Umat Islam perlu berusaha bentuk perlakuan, naluri baik untuk capai darjat khairul bariyyah
PENCIPTAAN manusia sebagai makhluk Allah yang istimewa mengikut pendapat sebahagian tokoh Islam terdiri daripada gabungan beberapa elemen utama iaitu roh, jasad, akal dan emosi. Kekuatan roh Islam dalam diri seseorang individu itu penentu utama martabat nafsu dalam jiwanya.
Jika bentuk dan pergerakan nafsu itu baik, maka manusia itu menjadi khairul bariyyah (sebaik-baik makhluk). Jika sebaliknya, maka manusia itu menjadi syarrul bariyyah (seburuk-buruk makhluk).
Sebenarnya kecantikan dan keindahan manusia bukan terletak pada fizikal dan mentalnya saja, tetapi pada perkara yang terkandung dalam jiwanya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak memandang jasad dan rupa kamu (saja), tetapi Dia memandang hati kamu.” (Hadis riwayat Muslim dan al-Tirmizi)
Islam menegaskan bahawa potensi untuk seseorang itu menjadi dan menghasilkan sesuatu yang baik sentiasa mengatasi potensinya untuk menjadi dan menghasilkan sesuatu yang buruk. Apabila tiba di satu persimpangan, ada dua pilihan iaitu perkara yang baik, lebih baik, buruk atau lebih buruk.
Maka, pada ketika itulah martabat nafsu kita akan mempamerkan kualitinya yang sebenar. Justeru, kuasa pemilihan berada di tangan kita setiap kali berada di persimpangan itu dan dalam situasi sebegini hendaklah kembali kepada Allah .
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya (merosakkannya dengan kemaksiatan).” (Surah al-Syam, ayat 7-10)
Sesungguhnya untuk mengawal nafsu pada setiap saat bukan satu tugas mudah. Perkara itu digambarkan Rasulullah SAW apabila Baginda memimpin kaum Muslimin kembali dari medan peperangan menuju ke kampung halaman mereka.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Kita kembali daripada jihad (peperangan) kecil kepada jihad yang lebih besar (perjuangan melawan nafsu dan pembersihan hati).”
Meskipun begitu, untuk membentuk nafsu yang mulia bukanlah satu tugas mustahil kerana nafsu itu sendiri tidak merujuk kepada sesuatu yang keji dan buruk. Al-Quran menyentuh tujuh martabat nafsu dan wajar bagi setiap orang mengenal pasti kategori nafsu yang mereka duduki ketika ini.
• Pertama, nafsu amarah yang dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan Aku tidak membebaskan diriku (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Yusuf, ayat 53)
Sebenarnya martabat atau kedudukan nafsu ini adalah yang paling rendah dan keji di sisi Allah . Setiap perlakuannya hanya perkara yang dipandang keji oleh Allah . Di samping itu, ia amat sukar untuk mendekatkan diri kepada Allah .
Nafsu amarah sentiasa menyuruh ke arah kejahatan dan tidak lagi wujud perbezaan antara perkara baik dengan yang buruk. Begitu juga tidak timbul langsung perasaan duka atau sesal jika berlaku perbuatan jahat. Sebaliknya, perasaan gembira dan berpuas hati akan timbul akibat daripada melakukan kejahatan seperti yang diinginkan oleh nafsu jahat ini.
• Kedua ialah nafsu lawwamah seperti firman Allah yang bermaksud, “Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (akan dirinya sendiri).” (Surah al-Qiyamah, ayat 2)
Seseorang yang menduduki martabat nafsu ini akan mempunyai perasaan bahawa ia tidak patut melakukan perkara kejahatan dan kemaksiatan yang ditegah Allah . Jika kesalahan itu dilakukan juga, maka ia akan mencela dirinya dan amat menyesali atas perbuatannya.
Walau bagaimanapun, kekuatan nafsu itu belum memadai untuk menghindari seseorang daripada mengulangi perbuatan keji dan salah. Sebenarnya ia akan bergantung pada kekuatan imannya ketika berhadapan dengan keadaan yang menguji dirinya.
• Ketiga, nafsu mulhamah di mana seseorang yang menduduki martabat nafsu ini akan berusaha menghakis sifat keji (mazmumah) dan menggantikannya dengan sifat mulia (mahmudah).
Mereka kuat beriltizam untuk beribadat kepada Allah dan akan bertaubat nasuha atas segala dosa dilakukan sebelum ini. Sesalan yang dirasainya memang benar dan segala dugaan terhadap iman secara spontan menggerakkannya mencari perlindungan Allah .
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan (juga) orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah , lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah ? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 135)
• Keempat, nafsu mutma’innah yang dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Surah al-Fajr, ayat 27-30)
Seseorang yang menduduki martabat nafsu ini akan suci dan bersih jiwanya. Kesucian jiwa itu diumpamakan sebagai kesucian jiwa orang solihin sama seperti kesucian jiwa bayi yang baru lahir. Martabat nafsu inilah yang mewujudkan ketenteraman dan ketenangan. Namun, ia hanya dikurniakan Allah kepada sesiapa yang diredai-Nya saja.
• Kelima, nafsu radhiah, nafsu mardhiyyah dan nafsu kamaliyyah. Ketiga-tiga nafsu ini adalah martabat yang semakin tinggi. Ia hanya boleh dicapai oleh mereka yang sudah mencapai martabat nafsu mutma’innah.
Pelbagai kelebihan dikurniakan Allah kepada mereka yang mampu sampai ke martabat tinggi ini. Tidak mustahil bagi sesiapa pun untuk mampu mencapai tahap tinggi asalkan berjaya memenuhi segala syarat ibadat, yakni segala elemen gabungan menjadikan insan ini bergerak secara bersama ke arah semata-mata mencari keredaan Allah .
Semua martabat nafsu diertikan sebagai sifat perlakuan naluri manusia mengikut tahap kesucian hati dan jiwanya dengan Allah . Jika nafsu itu kotor, maka rosaklah segala tindakan dan perlakuan seseorang. Sebaliknya, jika nafsunya bersih, maka segala tindakannya itu akan turut bersih dan baik.
Selagi darah ini mengalir panas, selagi nadi ini berdenyut, selagi suara ini terus bergema maka selagi itu perjuangan suci ini tidak akan berhenti dan mati-mati. Sesungguhnya aku tidak rela agama Islam dinodai, bangsaku dihina dan negaraku dijajah...
04 Mei 2010
Bagaimana membentuk jiwa ke arah mencapai darjat khairul bariyyah
PENCIPTAAN manusia sebagai makhluk Allah yang istimewa mengikut pendapat sebahagian tokoh Islam terdiri daripada gabungan beberapa elemen utama iaitu roh, jasad, akal dan emosi. Kekuatan roh Islam dalam diri seseorang individu itu penentu utama martabat nafsu dalam jiwanya.
Jika bentuk dan pergerakan nafsu itu baik, maka manusia itu menjadi khairul bariyyah (sebaik-baik makhluk). Jika sebaliknya, maka manusia itu menjadi syarrul bariyyah (seburuk-buruk makhluk).
Sebenarnya kecantikan dan keindahan manusia bukan terletak pada fizikal dan mentalnya saja, tetapi pada perkara yang terkandung dalam jiwanya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak memandang jasad dan rupa kamu (saja), tetapi Dia memandang hati kamu.” (Hadis riwayat Muslim dan al-Tirmizi)
Islam menegaskan bahawa potensi untuk seseorang itu menjadi dan menghasilkan sesuatu yang baik sentiasa mengatasi potensinya untuk menjadi dan menghasilkan sesuatu yang buruk. Apabila tiba di satu persimpangan, ada dua pilihan iaitu perkara yang baik, lebih baik, buruk atau lebih buruk.
Maka, pada ketika itulah martabat nafsu kita akan mempamerkan kualitinya yang sebenar. Justeru, kuasa pemilihan berada di tangan kita setiap kali berada di persimpangan itu dan dalam situasi sebegini hendaklah kembali kepada Allah .
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya (merosakkannya dengan kemaksiatan).” (Surah al-Syam, ayat 7-10)
Sesungguhnya untuk mengawal nafsu pada setiap saat bukan satu tugas mudah. Perkara itu digambarkan Rasulullah SAW apabila Baginda memimpin kaum Muslimin kembali dari medan peperangan menuju ke kampung halaman mereka.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Kita kembali daripada jihad (peperangan) kecil kepada jihad yang lebih besar (perjuangan melawan nafsu dan pembersihan hati).”
Meskipun begitu, untuk membentuk nafsu yang mulia bukanlah satu tugas mustahil kerana nafsu itu sendiri tidak merujuk kepada sesuatu yang keji dan buruk. Al-Quran menyentuh tujuh martabat nafsu dan wajar bagi setiap orang mengenal pasti kategori nafsu yang mereka duduki ketika ini.
• Pertama, nafsu amarah yang dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan Aku tidak membebaskan diriku (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Yusuf, ayat 53)
Sebenarnya martabat atau kedudukan nafsu ini adalah yang paling rendah dan keji di sisi Allah . Setiap perlakuannya hanya perkara yang dipandang keji oleh Allah . Di samping itu, ia amat sukar untuk mendekatkan diri kepada Allah .
Nafsu amarah sentiasa menyuruh ke arah kejahatan dan tidak lagi wujud perbezaan antara perkara baik dengan yang buruk. Begitu juga tidak timbul langsung perasaan duka atau sesal jika berlaku perbuatan jahat. Sebaliknya, perasaan gembira dan berpuas hati akan timbul akibat daripada melakukan kejahatan seperti yang diinginkan oleh nafsu jahat ini.
• Kedua ialah nafsu lawwamah seperti firman Allah yang bermaksud, “Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (akan dirinya sendiri).” (Surah al-Qiyamah, ayat 2)
Seseorang yang menduduki martabat nafsu ini akan mempunyai perasaan bahawa ia tidak patut melakukan perkara kejahatan dan kemaksiatan yang ditegah Allah . Jika kesalahan itu dilakukan juga, maka ia akan mencela dirinya dan amat menyesali atas perbuatannya.
Walau bagaimanapun, kekuatan nafsu itu belum memadai untuk menghindari seseorang daripada mengulangi perbuatan keji dan salah. Sebenarnya ia akan bergantung pada kekuatan imannya ketika berhadapan dengan keadaan yang menguji dirinya.
• Ketiga, nafsu mulhamah di mana seseorang yang menduduki martabat nafsu ini akan berusaha menghakis sifat keji (mazmumah) dan menggantikannya dengan sifat mulia (mahmudah).
Mereka kuat beriltizam untuk beribadat kepada Allah dan akan bertaubat nasuha atas segala dosa dilakukan sebelum ini. Sesalan yang dirasainya memang benar dan segala dugaan terhadap iman secara spontan menggerakkannya mencari perlindungan Allah .
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan (juga) orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah , lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah ? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 135)
• Keempat, nafsu mutma’innah yang dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Surah al-Fajr, ayat 27-30)
Seseorang yang menduduki martabat nafsu ini akan suci dan bersih jiwanya. Kesucian jiwa itu diumpamakan sebagai kesucian jiwa orang solihin sama seperti kesucian jiwa bayi yang baru lahir. Martabat nafsu inilah yang mewujudkan ketenteraman dan ketenangan. Namun, ia hanya dikurniakan Allah kepada sesiapa yang diredai-Nya saja.
• Kelima, nafsu radhiah, nafsu mardhiyyah dan nafsu kamaliyyah. Ketiga-tiga nafsu ini adalah martabat yang semakin tinggi. Ia hanya boleh dicapai oleh mereka yang sudah mencapai martabat nafsu mutma’innah.
Pelbagai kelebihan dikurniakan Allah kepada mereka yang mampu sampai ke martabat tinggi ini. Tidak mustahil bagi sesiapa pun untuk mampu mencapai tahap tinggi asalkan berjaya memenuhi segala syarat ibadat, yakni segala elemen gabungan menjadikan insan ini bergerak secara bersama ke arah semata-mata mencari keredaan Allah.

Langgan:
Catatan (Atom)