31 Mac 2010

Makanan yang paling baik untuk kesihatan


Adakah mungkin untuk hidup sehingga 125 atau mungkin 150 tahun? Ini jelas suatu kemungkinan, seperti yang dibahas dalam rancangan Oprah Winfrey suatu ketika dahulu berkenaan usia lanjut. "Dia mengunjungi saya di ladang saya untuk belajar bagaimana, pada usia 86 tahun, saya sedang menikmati kesihatan yang kuat, tenaga, dan kreativiti mental seseorang berpuluh-puluh tahun lebih muda. Rahsia saya: jumlah besar buah-buahan dan sayuran, ditambah satu jam latihan sehari-hari", kata David H. Murdock

"Tiada pil, bahkan aspirin, dan tentu saja tidak ada suplemen yang pernah masuk mulut saya - semua yang saya perlukan berasal dari diet ikan-sayuran, yang menggabungkan pelbagai jenis 30-40 buah dan sayuran setiap minggu. Walaupun saya Ketua dan Pemilik Dole Food Company, saya lakukan sendiri sebahagian besar dari perbelanjaan membeli makanan, dan bahkan membawa Oprah dalam perjalanan secara mendadak ke Costco, dalam satu hari yang termasuklah berbasikal, bersenam di gym, dan membuat jus sayuran di dapur."

Makanan-makanan yang paling sihat di dunia


Nenas Mempercepatkan proses pembedahan Mempertingkatkan kesihatan sendi tulang Mengurangkan radang asma
Anggur biru Memelihara tahap antioksidan Mengundurkan kemerosotan otak yang berkaitan dengan umur Mencegah jangkitan saluran pembuangan najis
Bayam Membantu mengekalkan ketajaman mental Mengurangkan risiko kanser pada hati, ovari, kolon dan prostat Kepadatan bahan gizi yang teratas
Lada loceng merah Mengurangkan risiko kanser paru-paru, prostat, ovari dan serviks. Melindungi dari bakaran matahari Mempertingkatkan kesihatan jantung
Broccoli Mengurangkan keburukan kencing manis Merendahkan risiko prostat, bladder, kolon, penyakit pankreas, gastrik dan kanser buah dada Melindungi otak dari kejadian kecederaan
Tomato Mengurangkan keradangan Merendahkan risiko berkembangnya kanser esophageal, perut, colorectal, dan paru-paru. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Epal Menyokong imunisasi badan Melawan kanser paru-paru dan prostat Merendahkan risiko Alzheimer
Artichoke Membantu pembekuan darah Makanan anti-oksidan Merendahkan kolestrol
Arugula Merendahkan risiko kecacatan ketika lahir Merendahkan risiko keretakan tulang Melindungi kesihatan mata
Asparagus Memelihara bakteria yang bagus Mengelakkan kecacatan ketika lahir Meningkatkan kesihatan jantung
Avokado Membataskan kerosakan hati Mengurangkan risiko kanser mulut Merendahkan tahap kolestrol
Blackberry Membina kepadatan tulang Menahan selera makan Meningkatkan pembakaran lemak
Butternut Squash Membantu penglihatan waktu malam Memerangi kedutan pada kulit Meningkatkan kesihatan jantung
Cantaloupe Membantu imunisasi Melindungi kulit dari sunburn Mengurangkan keradangan
Lobak merah Antioksidan mempertahankan DNA Melawan katarak Melindungi dari beberapa jenis kanser
Cauliflower / Bunga kobis Mendorong pembuangan toksin Menekan pembesaran sel kanser buah dada Melindungi dari kanser prostat
Cherry Meringankan kesakitan athritik dan gout Merendahkan kolestrol Mengurangkan keradangan
Cranberry Meringankan kesakitan prostat Melawan sel kanser paru-paru, kolon, dan leukemia. Mencegah jangkitan tempat pembuangan najis dan saluran kencing
Kobis hijau Meningkatkan pembekuan darah yang sihatP Mengurangkan risiko kanser prostat, kolon, buah dada dan ovari. Aktifkan sistem pembuangan toksin alamiah badan.
Kale / Sayuran hijau seperti kangkung dan bayam Melawan estrogen merbahaya yang membiakkan kanser Melindungi mata dari kerosakan akibat matahari dan katarak Menambahkan kepadatan tulang
Kiwi Melawan kedutan pada kulit Mengurangkan risiko gumpalan darah beku dan gumpalan lemak dalam darah Melawan sembelit
Mango / Mangga Menyokong imunisasi Merendahkan kolestrol Mengatur homocysteine untuk melindungi arteri
Cendawan Meningkatkan pembuangan toksin secara alamiah Mengurangkan risiko kanser kolon dan prostat Merendahkan tekanan darah
Oren Mengurangkan tahap kolestrol yang teruk Merendahkan risiko kanser mulut, tekak, buah dada, perut dan leukemia semasa kecil Pektin menindaskan selera makan
Betik Membantu pencernaan enzim Mengurangkan risiko kanser paru-paru Meningkatkan pembakaran lemak
Plum & Prune Melawan sembelit Antioksidan melindungi dari kerosakan DNA Melindungi kehilangan tulang akibat post-menopause
Pomegranate / Buah delima Meningkatkan perlindungan sunscreen Merendahkan kolestrol Melawan kanser prostat
Pumpkin / Labu Melindungi sendi tulang dari polyarthritis Merendahkan risiko kanser prostat dan paru-paru Mengurangkan keradangan
Raspberry Menghalang pembesaran kanser mulut, buah dada, kolon dan prostat Perlindungan antioksidan terhadap DNA Merendahkan tahap kolestrol yang tidak diingini
Strawberry Melindungi dari Alzheimer Mengurangkan kolestrol yang tidak diingini Menindas pembesaran kanser kolon, prostat dan mulut
Sweet Potato / Ubi kentang manis / Ubi steler Mengurangkan risiko strok Merendahkan risiko kanser Melindungi dari kebutaan
Tembikai Menyokong kesuburan lelaki Mengurangkan risiko beberapa kanser prostat, ovari, serviks, mulut dan pharyngeal (rongga tenggorok) Melindungi kulit dari sunburn
Pisang Menambahkan pembakaran lemak Merendahkan risiko kanser colorectal dan buah pinggang, leukemia Mengurangkan simptom-simptom asma bagi kanak-kanak

Sumber dari tulisan David H. Murdock, pengerusi Dole Food Company, Inc.

08 Mac 2010

Ilmu dan harta , mana lebih utama?





Rasulullah telah bersabda: 'Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya'
Diriwayatkan sekumpulan orang telah pergi menemui Ali r.a bagi tujuan untuk menguji kehebatan ilmunya. Mereka berkata:"kita uji Ali dengan satu soalan,jika Ali memberi jawapan yang sama maka Ali tidak seorang yang hebat ilmunya. Kalau Ali memberikan jawapan yang berlainan maka sahlah Ali itu seorang yang alim seperti yang dikatakan Rasulllah saw."

Maka mereka berpakat pergi menemui Ali seorang demi seorang dengan bertanya :"Wahai Ali,manakah yang lebih baik diantara Ilmu dan harta?"

Ali r.a berkata:" Sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta."
Orang yang pertama berkata:"Atas dalil apakah kamu berkata begitu wahai Ali?"
Kata Ali r.a:" Wahai saudaraku,ilmu itu warisan para nabi dan harta itu pula warisan Qarun,Firaun,Syaddad dan lain lain."

Kemudian datang pula orang yang kedua dan berkata:'Wahai Ali,manakah yang lebih baik antara ilmu dan harta?"
Jawab Ali r.a:" Tentu ilmu itu lebih baik dari harta."
Berkata orang yang kedua:"Atas dalil apakah kamu berkata demikian?"
Ali r.a berkata:" Wahai saudara,ilmu itu sebenarnya menjaga kamu sedang harta itu pula kamu yang menjaganya"

Datang pula yang ketiga:'Wahai Ali diantara ilmu dan harta manakah lebih baik?"
Jawab Ali:"Sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta."
Maka berkata yang ketiga:" Wahai Ali katakan padaku atas dalil manakah kamu berkata demikian?"
Jawab Ali r.a:"Sebenarnya orang yang memiliki harta mempunyai banyak musuh,sedang orang yang memiliki ilmu akan mempunyai banyak teman."

Datang pula yang keempat bertanyakan soalan yang sama.
Maka jawab Ali r.a:"Sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta>"
Maka bertanya juga yang keempat apakah dalil Ali berkata demikian.
Jawab Ali r.a:"Wahai saudaraku harta itu bila dibelanjakan ianya akan berkurangan sedang ilmu pula kalau kamu amalkan ianya akan bertambah."

Datang pula yang kelima bertanyakan soalan yang sama.
Maka jawab Ali r.a:"Sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta>"
Maka bertanya juga yang kelima apakah dalil Ali berkata demikian.
Jawab Ali r.a:"Wahai saudaraku,pemilik harta biasa dikenali dengan sikedekut dan hina Tetapi pemilik ilmu akan dihormati dan disegani."

Datang pula yang keenam bertanyakan soalan yang sama.
Maka jawab Ali r.a:"Sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta>"
Maka bertanya juga yang keenam apakah dalil Ali berkata demikian.
Jawab Ali r.a:"Wahau saudaraku,pemilik harta tetap akan dihisab pada hari kiamat sedangkan orang yang memiliki ilmu akan memberi syafaat pada hari kiamat."

Datang pula yang ketujuh bertanyakan soalan yang sama.
Maka jawab Ali r.a:"Sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta."
Maka bertanya juga yang ketujuh apakah dalil Ali berkata demikian.
Jawab Ali r.a:"Wahai saudaraku, harta itu semakin lama dibiarkan maka ia akan semakin usang,ilmu itu pula sama sekali tidak akan lapuk dan usang."

Datang pula yang kelapan bertanyakan soalan yang sama.
Maka jawab Ali r.a:"Sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta."
Maka bertanya juga yang kelapan apakah dalil Ali berkata demikian.
Jawab Ali r.a:" Wahai saudaraku,harta itu boleh menjadikan hati seseorang itu keras,sedang ilmu pula dapat menerangi hati seseorang."

Datang pula yang kesembilan bertanyakan soalan yang sama.
Maka jawab Ali r.a:"Sudah tentu ilmu itu lebih baik dari harta."
Maka bertanya juga yang kesembilan apakah dalil Ali berkata demikian.
Jawab Ali r.a:"Wahai saudaraku,pemilik harta dikatakan pemilik disebabkan harta sedang orang yang berilmu mengaku dia adalah hamba Allah"

Daun stevia alternatif kepada gula


Tumbuhan stevia 200 kali lebih manis berbanding gula tebu

Stevia adalah sejenis tumbuhan agak baru di negara ini biarpun hakikatnya sudah lama digunakan di sesetengah negara sebagai bahan pemanis. Tumbuhan yang nama saintifiknya Stevia Rebaudiana, digunakan masyarakat Asli Red Indian Guarani di Amerika Selatan sejak 1,500 tahun lalu sebagai pemanis bagi ubat pahit.

Ia turut dikenali sebagai makanan tambahan dan herba merawat penyakit berkaitan kencing manis, obesiti, menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Namanya bagaimanapun mula menjadi sebutan penduduk tempatan kira-kira lima tahun lalu apabila khasiatnya sebagai pemanis yang sesuai di ambil pesakit diabetes heboh diperkatakan dan akhir-akhir ini dilonjak sebagai berpotensi menjadi tanaman komersial di negara ini.

Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Tan Swee Lian, berkata stevia yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan.

“Pokok renek berdaun bujur, batangnya lembut, bunga halus dan gerutu ini juga dikenali sebagai daun manis atau madu kerana mengandungi bahan yang 200 kali lebih manis daripada gula biarpun masih ada rasa pahitnya.

“Stevia mengandungi dua komponen utama pemanis di dalamnya iaitu steviosid dan rebaudiosid A. Kedua-dua bahan pemanis itu akan berkurangan jika tanaman berkenaan dituai lebih awal.

“Jika bahan steviosid dan rebaudiosid A diasingkan dalam proses makmal, maka rasa pahit dalam stevia akan dapat dihilangkan dan ia sesuai untuk dijadikan pemanis tanpa rasa pahit. Rasa pahit yang ada pada stevia kurang digemari sesetengah orang dan menjadi antara halangan utama sebagai makanan pengganti gula,” katanya

Beliau menjelaskan stevia mula dibawa masuk ke negara ini pada 1970-an dan kajian mengenainya berterusan sehingga ke hari ini, namun hanya dikenali ramai sejak lima tahun kebelakangan ini.

Katanya, stevia sudah dijadikan pengganti gula di Jepun dan menguasai 40 peratus industri pemanis manakala Korea Selatan menjadi negara kedua terbesar menjadikan stevia sebagai bahan pemanis. Di Kanada, India, China, Russia dan Paraguay, bahan pemanis itu diusahakan secara komersial.

Beliau menjelaskan sebelum ini ramai yang meragui khasiat stevia kerana kajian ke atas tikus di makmal mendapati pengambilan bahan pemanis secara banyak dan berterusan menyebabkan haiwan itu mandul.

“Tiada kajian khusus ke atas manusia dilakukan dan jika mahu dibandingkan dengan masyarakat Orang Asli di Paraguay, sukar untuk mendapatkan jawapan yang tepat kerana mereka tidak memakan stevia secara berterusan dan dalam jumlah yang banyak. Masyarakat itu memakan stevia bagi menghilangkan rasa pahit ubat saja dan bukannya dijadikan bahan wajib bagi setiap hidangan.

“Malah, satu masa dulu kerajaan Amerika Syarikat pernah mengharamkan kemasukan stevia sebagai pengganti gula. Namun, pada lewat 2008, pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan stevia sebagai bahan makanan yang selamat dimakan dan dikategorikan sebagai makanan tambahan dan herba bukannya pengganti gula,” katanya.

Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu. Penduduk Jepun dikatakan kumpulan pengguna terbesar menggunakan stevia bagi tujuan memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.

Potensi stevia di Malaysia

APAKAH potensi stevia sebagai tanaman komersial di negara ini? Bolehkan ia dijadikan industri bahan pengganti gulai?

Pengarah Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Mardi, Mansor Puteh, berkata Mardi banyak menerima permintaan dan pertanyaan mengenai stevia, khususnya selepas pengumuman kenaikan harga gula.

Namun, baginya herba itu tidak sesuai dijadikan tanaman komersial pengganti gula kerana kurang nilai ekonomi akibat harganya yang rendah, selain kualitinya yang tidak sebaik tumbuhan sama yang dikeluarkan di negara empat musim.

“Untuk mendapatkan sekilogram stevia kering, sekurang-kurangnya lima kilogram daun basah diperlukan iaitu kira-kira RM1.40 sekilogram, manakala kos pengeluarannya mungkin melebihi harga RM7 sekilogram tanaman.

“Mengikut kajian, stevia yang ditanam di negara ini kurang berkualiti kerana cepat berbunga selain perlu dituai lebih awal. Di Malaysia juga, ia biasanya boleh membesar dengan ketinggian satu meter berbanding di negara empat musim yang ketinggiannya mencecah tiga meter. “Justeru, jika ada mana-mana syarikat yang ada niat mahu mengusahakannya secara komersial untuk menjadi bahan penggantian gula, saya suka nasihatkan supaya melupakan saja hasrat itu,” katanya.

Mansor berkata, lebih baik jika tanaman berkenaan diusahakan untuk tujuan pemasaran bahan herba atau makanan tambahan dalam makanan dan minuman kesihatan terutama mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti.

“Kita mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat membangunkan tanaman ini dalam industri herba dan makanan tambahan. Malah, bersedia memberi khidmat nasihat, bantuan serta tunjuk ajar di samping terus menjalankan kajian untuk memperbaiki kualiti serta hasil penuaian stevia di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Tan Swee Lian pula berkata, ada beberapa bahan lain yang dikaji untuk menggantikan gula, namun semuanya didapati tidak sesuai untuk dikomersialkan kerana kos pengeluarannya besar selain masalah mendapatkan bahan mentah.

Antara tumbuhan itu ialah ‘Thamaucoccus’, pokok hutan seperti Kacip Fatimah tetapi ia sukar diusahakan kerana pokok ini amat sedikit mengeluarkan buahnya yang mengandungi bahan pemanis.

Selain itu, madu juga sukar diusahakan secara besar-besaran kerana Malaysia tidak mempunyai kawasan penanaman buah-buahan yang besar seperti di Australia dan Amerika Syarikat untuk membolehkan lebah menyedut nektar daripada bunga pokok buahan berkenaan.

Bagaimanapun, tegas Dr Tan, hanya empat daripada 100 jenis stevia saja yang sesuai dengan cuaca dan persekitaran di negara ini.

Beliau berkata, stevia boleh ditanam dan diusahakan di negara ini tetapi ada beberapa masalah yang perlu diambil risiko pengusahanya kerana tanaman berkenaan boleh mengeluarkan hasil yang baik jika lama terdedah kepada matahari.

“Di negara ini, waktu siang hanya 12 jam, bermakna daun yang dihasilkan kurang terdedah kepada matahari. Namun, Malaysia boleh menuai sebanyak sembilan kali hasil kerana kita panas sepanjang tahun.

“Berbanding negara empat musim, waktu panasnya kira-kira 16 jam dan tuai boleh dibuat sebanyak dua kali dalam tempoh musim panas kira-kira tiga bulan setengah. Oleh kerana kadar kepanasan dan pendedahan terhadap matahari tinggi, maka hasil stevia lebih berkualiti kerana kandungan steviosid dan rebaudiosid A tumbuhan itu lebih tinggi.

“Di negara ini, kita boleh melakukan sistem pemanasan menggunakan lampu seperti dilakukan untuk tumbuhan seperti kekwa atau Chrysanthemum, namun ini tidak dapat dilakukan untuk stevia kerana harganya terlalu rendah, sedangkan penggunaan lampu memerlukan kos yang lebih tinggi,” katanya.