19 November 2009

Nostalgia tataguk awan kucing marau


Masa akuk halui-halui lagik
Umak aur mangutani akuk
Bacerita kisah bahari
Urang bailmu sasat matek jadi hantok.

Bila bailun burung tataguk
Ja sidin hantu picak mancarik kakanak penangisan
Kaloko mencariei anaknya yang hilang
Banar-banar akuk ba ampih manangis
Salapas barukatan dangan abang utoh.

Bilak malam tadangar bunyi kayak urang manangis
Akuk tambah barusit rasa handak takamih
Ampih aku bakuriakan
Bilak umak manggibit pahak kuk
(wahini kok tahu ilun musang kakanyangan makan rambutan, maka ia bailun macam urang manangis)

Ayah…mengipul asap rukuk daun di lalukang
Balalkun sesakali amun akuk macal kadak mau guring
Aacaan manangkuri tawing kayak hanto mengarukut
Akuk basungkup dibawah gabang ampih maurie= ading yang manyusuk.

Bila babunyi kucing marau handak babini
Ayah umpat mangutani akuk
Amun kadak guring lage
Ja ayah hanto tu manyuruh kucing marau
Mancariek kakanak yang balaum guring-guring.

Kaipalah urang tuhak bahari menguringkan anak-anak
Al-maklum kadada TV yang dihadap
Yang ada ilun radio hagan mandangri barita dan laguk Piramlee
Lampu pulang kurup baminyak agas.

Esok handak manurehan
Papagi masti sampai kakabun gatah
Amun matahari dah tinggi
nureh kada basusu banyak.

Laluk anak-anak diacapi guring
Pukul 10 jangan bariuh guringan saparanakan
Hiran.. umak ngan ayah garunuman bapandiran
Kadak tahu apa-apa kekanakan
Ayah ngan umak lawas bapandiran gamat-gamat
Macam kadada siang, tumutan handak baguringan.
Tahu-tahu imbah sambilan bulan ba ading pulang akuk.

Aladeen Al-Banjaree 2009

13 November 2009

Gambar wanita daki bukit paling sukar

AKSI Parkins mendaki Gunung Gua Hollow di Australia.
PARKINS mendaki bukit di Moon Hill, China

BEIJING - Gambar seorang wanita Australia, Tilly Parkins, 33, yang menunjukkan kehebatannya mendaki sebuah bukit paling sukar di China dipamerkan pada Festival Mendaki Bukit yang sedang berlangsung di Yangshuo , lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang bertugas sebagai juruteknologi jantung di sebuah hospital sibuk di Sydney berjaya mendaki kawasan batuan ceracak di Moon Hill di wilayah Yangshuo.

Bukit batu kapur setinggi 228 meter di tenggara China itu mengambil masa 20 minit untuk tiba di puncak.

Dia pernah mendaki beberapa gunung antaranya Gua Hollow di Australia. - Agensi
Banjar Malaya: Kehebatan wanita memang ada kalanya boleh menandingi dan mengatasi kaum lelaki. Lihat sahaja Sharifah Mazlina yang mampu mengembara secara solo di Khutub Utara dan Selatan. Jika inilah kehebatan yang dipamerkan ia amat dihormati.

12 November 2009

Jeli haram

Jeli yang diimpot dari China dikatakan sebagai haram dan tidak ada sijil halal. Menurut Persatuan Pengguna Islam jeli tersebut mengandungi gelatin babi. Malangnya umat Islam di negara ini tidak prihatin tentang perkara ini.

Di musim perayaan Islam boleh dikatakan jeli ini dijadikan hidangan bagi meraikan tetamu. Malah jualannya begitu meluas termasuk di pasaraya dan amat digemari oleh kanak-kanak.

Bahkan ada gula-gula yang didatangkan dari China turut mempunyai gelatin babi. Kenapakah umat Islam tidak teliti dengan makanan yang sepatutnya dirujuk kepada jabatan agama bagi mendaptkan pengesahan halal haramnya.

Begitu juga dengan peralatan pinggan mangkuk yang dibuat daripada melamin juga disahkan oleh Jabatan Agama Johor mempunyai unsur tulang babi. Jika kita menekamti makanan sama ada diwarung dan restoran kebanyakan menggunakan peralatan yang dibuat daripada melamin berkenaan.

Kenapakah umat Islam hari ini tidak peka dalam menentukan halal haram khususnya dalam urusan makan minum. Atau lebih mementingkan sedap, lazat, murah, mudah dan kenyang semata-mata.

Itu belum lagi meneliti sumber halal haram punca rezeki yang dinekmati. Maknanya kini umat Islam sudah tidak pedulikan apapun status makanan dan minuman yang dinekamti.

