Selagi darah ini mengalir panas, selagi nadi ini berdenyut, selagi suara ini terus bergema maka selagi itu perjuangan suci ini tidak akan berhenti dan mati-mati. Sesungguhnya aku tidak rela agama Islam dinodai, bangsaku dihina dan negaraku dijajah...
28 April 2011
Anwar Melenting Pluralisme Agama Dikritik ?
Dari kiri : Goenawan Mohamad, Anwar Ibrahim, Ulil Abshar Abdalla, aktivis Islam Liberal Indonesia. Foto dirakam ketika Anwar melawat Indonesia untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kebebasan dan Musuh-musuhnya’ semasa Festival Salihara, tahun lalu.
AIDCNews – 19/02/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghantar twitter mempertahankan pluralisme agama yang berbunyi “Hypocrisy to exhort pluralism and use umno media to condemn it” (Hipokrit mengacau pluralisme dan menggunakan media UMNO untuk mengutuknya).
Twitter yang ditulis dalam Bahasa Inggeris ini turut dihantar kepada @zahrullail, @nikabdulaziz @niknazmi dan @myberita.
Adakah dengan twitter ini mengesahkan kebenaran dakwaan yang mengatakan Anwar merupakan penganjur Pluralisme di Malaysia dan melenting apabila ajaran baru itu dikritik ?
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata fahaman pluralisme kini muncul sebagai ancaman terbaru di kalangan umat Islam di negara ini dan justeru mereka wajib menghindarkannya kerana ia jelas bertentangan dengan akidah serta syariat Islam.
Untuk mengekang pengaruhnya Perdana Menteri mahu para ulama, guru-guru agama, pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama-sama bertanggungjawab menyedarkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan fahaman itu.
Beliau berkata, hakikatnya Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain kerana agama yang benar di sisi Allah hanya Islam sahaja.
”Apatah lagi sekiranya ada umat Islam yang membawa fahaman pluralisme. Perkara-perkara seperti ini mesti kita betulkan. Kita boleh hormat agama lain kita jangan hina agama lain.
”Namun dari segi akidahnya dan dari segi kebenarannya di sisi Allah tidak boleh disamakan dengan agama Islam,” katanya ketika berucap pada merasmikan Multaqa Guru Takmir seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. Klik di sini
Pada 14 Disember tahun lalu, NGO-NGO Islam telah mengadakan wacana sehari bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bertemakan “Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah”.
Wacana itu anjuran bersama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan (di bawah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan), Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
Tiga perkara diputuskan dalam wacana itu iaitu; Pertama, pihak berkuasa Agama di semua peringkat di Malaysia, wajar memantau Gerakan Pluralisme Agama ini dan mengambil langkah mencegah dengan apa cara sekali pun.
Kedua, pihak berkuasa Agama wajar memanggil individu atau Jawatankuasa Organisasi yang menganut faham Pluralisme Agama ini, untuk diberi kaunseling, nasihat dan ajaran mengenai ‘Aqidah Islam yang sebenar.
Dan ketiga, pihak berkuasa Agama yang boleh memboleh memberi fatwa, iaitu majlis fatwa (peringkat Kebangsaan dan negeri-negeri) supaya segera memberi fatwa yang lebih jelas mengenai faham atau ideologi pluralisme agama.
Salah seorang pembentang kertas kerja dalam wacana itu, Dr Yusri Mohamad, bekas Presiden ke-6, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menamakan Anwar Ibrahim sebagai salah seorang pembawa mesej Pluralisme Agama di negara ini.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk ‘Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia: Satu Tinjauan Awal’.
Pembentang kertas kerja lain, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) merumuskan sekurang-kurang 12 Dalil ucapan Anwar Ibrahim bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World” (Agama dan Pluralisme Dalam Dua Dunia), pada 18 Mac 2010, di London School of Economic (LSE)
Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady berkata demikian dalam kertas kerjanya bertajuk “Pluralisme Agama dan Anwar : Beberapa persoalan dilihat dari pandangan arus perdana Islam”.
Ekoran penganjuran wacana itu, beberapa orang sahabat lama Anwar dalam ABIM yang terlibat dengan penganjuran wacana itu telah dipanggil untuk mengadakan pertemuan bersemuka dengan Anwar.
Pertemuan itu diatur oleh Profesor Osman Bakar, bertempat di rumahnya pada 2 Januari lalu.
Dalam pertemuan itu, Anwar menyalahkan sahabat-sahabat lamanya yang didakwa menjadi alat UMNO dan Utusan Malaysia berniat untuk menjatuhkannya menggunakan isu Pluralisme Agama.
Ismail Mina, bekas sahabat lama Anwar dalam ABIM yang juga merangkap pengarah wacana tersebut mempersoalkan sikap Anwar kenapa mempersalahkan pihak lain, sedangkan penganjuran wacana itu adalah untuk membahaskan ucapan Ketua Umum PKR itu di LSE ?
Menurut Ismail perkara pokok yang perlu dijawab oleh Anwar adalah berkenaan ucapannya di LSE dan bukannya mengalihkan kepada topik lain dengan membuat tuduhan kepada pihak lain.
“Kalau saya katakan Datuk Seri Anwar dipergunakan oleh Paul Wolfowitz, macam mana ?. Kalau dikatakan MUAFAKAT dikatakan digunakan (oleh UMNO untuk anjur wacana itu)… tak betul (dakwaan) itu.. Datuk Seri Anwar”, kata Ismail.
“Bila Datuk Seri kata, kita (orang Islam) percaya agama kita, kamu (orang bukan Islam) percaya agama kamu. (dan) kami (orang Islam) tidak boleh mengatakan agama kamu (selain Islam) adalah salah. Semua agama benar. Itu soal fundamentalnya”, kata Ismail yang menegaskan kenyataan ini bercanggah dengan Al Quran yang menyebut bahawa Islam sahaja agama yang benar”, tegasnya lagi.
Turut dibangkitkan dalam pertemuan bersemuka pada malam itu adalah berkenaan peranan badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) dalam menerbitkan buku-buku kontroversi, bercanggah dengan aqidah Islam dan yang telah difatwakan sesat.
“IKD adalah agen permurtadan dan pengkafiran’…ini pandangan peribadi saya (berdasarkan pemahaman seminar tempohari)…ini bukan pandangan MUAFAKAT”, kata Ismail Mina.
Turut hadir bersama Ismail Mina adalah beberapa individu lain antaranya Dr. Yusri Mohamad, Dr. Amran, Dr. Farid Shahran, Dr. Mohd Mahyudi dan lain-lain.
Tan Sri Dr Haji Harussani Haji Zakaria turut menyentuh berkenaan pluralisme agama anutan Anwar itu.
“Kalau dulu dia (Anwar) kata, dulu lagi saya (dah) kata (dia) murtad. Orang yang kata semua agama sama (adalah) murtad. Pasal, Tuhan kata “Inna Din ind Allah al Islam”. Tuhan kata satu sahaja agama Allah iaitu Islam”, katanya. Klik di sini
Mufti Perak itu juga meminta Anwar bertaubat dan segera kembali ke pangkal jalan ekoran perbuatannya yang terlalu mengikut nafsu semata-mata mahu mencapai matlamat politiknya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan