya dalam memberi kaedah-kaedah amalan yang boleh mendatangkan kesan bagi membawa kepada perubahan jiwa yang sejahtera dan selamat, yang tanpa amalan-amalan dan cara-cara yang diakui itu maka jiwa manusia akan berada pada tahap yang merosakkan.
Kepentingan secara amali untuk mengajar kepada manusia persaudaraan yang benar-benar berdasarkan kepada kesedaran rohaniah semata-mata tanpa laoin-lain pertimbangan dalam hubungan antara sesama manusia. Hanya ilmu dan amalan tasawwuf yang mengajar perkara yang demikian ini.
Aspek kerohanian yang dalam sejarah boleh dilihat memberi kesan yang positif atas pemikiran dan amalan manusia serta kesan-kesan atas kesenian dengan cawangan-cawangannya.
Sudah tentu ajaran inilah yang mengajar manusia mencapai hubungan yang mesra dan berkesan dengan Tuhan serta mencapai keimanan yang selamat dan berkesan dalam hidup seseorang yang mempynyai nilaian yang mengatasi segalanya.
Sebagai aspek batin dari Islam, ianya menjamin kekuatan amalan islam dan kejayaan serta keberkesanannya sebagaimana air hayat yang ada pada pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang menjamin kesegaran dan hayatnya walaupun ianya tidak kelihatan pada lahirnya sebab ianya berupa aspek dalamannya.
Antara Perkara-Perkara Yang Perlu Diberi Penyelesaian:
Antaranya sikap memandangnya sebagai bid’ah dhalalah yang menimbulkan masalah palsu dalam masyarakat, dengan mengambil kira keperluan menyelesaikan masalah mereka yang benar-benar sesat sebagaimana yang ada dalam teks-teks Ahlis-Sunnah yang muktabar. Ini perlu diselesaikan dengan merujuk kepada hakikat bahawa ilmu tasawwuf diterima sebagai satu daripada ilmu-ilmu yang diakui seperti yang disebut oleh Ibn Khaldun dalam “al-Muqaddimah”, atau oleh Imam al-Ghazali dalam “Ihya’ ‘Ulumiddin” atau ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi dalam “al-Farq bainal-Firaq” dan ahlinya diakui dalam Ahlis-Sunnah wal-Jama’ah.
Masalah penentangan terhadap setengah-setengah sufi seperti Ibn ‘Arabi dan Imam al-Ghazali dan lainnya atas dasar mereka menggunakan hadith-hadith yang dipertikaikan oleh setengah pihak. Ini boleh diselesaikan dengan merujuk kepada pendirian ulama hadith tentang bolehnya hadith-hadith dhaif disebut dalam hubungan dengan fadhilat amalan-amalan dan tidak dalam hubungan dengan hukum haram halal. Misalnya ini dinyatakan oleh Imam Nawawi rd dalam” al-Azkar”nya.
Masalah penentangan terhadap apa yang disebut sebagai wahdatul-wujud yang sahih tanpa membezakannya dengan ajaran zindik yang ditentang oleh teks-teks Ahlis-Sunnah sendiri. Ini boleh diselesaikan dengan merujuk kepada hakikat ada wahdatul-wujud yang zindik dan ada yang muwahhid, sebagaimana yang disebut dalam “Nahj al-Raghibin” yang tersebut di atas selain daripada punca-punca lainnya; juga dengan merujuk kepada hakikat bahawa itu bukan dimasukkan dalam bahagian akidah tetapi pengalaman kerohanian para arifin; dan sebagaimana yang disebut oleh Ibn Khaldun pengalaman mereka itu sahih.
Masalah penentangan terhadap tasawwuf kerana dipandangnya sebagai ajaran dan amalan yang melemahkan pembangunan negara dan umat kerana kononnya pengajaran “membenci dunia” dan “zuhud”. Ini boleh diatasi dengan merujuk kepada hakikat tasawwuf yang mengajarkan hubungan manusia dengan Tuhan yang semurni-murninya, dan sikap mengambil dunia sebagai wasilah untuk kebajikan dan menuju kepada Tuhan, dan bukannya melemahkan umat, bahkan sikap ini menguatkann umat, sebagaimana yang terbukti pada zaman awal Islam.Zuhud itu nisbah bagi diri, adapun kegiatan yang menguatkan umat, itu fardhu kifayah yang mesti dilaksanakan.
Masalah penentangan terhadap metafisika sufi yang dianggap bid’ah oleh itu mesti dihapuskan. Ini mungkin diselesaikan dengan merujuk kepada hakikat perkembangan tamadun yang menimbukan sistematisasi semua ilmu-ilmu dengan sistem peristilahannya yang tidak boleh dielak seperti adanya perkembangan dalam ilmu fiqh, usuluddin, tasawwuf, usul fiqh dan seterusnya yang tidak berlaku pada zaman Nabi s.a.w., tetapi perkembangan ilmu-ilmu itu diterima dalam Ahlis-Sunnah wal-Jamaah, bahkan ilmu-ilmu itulah yang menjayakan ajaran Ahlis-Sunnah wal-Jamaah.
Masalah penentangan terhadap wirid dan zikir beramai-ramai yang dianggap oleh setengah pihak sebagai bid’ah. Masalah wirid dan zikir beramai-ramai itu sebagaimana yang diterangkan oleh Imam al-Suyuti rh dalam kitabnya al-Hawi lil-Fatawi ianya dilaksanakan semenjak zaman Nabi s.a.w. lagi, dan beliau menukilkan lebih kurang dua puluh hadith yang sahih berhubungan dengan perkara ini.
Masalah kesesatan yang memang ada dalam masyarakat hasil daripada ajaran rohaniah palsu yang berkembang kerana adanya orang-orang yang mencari kepentingan daripada kehausan rohaniah yang ada pada manusia sekarang sampai menyebabkan timbulnya orang-orang yang pandai-pandai dalam masyarakat menjadi mangsa gerakan sedemikian.
Wallahu a’lam.