Apa yang mengkhuatirkan ialah doa yang kita pohonkan ke hadrat Allah SWT tidak kesampaian dan dikabulkan. Puncanya kerana meringan-ringankan apa yang dilarang dalam agama Islam kita hentam keromo sahaja.

Miliki sekeping VCD haram boleh dihukum


KUALA LUMPUR 11 Nov. Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang memiliki cakera padat video (VCD) haram walaupun sekeping, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ini kerana mengikut Akta Hakcipta 1987, hanya individu yang memiliki tiga keping atau lebih VCD haram akan dikenakan tindakan undang-undang.

"Sebagai contoh di dalam akta sekarang, sekiranya seseorang itu memiliki sekeping VCD haram tidak salah, tetapi jika memiliki lebih daripada tiga keping baru boleh diambil tindakan.

"Pandangan peribadi saya, sesiapa yang memiliki VCD haram, ia tetap haram dan salah walaupun memiliki sekeping, dua atau tiga keping. Kita cadang sesiapa yang pegang sekeping VCD haram, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar World Intellectual Property Organization (WIPO) - Malaysia mengenai Industri Kreatif di sini hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, akta berkenaan akan dipinda secara menyeluruh bagi memperbaiki kelemahan serta memastikan sistem perundangan harta intelek negara sentiasa terkini, selain untuk menyokong pertumbuhan industri kreatif.

"Kalau hendak lindungi hasil kreativiti daripada penerbit filem, pencipta lagu dan sebagainya, kita mesti bukan saja didik orang ramai, tetapi juga mesti kenakan undang-undang yang keras," katanya.

Beliau berkata, pindaan akan turut melibatkan tindakan undang-undang terhadap pemilik premis perniagaan yang membenarkan penyewa premis mereka menjalankan kegiatan haram.
"Dalam akta sekarang, kalau peniaga menjual VCD haram di dalam kedai pemilik, maka pemilik kedai tidak boleh dipertanggungjawabkan, jadi kita hendak pinda undang-undang supaya ia merangkumi kepada pemilik kedai kerana membenarkan perniagaan VCD dan DVD haram di kedai mereka," katanya.

Ismail Sabri berkata, akta itu juga dipinda bagi memastikan ia selari dengan keadaan semasa ekoran teknologi semakin canggih dan maju, yang membolehkan pelbagai pihak dengan mudah mengambil sesuatu hak cipta tanpa kebenaran.

"Satu hari nanti orang mungkin tidak guna VCD atau cakera video digital (DVD) untuk menonton filem atau mendengar muzik kerana mereka boleh mendengar menerusi telefon atau muat turun dari rumah.

"Bagaimana undang-undang yang ada boleh menyekat perkara ini? Kita tidak mahu teknologi lebih maju ke hadapan daripada undang-undang, jika ini berlaku bermakna undang-undang tidak dapat menyekat perlakuan-perlakuan yang merugikan industri perfileman dan muzik," katanya.

Ismail Sabri berkata, beliau telah mengarahkan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk mendapatkan pandangan daripada pengeluar filem, Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dan pihak pencipta lagu mengenai pindaan akta itu.

Beliau berkata, akta yang dipinda itu akan dibentangkan di Parlimen pada sesi pertama persidangan awal tahun depan.

Selain Akta Hakcipta 1987, beberapa akta lain juga sedang dipinda antaranya Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996, Akta Cap Dagangan 1976 dan Akta Paten 1983. - BERNAMA

Banjar Malaya:
Saya menyokong kenyataan Menteri PDNKK berhubung VCD cetak rompak. Sedihnya operasi penguatkuasaan lemah dan penjualan masih VCD haram masih berleluasa. Penjual berani mempamerkan jualan secara terang-terang sama ada di premis perniagaan mahupun di pasar-pasar malam dan minggu. Jika tidak penggiat seni, pengkarya dan yang terbabit dengan industri seni iaitu pemilikan/pengeluar VCD sah akan menanggung kerugian demi kerugian

Polis terpaksa tembak atau ditembak


Polis terpaksa tembak atau ditembak
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAILrencana@utusan.com.my
DARI sudut orang kebanyakan, kejayaan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan kumpulan penjenayah adalah satu kisah yang sangat melegakan. Kejayaan itu sekurang-kurangnya memberi jaminan kepada keselamatan mereka selain melahirkan keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan anggota polis.
Bagi mereka juga, ia mampu memberi isyarat yang jelas kepada kumpulan penjenayah di luar sana bahawa mereka tidak akan dibiarkan bebas melakukan kejahatan dan mengancam keselamatan orang ramai.

Sepanjang tempoh sebulan lalu misalnya, lebih 10 orang penjenayah berjaya ditembak mati dalam beberapa operasi polis di seluruh negara. Ia termasuk dua penjenayah Geng Kendong di Melaka; lima penjenayah Geng PCO Boy di Klang dan dua penculik di Johor Bahru.
Tetapi malangnya, kejayaan pihak polis menundukkan penjenayah itu seolah-olah tidak boleh diterima oleh pihak tertentu yang menilai ia merupakan satu bentuk tindakan kekerasan dan berlebihan.

