08 September 2010

BN lemah atau PR kuat


Benarkah pakatan rakyat (PR) semakin kuat berbanding BN ketika ini? Jika ia benar kenapa pihak BN khusunya UMNO tidak mencari punca penyebab dan mengapa belum mengatur startegi untuk mempastikan PRU 13 tidak seburuk PTU12.
Jika gagal mengatur langkah, PRU13 akan berulang kembali langkah silat yang sumbang dan kedaan itu bakal menyebabkan BN rebah ke bumi dan gagal menjadi wira mempertahankan puncak kuasa yang sudah 53 tahun dikekalkan.
Tinjauan ke akar-umbi memperlihatkan ada Bahagian dan cawangan UMNO masih lena dibuai mimpi kerana menganggap PRU13 masih terlalu awal untuk ditangani. Mereka tidak menjawab sebarang isu baru yang berlaku malah gagal menjadi ahli UMNO yang sepatutnya sudah lengkap dan sarat dengan senjata pemusnah bagi menyerang dan menangkis serangan lawan.
Malah, apa yang boleh mereka buat kewujudan program-program pemimpin turun padang di kawasan masing-masing. Yang amat mendukacitakan mereka sukar mengambil tips-tips penting dari ucapan para pemimpin yang datang bagi dipergunakan untuk peluru menembak musuh mahupun mengalahkannya di medan pertempuran kecil di warung-warong kopi, kenduri kendara dan sebagainya.
Apa yang menjelikkan, bila diajukan persoalan dan isu oleh penyokong lawan, melompong tak tau nak tangkis dan jawab. Malah, kegagalan itu pula disaksikan anak-anak muda dan mereka yang atas pagar bahawa kredibliti UMNO sudah merudum dan wajar disemadikan.
Sesungguhnya, UMNO yang menjadi teraju kena berani berubah. Sudah sampai masanya mencari pemimpin cawangan dan bahagian yang ideal, berwibawa dan banyak idea. Pemimpin usang dan tandus idea sepatutnya secara hormat berundur dan beri laluan kepada pelapis sambil sedia membantu dari segi pengalaman tanpa sebarang prajudis dan kekalkan kesetiaan kepada parti. Yang penting UMNO kuat dan kompenan BN turut menjadi kuat kerana kelemahan UMNO menularkan kelemahan BN.
Justeru, kesepakatan yang baik dari niat perjuangan yang baik akan menghasilkan kejayaan cemerlang kalau itulah yang diharapkan oleh setiap warga UMNO dan BN.
Apa yang perlu difikirkan juga.beritahu kepada ahli-ahli UMNO dan BN, kalau marahkan pemimpin dan tak puashati jangan diterjemahkan di dalam pilihanraya. Ia boleh dilakukan di dalam parti dan dirunding secara keluarga. Malah kuasa ahli boleh menentukan kedudukan pemimpin bermasalah melalui proses pemilihan parti di semua peringkat. Mana-mana pemimpin yang menggunakan kuasa wang wajar diketepikan dan politik wang wajar diperangi habis-habisan.
Bagi mengukuhkan kepercayaan rakyat UMNO juga kena melihat diri sendiri. Jangan jadi pemimpin pentingkan diri dan kroni sehingga lupa nasib rakyat dan ahli akar-umbi. Kalau dilihat sikap dan lagak pemimpin UMNO dan juak-juak masih ada keegoan dan lupa diri.
Apakah tidak pernah ambil tahu penilaian rakyat atau sengaja mahu memperagakan kekayaan yang datangnya kerana wujudnya inilah perjuangan atau inikah niat menyertai UMNO untuk menuntut pihak di atas meraih kekayaan melalui projek tertentu dengan alasan tidak wajar berkonon banyak berkorban kepada parti walhal mengumpul harta kekayaan kerana UMNO sudah dibisneskan.
Rakyat melihat ini semua, mereka yang jadi pengundi bukan lepasan derjah enam yang boleh dikaburi matanya. Sudah ramai pengundi muda hari ini adalah lepasan universiti maka bukan mudah untuk mengatakan kekayaan didapat itu sah tau tidak, usaha kuat atau ampu sini ampu sana. Yang mengikuti perkembangan politik dan menilai seseorang apatah lagi pemimpin melalui pelbagai kajian, laporan dan berita yang kini hanya di hujung jari di dalam media baru selain masih membaca media tradisi.
Maka sudah sampai masanya UMNO berani berubah bagi menukar haluan ke haluan yang mencabar dan sedia melayarkan bahtera dengan gagah merentasi lautan bergelora jika ingin menaluki lautan serba mungkin. Sama ada bahtera akan terus belayar atau bakal tenggelam dipukul taufan dan dibadai ombak yang ganas.
Meskipun kita mempunyai kapten yang hebat dan berpengalaman, kalau anak kapal dipelbagai peringakat tidak ada komitmen, hilang semangat juang, tiada ilmu dan gagal menjadi yang terbaik, bahtera akan hilang arah dan bakal berkubur di lautan.
PRU 12 sepatutnya menjadi pengajaran yang amat baik bagi UMNO dan BN. Kehilangan majoriti 2/3 BN bukan bermakna BN/UMNO lemah tetapi wujudnya protes dan marah kepada beberapa sikap pemimpin BN yang tidak merujuk kepada akar-umbi dalam menentukan calon pilihanraya. Calon tidak popular dan tidak mencapai spekasi diberi peluang untuk bertanding adalah satu kesilapan. Ternyata ia mengundang kekalahan kerana rakyat tahu siapa calon itu.
Punca lainjuga memperlihatkan masalah beban Tun Abdullah yang dikatakan dimantorkan oleh menantunya sendiri hingga menjadi perbualan hangat di kalangan tertentu dan tersebar luas. Isu itu jadi peledak kepada PR dan dikatakan PM bukan Tun Abdullah tetapi menantunya Khairi Jamaludin.
Kelemahan jentera BN khusus Bahagaian Kempen dan Penerangan juga gagal berfungsi dengan baik. Keadaan itu juga turut dialami oleh MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain kompenan parti khusunya di Semenanjung. Bila gedang perang sudah dipalu , masing-masing termangu-mangu dan tidak bertindak pantas membuat gerak-kerja bagi mengatur strategi. Kebanyakan pemimpin bahagian dilihat risau tak menentu hala, masihkah dikekalkan, adakah dicalonkan dan pelbagai teka teki hanya nak tahu siapa yang terpilih.
Lobi melobi tak usah ceritalah. Yang berduyun-duyun ke Putarjaya meninjau dan menagih peluang. Yang ke Ibu negeri bagi mempastikan ada tersenarai atau tidak. Maka wujudlah budaya gertak dan ugut andai tercicir dan terpadam sebagai calon. Yang lagi melucukan minta sokongkan Sultan agar kekal dipilih dan minta simpati mahu jadi calon. Masalah sebeginilah yang menjadikan rakyat meluat kerana mereka tahu suasana itu.
Jika UMNO tidak mahu diubah, sudah masa dan ketika calon yang hendaklah ditonjolkan itu sudah ada dalam senarai Presiden siapa yang layak dan mampu diyakini menang . Pemilihan lebih awal dan tepat memudahkan gerak kerja kempen pilihan raya berjalan lancar.
Calon yang terpilih sewajarnya menepati ciri YB yang mampu memberi khidmat sewajarnya. Bukan dari mereka yang bermasalah, muflis, ada skandal, rasuah malah calon yang bersih dari sebarang isu sehingga menjadi indivdu belasahan PR. Yang kena wajib dilihat juga, kelulusan akedemi, idea berhujah dan ada pengalaman politik.
Jentera-jentera BN juga handaklah menfaatkan ICT sebagai senjata canggih dalam menyerang-balas tindakan PR yang sudah dikenal; pasti membaca kelemahan BN. Di dalam laptop juga dibekalkan segala informasi bermaklumat yang boleh digunakan sebagai kaedah memberi jawapan kepada orang ramai.
Lihatlah PR beroperasi menggerakkan jentera kempen dan geraksarafnya semasa PRU12. Dijangka mereka kini sudahpun mengemaskinikan maklumat baru untuk disebarkan sebagai proganda dan dakyah jahat mereka. Selain itu, PR juga menggunakan banyak bahan cetak berupa pamlet, surat siaran, VCD dan apa jua media untuk disogokkan kepada masyarakat. Penyokong-penyokong mereka dipercayai membuat gerak gempor secara sukarela twerutama Pas yang menilai tugas sedemikian sebagai jihad untuk menumbangkan kuasa UMNO yang tidak islamik.
Pengalaman lau patut jadi iktibar. BN juga tidak bersedia membentuk jentera kempen yang unggul dan pengumuman mengejut PRU12 telah memberi keuntungan besar PR kerana mereka telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya bila-bila masa berbanding BN khususnya UMNO yang dilihat masih terkial-kial membentuk pasukan gerak gempornya.

Manakala kejayaan PR diraih kerana mereka menggunakan serangan peribadi ke atas pemimpin BN dalam siri ceramah dan di dalam media baru. BN kurang menggunakan Media baru malah kekal dengan kempen tradisi yang hanya berbekalkan buku daftar mengundi dan kerta undi contoh bagaimana memangkah calon . Inilah kebebalan nyata dan agak ketinggalan.

PR juga dikesan menggunakan pelajar IPT dan membawa peralatan komputer (laptop) dari rumah ke rumah untuk menunjukkan kebejatan pemimpin BN yang didakwa boborok, dipenuhi sekandal. Ia diguna untuk mempertontonkan video klip/ u-tube walaupun semua yang diceritakan kebanyakan palsu termasuk foto yang disuper impose dan sebagainya. Strategi itu amat berkesan dan meyakinkan para pengundi yang marah di atas isu yang ditonjolkan.
Olehkerana masyarakat luar bandar belum berapa celik koputer, mereka tak tahu bagaimana ICT boleh menjadikan gambar boleh diubah-suai termasuk video yang diedit begitu rupa. Masyarakat menjadi panik dan terus memberi respon marah kerana tidak memahami ledakan dari kemudahan ICT itu mampu memberi maklumat palsu. Akhirnya UMNO/BN kehilngan pengaruh dan ada penyokong yang tanpa usul periksa, memilih PR sebagai alternatif. Kepercayaan terhadap UMNO/BN diakhiri dengan penyokong setia berpaling tadah akibat jentera gempor UMNO tidak secanggih PR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan