Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat dilihat semakin jauh menyimpang daripada agenda utama partinya apabila terus-terusan mengamalkan konsep falsafah politik Machiavellian, iaitu sanggup melakukan apa saja asalkan matlamat untuk mendapatkan kuasa tercapai.
Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat melihat tindakan Nik Aziz lebih cenderung ke arah agenda politik daripada untuk menegakkan agama Islam.
Hanya kerana mahu menunjukkan kesetiaan kepada sekutu pakatan pembangkang khususnya menjaga hati kawan iaitu DAP, perjuangan Pas yang asal untuk menegakkan hukum hudud kini telah berubah menjadi perjuangan membela bangsa lain iaitu DAP, katanya kepada UMNO-Online.
Katanya, tindakan Nik Aziz yang seringkali mengeluarkan pelbagai fatwa dan kenyataan-kenyataan kontroversi berkaitan agama sebenarnya adalah tindakan bersifat politik semata-mata.
Hudud sekarang hanya tinggal kenangan kerana apa yang Nik Aziz lakukan menterjemahkan bahawa matlamat beliau menghalalkan cara sebagaimana kesongsangan Machiavellian sendiri, katanya.
Falsafah politik Machiavelli cenderung menghalalkan segala cara untuk mendapatkan kuasa malah ia melihat bahawa pemimpin mestilah bijak untuk mengaburi mata rakyat biarpun bersikap prejudis terhadap agama atau menafikan peranan agama demi kuasa walaupun persepsi dari sudut moralnya amat buruk.
Dalam hal ini, Nik Aziz lebih dilihat kepada seorang yang tidak berpendirian sehinggakan segala isu yang muncul atau diperlakukan oleh DAP terhadap Islam akan dianggap sebagai bukan perkara besar.
Dalam hal ini, Nik Aziz lebih dilihat kepada seorang yang tidak berpendirian sehinggakan segala isu yang muncul atau diperlakukan oleh DAP terhadap Islam akan dianggap sebagai bukan perkara besar.
Sebagai parti politik, Nik Aziz sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan sedangkan kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir, akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan perkara sama dan dipertahankannya dengan pelbagai alasan.
Ujarnya lagi, banyak situasi telah membuktikan bahawa Nik Aziz sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik.
Nik Aziz adalah pemimpin Pas paling cekap dalam memanipulasi pemikiran dan menukar tafsiran mengikut keperluan politik sedangkan dalam masa yang sama sebenarnya dia tersepit antara tuntutan agama dan matlamat politik itu sendiri.
Niat Nik Aziz adalah mahu menggantikan UMNO dan memainkan peranan dalam pakatan pembangkang sebagaimana UMNO menjadi tunjang dalam Barisan Nasional tetapi bagaimana mungkin ia akan menjadi realiti soalnya.
Terang beliau, jika Nik Aziz memasang angan-angan untuk Pas menjadi seperti UMNO yang dapat menjadi teraju maka tentunya Pas perlu bertanding dalam semua pilihan raya umum dan menguasai lebih daripada 100 buah kerusi.
UMNO pernah melakukannya apabila dalam Pilihan Raya Umum 2004 mampu membina kerajaan sendiri namun masih mengekalkan persefahaman dengan parti lain dalam BN sedangkan Pas gagal membentuk kesepakatan dan lebih bersifat sebagai menurut kehendak DAP semata-mata.
Soal beliau lagi, apakah semua ini dilakukan oleh Nik Aziz kerana percaya DAP akan lebih menghormati Islam daripada UMNO sendiri.
Biarpun Nik Aziz pernah menyatakan keakrabannya dengan DAP adalah untuk mentarbiah mereka dan memberi lebih kefahaman berkaitan Islam sedangkan dalam masa yang sama kita dapat melihat bagaimana pendirian mereka biarpun pemimpin DAP mempermainkan ayat-ayat Quran dan mempersenda Islam.
Tegasnya lagi, Mursyidul Am Pas itu juga pernah menyuarakan bahawa hubungan tersebut membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP kerana perkara itu gagal dilakukan oleh UMNO.
Dengan pentadbiran dalam BN yang ditunjangi UMNO, Perdana Menteri juga pernah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan negara ini telah model negara Islam di persada antarabangsa sedangkan Pas yang hanya mentadbir Kelantan pun gagal untuk membangunkannya.
Dipetik daripada blog MediaUMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan