28 April 2010

Berbanggalah dengan Gagasan1Malaysia


Saya menggenggam erat gagasan 1Malaysia dan menolak apa yang dikatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar bahawa gagasan itu terbitnya daripada konsep One Israel.

Pada hemat saya Anwar cuba mensabotaj dan mengelirukan 1Malaysia agar rakyat menolaknya. Maka beliau meletakkan nilai 1Malaysia rendah dan sekali gus ingin memcahkan perpaduan rakyat yang cuba digarap oleh Perdana Menteri.

Konsep 1 Malaysia bukan diciplak daripada One Israel. Ia hanya momokan pihak pembangkang yang diketuai oleh Anwar dan dihulubalangi oleh Mahfoz Omar bagi menuntut rakyat menolak mentah-menath gagasan 1Malaysia.

Walhal yang meniru konsep Isreal adalah parti PAS yang mempromosikan "Pas For All" yang diadaptasi daripada konsep "Israel For All".

Gagasan 1Malaysia dengan cogankata "Rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan " diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah berlainan daripada fahaman Zionist, Great German,Facistsm dan Dai Nippon (Great Japanese imperialism) yang berasakan fahaman perkauman yang sempit.

Sebaliknya Gagasan 1Malaysia adalah berasaskan perpaduan dalam pelbagaian dan lapan nilai murni yang universe merangkumi:
• Kebudayaan
• Ketabahan
• Penerimaan
• Pendidikan
• Integriti
• Meritokasi
• Rendah hati
• Kesetiaan

Gagasan 1Malaysia sejajar dengan perlembagaan dan rukunnegara. Ia juga satu panduanbagi seluruh rakyat Malaysia yang amat wajar dipraktikkan dan dihayati kerana matlamat dan falsafahnya unik.

Sejak dahulu rakyat menghargai ketenteraman, keselesaan dan perpaduan. Justeru. ia dapat direalisasikan sebagai buktikepada dunia bahawa kemakmuran dan kestabilan dapat wujud dalam suasana yang penuh dengan kepelbagaian budaya.

Di negara kita yang kita sayangi ini kita dapat melihat kerukunan hidup bangsa Malaysia dengan alam yang menghijau, taman yang berwarna-warni, pantai yang damai dan mengasyikkan, unggas nan berterbangan bebas, suasana yang indah dan pelbagai situasi harmoni bertatah di persada negara.

Negara menjadi destinasi pelancungan yang menarik dan peluang pekerjaan yang banyak, perniagaan yang pesat sehingga menarik orang asing untuk tinggal menekamti negara yang serba aman dan indah.

Malaysia adalah sebuah negara yang unik dan bertuah.Kemederkaan dicapai bukan melalui kuasa militer dan berdarah tetapi secara kebijaksanaan rundingan dan aman damai.

Selepas merdeka, Malaysia terus maju dan makmur dalam keadaaan yang stabil dan harmoni.

Dasar apartheid tidak dilaksanakan 1Malaysia. Rakyat yang rajin dan berusaha sanggup memperkembangkan potensi dan mencapai kejayaan di Malaysia.

Sekolah berlainan aliran yang wujud bersama-sama adalah bukti yang kukuh bahawa kita berpadu dalam kepelbagaian yang sungguh menakjubkan.

Kepelbagaian kebudayaan, sistem eco, sumber ekonomi dalam suasana sosial dan politik yang stabil menjadikan Malaysia tempat yang selamat dan menyeronokkan ramai orang.

Oleh itu saya ingin menyeru kepada semua rakyat berpegang kuat kepada gagasan 1Malaysia kerana ia adalah jalan yang memastikan kita dapat terus maju dan makmur dalam abad ini yang penuh dengan cabaran.

Masa yang diambil untuk membina kegemilangan Melaka memakan masa yang panjang sehingga ratusan tahun, tetapi kota Melaka roboh dimusnahkan penjajah Portugis dengan bantuan musuh dalam selimut dan petualang lebihkurang tiga hari.

Akibatnya kita terjajah sehingga 446 tahun, bermula dengan Portugis (1511), Belanda, Inggeris, Jepun, Kuasa Komunis 14 hari, British kembali semula dan akhirnya merdeka pada 31 Ogos 1957

Bersatu teguh, bercerai roboh. Marilah kita nilai balik keikhlasan kita untuk perpaduan bangsa Malaysia bagi mempastikan kita membina sebuah negara bangsa yang merdeka dan berdaulat.

Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang tidak wajar membuat andaian secara tidak bertanggung jawab dan juga tak seharusnya membangkang sebagai tokoh yang pakar mencari salah tetapi tidak menyelesai masalah.

Kita bimbang tindakan Anwar boleh memberi mala-petaka buruk kepada generasi akan datang kerana dikhuatiri menjadi amalan berterusan dalam masyarakat sehingga merugikan negara.

Negara ini negara kita dan setiap rakyat bertanggungjawab bagi mempertahankan negara ini daripada ancaman musuh baik dari dalam mahupun dari luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan