12 November 2009

Jeli haram

Jeli yang diimpot dari China dikatakan sebagai haram dan tidak ada sijil halal. Menurut Persatuan Pengguna Islam jeli tersebut mengandungi gelatin babi. Malangnya umat Islam di negara ini tidak prihatin tentang perkara ini.

Di musim perayaan Islam boleh dikatakan jeli ini dijadikan hidangan bagi meraikan tetamu. Malah jualannya begitu meluas termasuk di pasaraya dan amat digemari oleh kanak-kanak.

Bahkan ada gula-gula yang didatangkan dari China turut mempunyai gelatin babi. Kenapakah umat Islam tidak teliti dengan makanan yang sepatutnya dirujuk kepada jabatan agama bagi mendaptkan pengesahan halal haramnya.

Begitu juga dengan peralatan pinggan mangkuk yang dibuat daripada melamin juga disahkan oleh Jabatan Agama Johor mempunyai unsur tulang babi. Jika kita menekamti makanan sama ada diwarung dan restoran kebanyakan menggunakan peralatan yang dibuat daripada melamin berkenaan.

Kenapakah umat Islam hari ini tidak peka dalam menentukan halal haram khususnya dalam urusan makan minum. Atau lebih mementingkan sedap, lazat, murah, mudah dan kenyang semata-mata.

Itu belum lagi meneliti sumber halal haram punca rezeki yang dinekmati. Maknanya kini umat Islam sudah tidak pedulikan apapun status makanan dan minuman yang dinekamti.

Apa yang mengkhuatirkan ialah doa yang kita pohonkan ke hadrat Allah SWT tidak kesampaian dan dikabulkan. Puncanya kerana meringan-ringankan apa yang dilarang dalam agama Islam kita hentam keromo sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan