24 November 2009

Doa Ruqyah hindari gangguan makhluk durjana



TAKUT kepada makhluk durjana (jin dan manusia jahat) dan penangan ilmu sihir. Semua boleh diatasi sekiranya kita sentiasa moemohon perlindungan dan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah.

Namun bagaimana kita yang hendak mendapatkan pertolongan Allah. Sewajarnya kita taat dan sentiasa dekat denganNya. Sambil berusaha untuk melindungi diri dan keluarga daripada gangguan itu dengan cara yang sebaiknya, berpandukan al-Quran dan Sunnah.

Ada segelintir masyarakat suka berjumpa bomoh, dukun, atau pawang bagi mendapatkan bantuan. Sehingga sanggup berbelanja beribu ringgit untuk melawan kejahatan syaitan dan ilmu sihir.

Meskipun berganti perawat untuk mendapatkan pelindungan kepada masalah yang dihadapi, tanpa mengambil kira sama ada dukun terbabit menggunakan cara yang diredai Allah atau sebaliknya.

Hal ini disebabkan masyarakat Islam tidak mengetahui kaedah untuk menghindarkan diri daripada ancaman dan gangguan makhluk durjana termasuk sihir. Malah tidak kurang juga yang masih cetek ilmu asas berkaitan ketauhidan sehingga terbabit dengan amalan dan perbuatan syirik.

Doa ruqyah adalah himpunan potongan ayat daripada al-Quran yang menjadi doa khusus untuk melawan sihir dan gangguan makhluk durjana termasuk jin atau apa saja keturunan dan jenisnya. Bahkan ia dibenarkan dalam Islam.

Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tidak apa-apa ruqyah itu selama tidak mengandungi syirik." (Hadis riwayat Muslim)

Oleh itu, bagi mendapatkan kemakbulan doa ini perkara yang haram dan terlarang di dalam Islam hendaklah ditinggalkan. Amalkan doa ini setiap waktu solat dan mintalah bersungguh-sungguh ke hadrat ASllah SWT agar diberi perlindungan daripada gangguan tersebut.

Sebelum itu, banyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah kerana ia dapat membersihkan diri kita daripada dosa-dosa yang lalu. Di samping memperbanyakkan selawat nabi bagi mendapat keberkatan.

Insyallah berkat doa yang dimulai dengan Fatihah memudahkan doa ruqyah diterima Allah sebagai pelindung diri dari ancaman makhluk durjana.
Ingat bacaan Fatihah itu hendaklah dihadiahkan kepada Nabi Muhamad SAW, Para Sahabat, Keluarga Nabi, Para Syuhada, Para Wali, Alim Ulama, Para Solihin, Ustaz-Ustaz dan muslimin muslimat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan