17 Mei 2011

Datuk Eskay Buat Anwar Gelabah



Akhirnya selepas tiada lagi ulama yang berani mempertahankan dirinya berkaitan isu video Seks, sebagai langkah terdesak Anwar Ibrahim terpaksa mengunakan ustaz Wan Ji yang mengendalikan blog Bakistani untuk mempertahankan diri.
Apabila isu video seksnya memuncak Anwar juga ingin mempergunakan Dr Harun Din sebagaimana nama Yusof Qardawi dijaja dan dirosakkan oleh dirinya, namun ia disanggah awal oleh tokoh ulama PAS tersebut apabila menafikan beliau mengeluarkan fatwa ‘haram membaca akhbar Utusan seperti disiarkan organ PKR, Suara Keadilan 26 April 2011 lalu.
Wan Ji yang sebelum ini dianggap sebagai pelapis kelompok ulama muda dalam PAS kini menghadapi tentangan dari kelompok PAS sendiri, klik sini malah banyak pembongkaran dalaman PAS dilakukan terhadap ustaz muda moderat itu kerana difahamkan pemikirannya jauh terpesong dari amalan tradisional PAS.
Wan Ji dalam artikel terbarunya menggunakan Maqasid Syariah sebagai hujah mengatakan sumpah Datuk Eskay tidak tepat dan melanggar prinsip Maqasid Syariah, sebelum ini beliau banyak mengambil tindakan yang dilihat pro Anwar Ibrahim dalam banyak isu dan pernah berkunjung ke Utan Kayu (pusat Islam Liberal ) di Indonesia.
Menjadi persoalan sekarang adakah Anwar Ibrahim kini benar-benar telah tersepit sama ada dari dalaman atau luaran kerana seakan tidak ada lagi tokoh agama yang boleh membela Anwar di ketika ini sehingga membuatkan beliau terpaksa memilih anak muda yang banyak tulisannya seakan berbaur Islam Liberal dan pluralisme agama sebagai pendinding terakhir.
Kalau diperhatikan apabila wujud isu video seks ini, banyak kelompok PAS mengutarakan pelbagai pandangan yang kebanyakkannya tidak menyebelahinya.
Kecuali beberapa kelompok sealiran seperti Wan Ji yang menggunakan peristiwa fitnah zina yang berlaku ke atas Sayidatina Aisyah sebagai hujah membela Anwar supaya tidak perlu bersumpah.
“bahawa sumpah yang dilakukan oleh Aisyah bukan merujuk kepada bersumpah untuk nafikan tuduhan fitnah, tapi ia tidak mahu memohon keampuan kepada Allah”.Kata Wan Ji dalam tulisannya.
Sambil merujuk bahawa banyak pihak telah membuat penilaian dan pemahaman yang salah terhadap kes Saidatina tersebut.
Yang menjadi persoalan sekarang kenapa Wan Ji tidak mengikut apa yang sebenarnya berlaku terhadap kisah Saidatina Aisyah tersebut berdasarkan Al –Quran dan Sirah nabi, sebaliknya hanya mengambil sebahagian sahaja.
Dalam Sirah Nabawiyah dikatakan Abdullah bin Ubair telah menfitnah Saidatina Aisyah bermukah dengan seorang sahabat bernama Safwan al-Mu’atal.

Dalam surah An-Nur dari ayat 1 hingga ayat 30 ada diceritakan Saidatina Aisyah hampir di ceraikan oleh RasuluLah akibat dari difitnah.
Mengalir air mata Rasulullah apabila menunggu sebulan lamanya turunnya wahyu dari Allah swt untuk mendapat petunjuk apabila Abdullah bin Ubair melakukan cuba memfitnah Saidatina Aisyah bermukah dengan Safwan Al Mu’atal iaitu orang yang telah berjasa membawa balik Saidatina Aisyah yang tertinggal dari rombongan Rasullulah dari medan perang.
Dalam tempoh sebulan itu, Aisyah ditempatkan di rumah mertua baginda iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan dilarang melakukan apa sahaja tugasan.
Selama sebulan itulah para sahabat semuanya bersedih di atas kejadian yang menimpa, dan buntu mencari jalan penyelesaian di dalam memujuk kedua-dua pihak.
Namun akhirnya ia dapat diselesaikan dengan pentunjuk Alllah SWT. Rujuk Surah An-Nur.
Anwar Setaraf Dengan Aisyah ?
Banyak pihak mengunakan hujah ini untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim, persoalannya sekarang adakah Anwar sendiri sama dengan kedudukan Saidatina Aisyah dan layakkah disamakan taraf isteri baginda dengan sahabat rapat pembunuh umat Islam Paul Wolfowitz tersebut?
Saidatina Aisyah difitnah sewaktu balik berperang dengan orang Yahudi malah difitnah pun oleh golongan munafik Abdullah bin Ubai sedangkan sifat Anwar sendiri adalah seperti Abdullah bin Ubai.
Datuk Eskay dalam sumpah laknatnya menyatakan beliau mengaku berada dalam video tersebut bersama Anwar Ibrahim, malah dia tidak menuduh pun Anwar berzina.
Yang menjadi haru biru sekarang mengapa pengikut PKR dan Anwar sendiri bising meminta Eskay dikenakan Qazaf, sedangkan tiada tuduhan sebaliknya pengakuan sahaja.
Di sini adalah jelas menampakkan kepimpinan PKR dan pendokong Anwar telah terperangkap.
Kalau betulah Wan Ji ingin mengikut sirah nabawiyah kenapa tidak dikurungkan sahaja Anwar dalam tempoh sebulan seperti dialami Saidatina Aisyah.
Dan dalam tempoh tersebut, buatlah siasatan telus oleh pimpinan PKR dan PAS mengenai isu tersebut termasuk ujian bercakap benar/poligraf seperti disarankan oleh Husam Musa.
Persoalannya sekarang, beranikan Anwar lakukan? Atau dia sendiri bertindak sebagai Abdullah bin Ubai dengan menjaja di sana – sini keburukan orang lain dan hanya melaungkan dirinya sahaja manusia yang alim dan tidak melakukan perkara berunsur kejahatan.

PAS berdendam kepada UMNO


Dendam kesumat parti PAs terhadap UMNO sebenarnya berpuca sebelum merdeka lagi.Dendam kesumat yang telah berakar umbi dan menjadi saka turun menurun ahli-ahli PAs berpunca daripada kekalahan dalam pilihanraya pertama pada tahun 1956.Parti perikatan (UMNO,MCA dan MIC) dibawah Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj pada masa itu telah memenangi pilihanraya dan mendapat 51 kerusi dari kursi yang dipertandingkan sebanyak 52 kursi,PAs hanya mendapat 1 kursi sahaja. Haji Ahmad Fuad bin Hassan pada masa itu sebagai Prisedannya 1951 dan 1953 apabila sedar bahawa PAs dianggotai oleh bekas2 pemimpin puak radikal telah keluar dan kembali pada UMNO kemudian 1953-1956 Dr Haji Abbas bin Haji Ilias (Pemangku).

Semasa penubuhan PAs kebanyakkan pemimpin mereka berasal dari bekas2 pemimpin redikal dan berselindung disebalik Parti PAs yang kononnya memperjuangkan Islam.Puak-puak radikal ini membuat hubungan dengan British dan cuba mengagalkan tuntutan kemerdekaan oleh penduduk yang diketuai oleh Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj.Puak PAs telah menjalankan pelbagai propaganda memburukan Tengku (Perikatan) bahawa orang-orang UMNO kafir kerana bergabung dengan bukan Islam.Mereka menghasut penduduk dengan pelbagai propaganda dengan harapan mereka menolak Tengku dari menuntut kemerdekaan dari British.

Semasa gerakan menuntut kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu,Tengku yang ditugaskan ke London kekurangan Dana dan pemergian kesana terpaksa ditunda.Setelah diadakan perbincangan satu jawatankuasa dibentuk untuk meminta derma dari penduduk agar dapat menambah dana bagi tujuan Tengku ke London.Kesempatan ini digunakan oleh pemimpin2 PAS untuk menghalang dengan menghasut penduduk agar membenci Tengku.Propaganda mengatakan orang2 UMNO kafir kerana bergabung dengan bukan Islam dilancarkan bagi menghalang pemergian Tengku.Di sebabkan semangat yang tinggi untuk mendapatkan kemerdekaan Tengku dengan bantuan penduduk-penduduk berjaya mengutip dana untuk meneruskan hasrat Tengku ke London dan seterusnya menuntut kemerdekaan.

Apabila Tengku berjaya dalam tuntutannya maka Tanah Melayu dapat dimerdekakan pada tanggal 31hb Ogos 1957 tepat pukul 12 malam.Selepas merdeka satu pilihanraya bagi menentukan siapa yang sepatutnya memerintah telah diadakan pada tahun 1959.Parti mana yang menang maka parti itulah yang berhak menerajui negara.Pada pilihanraya 1959 ini Perikatan telah mendapat majoriti sementara PAS hanya dapat menguasai Kelantan setelah penduduknya termakan hasutan pemimpin2 PAs yang mengunakan pendekatan bahawa orang-orang UMNO kafir.UMNO hanya menang 2 kursi di Kelantan tetapi mendapat majoriti daripada penduduk Tanah Melayu.Maka sekali lagi PAs terpukul dengan kekalahan tersebut dan diikuti oleh kekalahan demi kekalah dalam PRU seterusnya mendendami UMNO sehingga kesaat ini.Untuk menebus kekalahan demi kekalahan dan demi kuasa maka PAs kini rela bergabung dengan musuh tradisinya DAP untuk menghancurkan Kerajaan Barisan Nasional.Mereka PAs sanggup menjilat kembali segala ludahnya terhadap orang-orang UMNO demi mendapatkan kuasa dan mengadai apa yang kononnya diperjuangkan..

Prasiden-Presiden PAS
1.1951 -1953 -Haji Ahmad Fuad bin Hassan
2.1953-1956 -Dr Haji Abbas bin Haji Ilias (Pemangku)
3.1956-1965-Dr Burhanuddin bin Haji Md Noor
4.1965-1966-Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda (Pemangku)
5.1966-1969-Dr Burhanuddin bin Haji Md Noor
6.1969-1982-Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda
7.1982-1989-Tuan Haji Yusuf Rawa
9.1989-2002-Tan Haji Fadzil Noor
10.2002- sekarang ini Haji Abdul Hadi Awang.