Kepada mereka, pihak polis seolah-olah terlalu ghairah untuk membunuh penjenayah meskipun yang disyaki. Ada juga tanggapan polis bertindak seperti mahu membuktikan bahawa mereka mampu melaksanakan tugas.
Pihak ini juga mempertikaikan di mana prinsip-prinsip mempertahankan diri anggota polis dalam penggunaan senjata api yang seharusnya didahulukan. Malah, ada yang menggesa penjenayah diberi peluang menyerah diri dan membenarkan undang-undang untuk menentukan sama ada mereka benar-benar bersalah.
Memang tidak dinafikan dakwaan itu ada kebenarannya jika diambil dikira dari sudut nilai nyawa seseorang. Apatah lagi jika kejadian berbalas tembakan itu berlaku di tempat awam yang mana orang yang tidak bersalah berkemungkinan terperangkap dan menjadi mangsa.
Tetapi perlu diingatkan, anggota polis pastinya tidak secara semberono 'menembak untuk membunuh' mana-mana penjenayah yang disyaki.
Sebaliknya, ia melalui proses penyiasatan yang rapi dalam menentukan sama ada penjenayah yang diekori benar-benar bersenjata dan dipastikan amat berbahaya sebelum memulakan operasi.

Sebab itu, dalam kebanyakan kejadian penjenayah yang mati ditembak, ia bermula dengan kejadian berbalas tembakan yang terpaksa diambil pihak polis untuk mempertahankan diri.
Tindakan itu juga mematuhi prinsip diskriminasi yang diamalkan polis yang mana mereka mesti memilih sasaran tepat sekiranya keadaan memerlukan mereka berbalas tembakan.

Pihak polis sendiri seandainya mempunyai pilihan, pastinya tidak mahu penjenayah itu ditembak mati. Menangkap mereka hidup-hidup lebih menjadi keutamaan bagi mendapatkan maklumat seterusnya melumpuhkan saki-baki kumpulan penjenayah itu.
Tetapi berdepan dengan penjenayah bersenjata meletakkan polis dalam keadaan penuh berisiko. Dalam situasi itu, hanya dua kemungkinan yang ada iaitu sama ada mereka yang tertembak atau penjenayah yang ditembak.

Bayangkan bagaimana jika yang ditembak itu adalah anggota polis dan penjenayah itu pula berjaya melarikan diri? Penulis tidak mempersoalkan nasib anggota polis yang ditembak, yang pastinya tidak akan dikenang sebagai hero oleh orang ramai.

Sebaliknya, apa bahaya yang menanti orang ramai daripada penjenayah yang berjaya melepaskan diri itu. Siapa yang boleh memberi jaminan penjenayah tersebut tidak akan bertindak lebih ganas pada masa akan datang?

Sementelah yang ditembak mati itu juga adalah penjenayah dengan rekod jenayah yang panjang dan menjadi buruan utama polis.

Justeru, mengapa tindakan pantas polis ini dipersoalkan? Mengapa juga perlu bersimpati dengan penjenayah berbahaya seperti ini?

Agak menyedihkan di sebalik sekian banyak kejayaan polis memastikan keamanan negara, masih ada suara-suara yang cuba memperlekehkan pasukan keselamatan kita itu.
Beberapa insiden seperti kes tahanan yang mati di dalam penjara, kaedah siasatan seperti dibogelkan, dan kekerasan yang kononnya sengaja dilakukan polis dalam menyurai perhimpunan haram sengaja diperbesar-besarkan.

Pihak polis dituduh melanggar hak asasi manusia dan dikritik tidak berlaku adil. Itu belum dikira dengan sekian banyak tohmahan salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya.
Mereka yang merendah-rendahkan tugas pihak berkuasa ini lebih senang membela nasib penjenayah berbanding mempertahankan keselamatan negara yang sebenarnya menjadi hak setiap rakyat negara ini. Bukan bermaksud PDRM tidak boleh dikritik, tetapi biarlah teguran itu bertujuan membina dan meningkatkan lagi kecekapan sedia ada.
Tuduhan melampau dan tidak berasas hanya akan melemahkan semangat anggota polis yang berasakan seolah-olah pengorbanan mereka langsung tidak dihargai.

Dalam keadaan persekitaran yang sangat mencabar ketika ini, terutamanya aktiviti jenayah yang semakin kompleks, anggota polis mempertaruhkan nyawa yang tinggi untuk mempertahankan keamanan negara.

Seharusnya, kita berasa bangga kerana keberanian mereka berdepan dengan penjenayah dan membolehkan sebahagian besar daripada kita menikmati kehidupan yang selamat dan selesa.
Memang tidak dinafikan dalam kepantasan polis menjalankan tugas, kes-kes jenayah berat seperti samun, bunuh, rogol dan sebagainya masih berlaku.
Ini kerana pihak polis secara bersendirian tidak mampu mencegah jenayah melainkan dengan bantuan orang ramai sebagai mata-mata kepada pihak polis. Tetapi jika imej terhadap anggota polis cuba dihidupkan dalam bentuk yang salah dan buruk, bagaimana orang ramai dapat menaruh keyakinan terhadap kemampuan mereka untuk mencegah jenayah?
Justeru, mereka yang sering memandang serong dan memperlekehkan tugas anggota polis ini wajar berfikiran secara waras dan membela pihak yang sepatutnya mendapat pembelaan, bukannya penjenayah yang secara terang-terangan mengancam keselamatan negara.
Banjar Malaya: Jangan sangsikan tugas PDRM. Tindakan tegas ke atas penjenayah apatah lagi yang bersenjata amat dialu-alukan. Jika dilayan mereka yang mempertikaikan kredibiliti PDRM jelas mereka adalah pembela penjenayah. Syabas dan tahniah PDRM demi keamanan negara kita Malaysia. Tidak ada kompromi dengan penjenayah apatah lagi melibatkan nyawa anggota PDRM dan orang ramai.

Anak anugerah Allah


Allah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian dan dipertanggungjawabkan pula untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Untuk itu, manusia memerlukan keturunan dan zuriat untuk mengembangkan tujuan tersebut.

Justeru, anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan amanah yang wajib dijaga dan dipelihara sebaik-baiknya supaya membesar menjadi khalifah Allah yang berguna. Malangnya ramai yang tidak menyedari dan mengabaikan tanggungjawab tersebut.

Anak-anak itu ibarat kain putih. Jalinan coraknya ditentukan oleh acuan persekitarannya. Jika baik acuan persekitarannya, maka warna-warni coraknya pasti menjadi contoh teladan dan sumber ikutan yang baik.

Jika sebaliknya, maka ia boleh merosak masa depannya serta bakal membebani orang-orang di sekelilingnya.

Justeru ajaran Islam sangat mementingkan penjagaan anak-anak sedari kecil. Anak-anak wajar disayangi dan dimanjakan, tetapi harus dididik mengenal Allah, Rasul dan ajaran Islam. Zaman remajanya pula dilayan seperti sahabat, asalkan tidak melampaui batas keibubapaan.

Nabi Muhammad SAW sangat menyayangi anak-anak serta cucu-cucu baginda. Rasulullah SAW tidak pernah memarahi atau meninggikan suara terhadap kanak-kanak semasa ingin menasihati mereka. Baginda sering berlemah-lembut dalam percakapannya dengan kanak-kanak.

Satu hadis dari Sunan Abu Dawud: "Seorang sahabat Nabi pernah berkata, "Semasa saya kecil, saya suka menjatuhkan buah kurma dengan membaling batu pada pohon kurma. Pada suatu hari, ada seseorang (Rasulullah) yang mendukung saya dan menasihati saya agar memungut buah kurma yang jatuh dari pohon dan bukan menjatuhkannya menggunakan batu. Dia kemudiannya mengusap kepala saya dan memohon rahmat untuk saya".

Baginda banyak mengamalkan konsep pemberian ganjaran dan bukannya hukuman denda dalam hal mendisiplin kanak-kanak.

BANJAR MALAYA: Pada saya, apalah malangnya anak-anak hari termasuk bayi yang baru dilahirkan menjadi mangsa pembunuhan dan penderaan. Bukan orang lain bahkan melibatkan ibu bapa dan kaum keluarga sendiri.

Kaki botol ketuk paku di kepala


BEIJING - Seorang suami berumur 66 tahun, Ma Lin melakukan tindakan drastik apabila mengetuk sebatang paku sepanjang 20.3 sentimeter di kepalanya apabila isterinya mengkritik perbuatannya yang kaki botol, lapor sebuah akhbar semalam.

Anggota-anggota paramedik di Kolej Perubatan Shantou, China berjaya menarik keluar paku itu yang tertanam 2.54 sentimeter dari otaknya baru-baru ini.

Menurut Lin: "Saya menganggap kehidupan sudah tidak bernilai lagi menyebabkan saya berusaha untuk menamatkannya. Saya terjaga (daripada mabuk) dengan berasa amat sakit." - Agensi

BANJAR MALAYA: Begitulah nasib seorang penagih. Tak kiralah penagih arak atau penagih dadah. Bila akal sudah rosak perbuatan yang membahayakan diri sendiri pun sanggup dilakukan. Justeru itu, Islam melarang keras sebarang penggunaan bahan memabukkan bagi dijadikan rutin tabiat dalam kehidupan.