05 September 2010

PAS kehilangan idealisme

PAS kini tidak berwawasan kerana mempunyai misi dan visi yang amat jauh berbeda dengan kepimpinan terdahulu. Mereka gagal meletakkan perjuangan Islam sebagai gerakan kukuh dan jitu. Malah, prinsip perjuangan PAS tergadai kerana tidak yakin dengan kemampuan pimpinan yang banyak bergantung nyawa kepada PKR dan DAP.
Dulu PAS tinggi iltizamnya, tidak akan berkompromi terutama dengan puak kafir yang difatwakan jika dikongsikan dalam perjuangan PAS, ia boleh membawa kepada kekufuran.
Fatwa Hadi Awang yang diamanatkan tahun 1980han turut dihalakan secara terus kepada UMNO yang dilihat berkongsi bahtera dengan MCA, MIC dan parti-parti non Muslim. UMNO dianggap kafir kerana perkongsian itu malah dilabel sebagai tegar dengan faham kemelayuan (asyobiah).

Apa yang dikata gagal dikota oleh PAS. Fatwa entah ke mana, nilai Islam kian meluntur dan perjuangan untuk menjayakan hukuman hudud terdampar berkecai dihentak oleh puak DAP yang sejak dulu anti Islam dan kini hanya berpura-pura sokong Islam kerana PAS setuju memetrai perjanjian yang jelas bertentangan dengan perjuangan PAS asal.

Apabila pemimpin utama DAP yang menyanggah Penubuhan Negara Islam Malaysia, PAS terjelepok bagai melutut dan seakan kebisuan suara kerana takut hilang kuasa politik kerana beranggapan PRU12 menjadikan mereka kuat kerana adanya sokongan padu DAP dan PKR khususnya non Malays.

Jika benarlah PAS kuat berpegang pada hukum, prinsip dan yakin kepada doa tentulah mereka menolak mentah-mentah mana-mana parti yang dimiliki dan dikuasai oleh non-Muslim. Ternyata penubuhan Negara Islam dan ingin melaksanakan hukum hudud yang diuar-uarkan selama ini hanya retorik dan nampak bagaimana para pemimpin PAS Yang hipokrit dan tidak mempunyai ideal dalam perjuangan memertabatkan Islam di negara ini.

Apa yang paling melucukan umat Islam kini ialah PAS mempermainkan bacaan khutubah, orang politik kafir masuk ke masjid sambil membuat ucapan dengan alasan sah disisi hukum kerana dianologikan sebagai pelancung.
Malah, solat beramai-ramai dijadikan aktiviti politik yang membuat publisiti murahan, ditonton puak kafirin dan nampak keikhlasan bersolat sudah jadi lain dengan sifat riya’ dan bebal.

Mereka berdalih tak dibenarkan bersolat di masjid walhal tiada halangan pun apatah lagi di negeri yang mereka tadbir. Sengaja mereka (PAS) berbuat begitu untuk menarik perhatian kerana apa yang mereka buat benar dan tidak salah dari segi hukum hakam syariah mahupun Negara.

Maka jelaslah kini ajaran PAS tidak menunjukkan kebenaran dan teladan yang diberi gagal mendidik umat yang hebat dan dihormati.
Masjid akan kehilangan fungsi dan keafdalan masjid sebagai tempat ibadat solat berjemaah jadi sia-sia. Inikah yang umat Islam mahu dan inikah yang diajar oleh Rasullullah SAW.

Oleh itu, marilah kita beramai-ramai tolak PAS yang hilang idealisme. Gambaran yang mereka mahu sudah begitu ketara bahawa mereka (PAS) adalah parti politik yang mahu mendapatkan KUASA bukan untuk memertabatkan Islam sebagai Addin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan