17 Mei 2011

Datuk Eskay Buat Anwar Gelabah



Akhirnya selepas tiada lagi ulama yang berani mempertahankan dirinya berkaitan isu video Seks, sebagai langkah terdesak Anwar Ibrahim terpaksa mengunakan ustaz Wan Ji yang mengendalikan blog Bakistani untuk mempertahankan diri.
Apabila isu video seksnya memuncak Anwar juga ingin mempergunakan Dr Harun Din sebagaimana nama Yusof Qardawi dijaja dan dirosakkan oleh dirinya, namun ia disanggah awal oleh tokoh ulama PAS tersebut apabila menafikan beliau mengeluarkan fatwa ‘haram membaca akhbar Utusan seperti disiarkan organ PKR, Suara Keadilan 26 April 2011 lalu.
Wan Ji yang sebelum ini dianggap sebagai pelapis kelompok ulama muda dalam PAS kini menghadapi tentangan dari kelompok PAS sendiri, klik sini malah banyak pembongkaran dalaman PAS dilakukan terhadap ustaz muda moderat itu kerana difahamkan pemikirannya jauh terpesong dari amalan tradisional PAS.
Wan Ji dalam artikel terbarunya menggunakan Maqasid Syariah sebagai hujah mengatakan sumpah Datuk Eskay tidak tepat dan melanggar prinsip Maqasid Syariah, sebelum ini beliau banyak mengambil tindakan yang dilihat pro Anwar Ibrahim dalam banyak isu dan pernah berkunjung ke Utan Kayu (pusat Islam Liberal ) di Indonesia.
Menjadi persoalan sekarang adakah Anwar Ibrahim kini benar-benar telah tersepit sama ada dari dalaman atau luaran kerana seakan tidak ada lagi tokoh agama yang boleh membela Anwar di ketika ini sehingga membuatkan beliau terpaksa memilih anak muda yang banyak tulisannya seakan berbaur Islam Liberal dan pluralisme agama sebagai pendinding terakhir.
Kalau diperhatikan apabila wujud isu video seks ini, banyak kelompok PAS mengutarakan pelbagai pandangan yang kebanyakkannya tidak menyebelahinya.
Kecuali beberapa kelompok sealiran seperti Wan Ji yang menggunakan peristiwa fitnah zina yang berlaku ke atas Sayidatina Aisyah sebagai hujah membela Anwar supaya tidak perlu bersumpah.
“bahawa sumpah yang dilakukan oleh Aisyah bukan merujuk kepada bersumpah untuk nafikan tuduhan fitnah, tapi ia tidak mahu memohon keampuan kepada Allah”.Kata Wan Ji dalam tulisannya.
Sambil merujuk bahawa banyak pihak telah membuat penilaian dan pemahaman yang salah terhadap kes Saidatina tersebut.
Yang menjadi persoalan sekarang kenapa Wan Ji tidak mengikut apa yang sebenarnya berlaku terhadap kisah Saidatina Aisyah tersebut berdasarkan Al –Quran dan Sirah nabi, sebaliknya hanya mengambil sebahagian sahaja.
Dalam Sirah Nabawiyah dikatakan Abdullah bin Ubair telah menfitnah Saidatina Aisyah bermukah dengan seorang sahabat bernama Safwan al-Mu’atal.

Dalam surah An-Nur dari ayat 1 hingga ayat 30 ada diceritakan Saidatina Aisyah hampir di ceraikan oleh RasuluLah akibat dari difitnah.
Mengalir air mata Rasulullah apabila menunggu sebulan lamanya turunnya wahyu dari Allah swt untuk mendapat petunjuk apabila Abdullah bin Ubair melakukan cuba memfitnah Saidatina Aisyah bermukah dengan Safwan Al Mu’atal iaitu orang yang telah berjasa membawa balik Saidatina Aisyah yang tertinggal dari rombongan Rasullulah dari medan perang.
Dalam tempoh sebulan itu, Aisyah ditempatkan di rumah mertua baginda iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan dilarang melakukan apa sahaja tugasan.
Selama sebulan itulah para sahabat semuanya bersedih di atas kejadian yang menimpa, dan buntu mencari jalan penyelesaian di dalam memujuk kedua-dua pihak.
Namun akhirnya ia dapat diselesaikan dengan pentunjuk Alllah SWT. Rujuk Surah An-Nur.
Anwar Setaraf Dengan Aisyah ?
Banyak pihak mengunakan hujah ini untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim, persoalannya sekarang adakah Anwar sendiri sama dengan kedudukan Saidatina Aisyah dan layakkah disamakan taraf isteri baginda dengan sahabat rapat pembunuh umat Islam Paul Wolfowitz tersebut?
Saidatina Aisyah difitnah sewaktu balik berperang dengan orang Yahudi malah difitnah pun oleh golongan munafik Abdullah bin Ubai sedangkan sifat Anwar sendiri adalah seperti Abdullah bin Ubai.
Datuk Eskay dalam sumpah laknatnya menyatakan beliau mengaku berada dalam video tersebut bersama Anwar Ibrahim, malah dia tidak menuduh pun Anwar berzina.
Yang menjadi haru biru sekarang mengapa pengikut PKR dan Anwar sendiri bising meminta Eskay dikenakan Qazaf, sedangkan tiada tuduhan sebaliknya pengakuan sahaja.
Di sini adalah jelas menampakkan kepimpinan PKR dan pendokong Anwar telah terperangkap.
Kalau betulah Wan Ji ingin mengikut sirah nabawiyah kenapa tidak dikurungkan sahaja Anwar dalam tempoh sebulan seperti dialami Saidatina Aisyah.
Dan dalam tempoh tersebut, buatlah siasatan telus oleh pimpinan PKR dan PAS mengenai isu tersebut termasuk ujian bercakap benar/poligraf seperti disarankan oleh Husam Musa.
Persoalannya sekarang, beranikan Anwar lakukan? Atau dia sendiri bertindak sebagai Abdullah bin Ubai dengan menjaja di sana – sini keburukan orang lain dan hanya melaungkan dirinya sahaja manusia yang alim dan tidak melakukan perkara berunsur kejahatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan