12 Januari 2011

Yahudi mula panik



Islam Mulai Menguasai Eropah. Kebimbangan orang Yahudi semakin memuncak. Mereka gagal dalam usaha menyekat perkembangan Islam yang semakin cepat menguasai dunia khususnya dibumi Eropah. Secara langsung ia menjejaskan kepentingan Yahudi didunia termasuklah di Israel.

JERUSALEM. 2 Des 2010.- Tokoh komuniti Yahudi internasional, Rabbi David Rosen, telah memperingatkan bahawa Eropah dalam berisiko besar: "dikuasai" oleh Islam. Satu-satunya cara untuk melepaskannya, kata beliau: "Eropah mesti kembali semula ke akar umbi Kristian."

Pada pertemuan di Yerusalem, Rabi Rosen, Pengarah Inter Religions di organisasi Yahudi Amerika (American Jewish Congress) yang berpusat di Washington mengatakan bahwa sebagian besar masyarakat sekuler dan liberal Eropah Barat berada di bawah ancaman akibat terlalu cepatnya pertumbuhan masyarakat Islam yang dikatakan gagal diintegrasikan masyarakat barat.

“Masyarakat Barat sangat jelas tidak memiliki identiti yang kuat. Saya ingin orang-orang Kristian di Eropah untuk menjadi lebih Kristian ... mereka yang tidak memiliki identiti yang kuat mudah dikuasai oleh orang-orang Islam". kata rabbi Rosen.
Pandangan Rabbi Rosen ini diakui oleh sejumlah besar Yahudi lain yang melihat pertumbuhan demografi Muslim di Eropah seiring dengan pertumbuhan demografi Arab di Israel.

"Anda memiliki masalah yang tidak anda sedari. Anda cinta dengan ide multibudaya, tapi Anda tidak memahami Arab. Dalam era liberalisme, bagaimana Anda melindungi diri dari kontrak (dengan Islam)?" kata Moti Cristal, seorang juru-perunding Israel dan konsultan penyelesaian konflik swasta di Nest Consulting. Nachman Shai pula seorang anggota parlimen Partai Kadima di Israel menambah bahawa bahwa identiti Eropah Barat mula terancam oleh kelompok-kelompok Islam radikal.

"Jika anda mengikuti arus utama di dunia Arab dan anda semua memiliki komuniti Muslim di negara anda sendiri sekarang ini dan anda melihat tentang perkembangan terkini, pasti anda dapat melihat bahwa Muslim kini berjalan ke arah ekstrim, tidak ke ke arah kompromi. Mereka memperjuangkan tradisi mereka sendiri. Mereka menjaga cara mereka sendiri dan mereka menjadi lebih beragama dan lebih radikal," katanya.

Ia menjelaskan bahwa Israel dikelilingi oleh militan Islam, membentang dari Iran hingga Syria, dari Hizbullah di Lubnan hingga Hamas di Gaza. Ia juga meminta Eropah berhati-hati dengan Turki yang kini "bergerak ke kanan". Ia mengingatkan pada hasrat Perdana Menteri Recep Tayyib Erdogan untuk menjadi pemimpin baru dunia Muslim.
"Syria adalah jaringan paksi kejahatan, yang dimulai di Iran bergerak melalui Lubnan dan kemudian sayangnya suatu hari nanti, Turki juga," tambah Shai.

Al-Quran & al-Hadis Rasulullah Saw tidak pernah silap apabila diberitahu bahawa orang-orang yahudi dan nasara tidak pernah redha kepada Islam. Apatah lagi Yahudi lebih kuat memusuhi Islam sendiri. Mereka akan sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan Islam tetapi janji Allah Swt bahawa Islam akan terus berkembang keseluruh dunia. Meskipun permusuhan Islam dan yahudi akan berkekalan sehingga kiamat. Apatah lagi Rasulullah Saw meriwayatkan sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Hari ini kebimbangan Islam menguasai eropah ditakuti juga oleh gereja di Eropah sendiri. Kenyataan-kenyataan peringatan bahkan kekadang menyerang Islam menggambarkan kebimbangan tersebut. Kenapa perlu dibimbang? Sedangkan Islam membawa rahmat dan kebenaran keseluruh dunia ini. Mereka sendiri mengamalkan penerimaan kepelbagaian agama tetapi kenapa diskriminasi perlu dilakukan terhadap Islam.

Apabila mereka menerjah negara Islam, mereka mencanangkan tentang plural, semua agama sama, hak asasi dan kebebasan beragama dan bersuara... tetapi kini dapat dilihat wajah hipokrit sebenar mereka. Munasabahlah disebut 17 kali sehari semalam ketika orang Islam berdoa dalam surah Fatihah agar sentiasa diberi petunjuk dan menjauhi daripada tipu-daya syaitan, Yahudi dan Nasara.

Bagaimana dengan Malaysia? Adakah Negara kita selesa menuju kearah tamaddun Barat dan Eropah atau berkembang menuju ke arah kehidupan dan syariah Islam? Adakah negara kita bebas mengamalkan ajaran Islam maupun syariah? Adakah hak asasi kita sebagai muslim diiktiraf oleh kerajaan atau ada pihak lain yang cuba menonjolkan fahaman baru yang lebih dikenali sebagai Islam liberal, Moderate dan Plural.

Interlok mangsa prasangka liar manusia jahil

Oleh S. M. Zakir

Novel Interlok karya Abdullah Hussain menjadi polemik yang tidak berkesudahan apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah yang juga Pengerusi Biro Pengaduan Awam (BPA) menimbulkan isu tentangnya. Novel Interlok menjadi teks Komsas tingkatan lima bermula sesi persekolahan 2011 dikatakan mengandungi unsur sensitif kepada masyarakat India kerana memaparkan sejarah susur galur kedatangan masyarakat India ke Tanah Melayu.
Kenyataan Datuk T. Murugiah yang menyebut tentang pengharaman dan ugutan untuk membakar novel tersebut bukan sahaja mencetuskan isu yang sepatutnya tidak timbul tetapi juga membawa kepada tindakan tidak rasional pihak tertentu terhadap novel Interlok. Lebih buruk Interlok menjadi bahan bagi political mileage untuk ahli politik atau pihak yang berkepentingan.
Bahkan ia menjadi rebutan dari pihak parti politik yang berlawanan untuk saling menjuarai kepentingan masyarakat India kononnya tanpa melihat kepada rasional tindakan tersebut. Penglibatan kepentingan politik dalam isu Interlok menjadi faktor besar kepada memburuknya keadaan dan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Malahan ia tidak memberi apa-apa kepentingan besar kepada masyarakat India selain mempergunakan mereka untuk kepentingan politik perkauman.
Novel Interlok merupakan sebuah garapan yang sangat baik dan ideal terhadap sejarah pembentukan hubungan kaum yang harmoni di Malaysia. Novel ini dibahagikan kepada empat buku iaitu buku Keluarga Seman, buku Keluarga Chin Huat, buku Keluarga Maniam dan terakhir buku empat Interlok (interlock).
Secara keseluruhan Interlok menggambarkan latar awal bermulanya hubungan masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu iaitu sekitar tahun 1910 sehingga 1940-an.
Tiga bab yang mewakili tiga kaum seperti yang disebut buku ini mewakili sistem sosial di bawah pemerintahan Inggeris yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Inggeris mengamalkan dasar menekan penduduk pribumi iaitu orang Melayu dengan amat halus iaitu secara psikologi dan politik yang terancang. Dengan memperkenalkan dasar pentadbiran dan ekonomi moden berasaskan perindustrian, Inggeris membawa masuk buruh- buruh dari China dan India untuk mengerjakan lombong bijih timah dan ladang getah bagi menyediakan bahan mentah untuk kegunaan industri moden di Eropah.
Pada masa yang sama Inggeris mencipta suatu rupa bentuk masyarakat selari yang terpisah-pisah dan berkotak-kotak, tidak mengenali antara satu sama lain, serta bergantung kepada Inggeris. Perhubungan antara masyarakat diputuskan dengan dasar penetapan bidang ekonomi mengikut kaum. Dengan cara tersebut Inggeris berjaya mewujudkan masyarakat berkotak-kotak dan mencipta apa yang disebut sebagai antagonisme etnik, iaitu setiap etnik melihat etnik lain sebagai antagonis kepada mereka.
Namun Abdullah Hussain melalui novel Interlok memecahkan doktrin Inggeris ini dengan memecahkan dasar pengkotakkan sosial dan penetapan bidang ekonomi mengikut kaum. Pertama penetapan bidang ekonomi mengikut kaum atau etnik dipecahkan apabila Seman memecahkan tradisi menjadi orang Melayu pertama bekerja di estet yang sebelum ini hanya dipenuhi oleh orang India.
Kedua, Abdullah Hussain memecahkan pengkotakkan sosial apabila menyatukan semua kaum menjadi masyarakat yang saling bantu membantu dalam buku atau bab terakhir yakni Interlok. Interlok ialah perkataan Inggeris interlock, yang dimaksudkan oleh Abdullah Hussain sebagai mengunci masyarakat yang terpisah-pisah menjadi satu masyarakat yang bersatu padu. Dalam buku ini ditonjolkan generasi ketiga yang lahir dan membesar di Tanah Melayu bersedia menjadi warga sebuah negara yang bakal tercipta iaitu Malaya, yang kemudiannya lahir sebagai Malaysia pada hari ini.
Ternyata novel ini mengangkat suatu bentuk perjuangan sosial masyarakat bawahan terhadap bentuk penjajahan Inggeris. Kemuncak atau ujian kepada perjuangan sosial ini dibuktikan dalam gambaran suasana menghadapi kekejaman tentera Jepun dan Bintang Tiga.
Namun secara halus, Abddulah Hussain membawa ideal perjuangan sosial ini memecah tembok doktrin sistem penjajahan Inggeris yang mewujudkan pengkotakkan masyarakat dan seterusnya melahirkan politik perkauman di Malaysia.
Abdullah Hussain telah mencipta gagasan Satu Malaysia yang tulen dalam erti kata mengunci kepelbagaian kaum yang berbeza menjadi satu entiti yang berkongsi sebuah wawasan bersama. Lebih daripada itu Interlok bukan sahaja wujud sebagai sebuah novel sosial tetapi juga novel sejarah yang menyerap fakta-fakta sejarah ke dalam sebuah fiksyen yang mengagumkan.
Rujukan terhadap fakta sosial dan sejarah ini boleh dilihat daripada beberapa buku ilmiah seperti antaranya Communalism and the Political Process in Malaya oleh K.J. Ratnam (1965), The Naked Social Order oleh Collin Abraham (2004), The Malaysian Indians oleh Muzafar Desmond Tate (2008) dan sebagainya.
Interlok tidak mempunyai sebaran unsur penghinaan terhadap mana-mana kaum atau agama di Malaysia. Munculnya perkataan yang menyatakan Maniam daripada kasta paria adalah sebuah pernyataan fakta untuk menjelaskan latar belakang Maniam, dan hal ini ternyata tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina.
Jika tindakan membakar dan mengharamkan Interlok hanya kerana sebaris perkataan yang dikutip secara prejudis perkauman yang tidak berasas ini, bagaimana pula dengan novel-novel besar yang disanjung di India seperti Nectar in a Seive oleh Kamala Markandaya, He Who Rides a Tiger oleh Bhabani Bhattacharya, Coolies oleh Mulk Raj Anand yang terang-terang menyebut dan menggambarkan kehidupan golongan kasta paria yang diperjuangkan.
Malah sebuah buku Mulk Raj Anand bertajuk Untouchable telah diterjemahkan dengan judul Paria oleh Oxford University Press (1964) menggambarkan secara langsung dan terus terang kehidupan kasta bawahan yakni golongan paria.
Mengapa novel-novel ini tidak menimbulkan sensitiviti dan dibakar oleh masyarakat India selama ini? Ternyata Interlok menjadi mangsa prasangka liar golongan yang jahil dan manipulasi pihak yang berkepentingan dalam amalan politik perkauman di Malaysia.