24 Disember 2009

Pas hilang kuasa mutlak?

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

"Marilah kita sama-sama mengorak langkah untuk terus mara dengan memimpin rakyat dan negara ke arah perubahan yang hakiki menerusi tema muktamar kali ini iaitu, Islam memimpin perubahan. Pas ingin memimpin perubahan dengan membawa satu gagasan politik Islam yang akan menyatukan kaum di Malaysia ini dengan keadilan sejagat."
Kata-kata ini dilafazkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada Jun lalu.
Berdasarkan kepada ucapan ini, Pas mempunyai matlamat tersendiri iaitu ingin menjadi parti utama di pentas politik nasional.
Tetapi semua impian Pas itu hanya akan menjadi sekadar impian jika Konvensyen Pakatan Pembangkang pada Sabtu ini merealisasikan matlamat pakatan itu mewujudkan satu landasan gabungan parti yang mutlak bagi menentang Barisan Nasional (BN). Ia bermakna PKR, DAP dan Pas akan bertanding dalam pilihan raya dengan satu lambang dan satu manifesto.
Kalaulah kewujudan gabungan satu parti itu menjadi kenyataan maka impian Pas untuk mencapai matlamat 'Islam memimpin perubahan' seperti mana dilaungkan oleh Abdul Hadi hanya akan tinggal impian semata-mata.
Ia kerana PKR dan DAP sudah pasti tidak akan membenarkan matlamat Pas itu berlaku. Mana mungkin PKR yang memperjuangkan ideologi keadilan untuk semua manakala DAP dengan konsep Malaysian-Malaysia akan membuka laluan kepada Pas menjadi parti utama yang memimpin.
Mungkin Pas boleh berbuat demikian jika secara tersendiri memiliki kerusi Parlimen lebih banyak daripada kedua-dua parti itu. Tetapi persoalannya jika sudah bergabung dalam satu parti, apakah Pas masih mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan? Apakah benar PKR akan mengizinkan Pas memilih kerusi yang ia mahukan? Atau DAP akan merelakan Pas bertanding lebih banyak kerusi berbanding mereka?
Atas sebab itulah, konvensyen tersebut tidak boleh dipandang ringan oleh kepimpinan dan penyokong Pas. Mungkin mereka berasa bangga kerana mampu menyertai konvensyen yang pertama kali menunjukkan perpaduan antara semua parti pembangkang tetapi Pas harus ingat bahawa di dalamnya juga mengandungi pelbagai taktik dan manuver politik yang sudah disediakan oleh PKR dan DAP.
Oleh itu sebarang keputusan atau persetujuan yang hendak diberikan dalam konvensyen berkenaan terutamanya melibatkan penubuhan satu parti haruslah berteraskan kepada prinsip ia tidak akan menguburkan dasar perjuangan asal Pas.
Untuk rekod Fasal 3 Perlembagaan Pas menegaskan, dasar Pas adalah Islam, Fasal 4 menyatakan seruan Pas adalah Allahuakbar. Fasal 5 pula menegakkan bahawa tujuan (matlamat) perjuangan Pas ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah dan mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Persoalannya apakah akan berlaku kepada fasal-fasal ini jika Pas bersetuju bersama-sama dengan PKR dan DAP untuk mengibarkan panji-panji satu parti hanya semata-mata untuk menumbangkan BN? Inilah antara implikasi yang harus difikirkan oleh Pas dengan semasak-masaknya.
Mereka tidak harus terlalu ghairah mahukan kuasa politik bersama-sama dengan PKR dan DAP sehingga akhirnya terpaksa mengorbankan dasar perjuangan parti itu. Entah untuk ke berapa kalinya, Pas harus diperingatkan bahawa mereka bukanlah sebuah parti yang 'melukut di tepi gantang'.
Pas mempunyai kekuatan dan kemampuan sendiri dan ia sudah dibuktikan dalam pilihan raya-pilihan raya yang disertainya sejak penubuhannya pada tahun 1951.
Selama ini Pas sudah membuktikan bahawa mereka boleh hidup tanpa PKR dan DAP tetapi kedua-dua parti itu terutamanya PKR belum tentu mampu hidup tanpa Pas. Berbanding Pas, kedua-dua parti tersebut lebih memerlukan Pas.
Ia kerana Pas adalah sebuah parti politik yang mempunyai kredibiliti dan karisma yang tersendiri. Atas sebab itulah suatu ketika Abdul Hadi mampu menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen dan dari semasa ke semasa terus melebarkan pengaruhnya di negeri-negeri.
Lebih daripada itu dengan berjuang sendiri dalam pilihan raya, Pas dilihat mempunyai 'advantage' dan menjadi alternatif di kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu bila mana BN meletakkan calon bukan Melayu. Tetapi soalnya, kalaulah mereka bergabung, adakah PKR dan DAP akan membenarkan penguasaan Pas terus diperluaskan?
Seperkara lagi yang harus difikirkan ialah berbanding dengan pemimpin PKR dan DAP, pemimpin-pemimpin Pas lebih jauh dihormati dan mempunyai karisma tersendiri sehingga ia diterima oleh seluruh lapisan masyarakat.
Pemimpin Pas tidak lagi dilihat sebagai kelompok yang berjubah dan berserban, sebaliknya pemimpin Islam sederhana.
Tetapi malangnya di dalam Pas sendiri, terdapat sesetengah pemimpin dan ahlinya lebih suka 'mendewa-dewakan' pemimpin parti pembangkang lain terutamanya daripada PKR. Malah ada antara mereka menganggap kalau pemimpin tertentu dalam PKR tidak ada, sudah pasti ia akan menjejaskan kekuatan Pas dan pembangkang.
Soalnya, apakah selama berpuluh tahun Pas berjuang di pentas politik tanah air, Pas bergantung kepada pemimpin parti lain?
Mengulas perkara ini, penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad berkata, Pas adalah sebuah parti yang sebenarnya mempunyai potensi strategik yang jauh lebih baik berbanding dengan PKR dan DAP kerana fundamental Pas berupaya mewakili kehendaki majoriti rakyat negara ini iaitu Melayu-Islam.
''Semenjak Pilihan Raya Umum Ke-12, PKR tidak dilihat sebagai mampu mendokong gagasan Islam lantaran kerana orientasi matlamat dalam parti ini adalah berbeza antara kaum manakala DAP pula sudah pastilah jauh sekali,'' katanya ketika dihubungi.
Pendek kata, Pas adalah parti yang mempunyai kekuatan tersendiri sama ada dari segi kepimpinan mahupun organisasi. Pas boleh bertarung habis-habisan dalam pilihan raya biarpun hanya bersendirian, oleh itu kenapa perlu Pas tergopoh-gapah hendak bersama-sama PKR dan DAP bergabung dalam satu parti?
Pas harus ingat ketika ini mereka agak bebas membuat teguran jika ada mana-mana pemimpin PKR atau DAP melakukan tindakan di luar tata susila, termasuklah mempertikaikan hak Melayu dan kepentingan Islam atau bertindak biadap memijak gambar mana-mana pemimpin politik.
Tetapi apakah selepas ini setelah secara rasmi berada dalam satu parti, Pas akan mampu membuat teguran terhadap sebarang tindakan biadap kedua-dua parti itu? Sudah tentu tidak!
Ia kerana apabila Pas sudah menerima piagam kerjasama melalui penggabungan dalam satu parti, maka lenyaplah suara mutlak Pas.
Mereka tidak boleh lagi menggariskan sebarang matlamat perjuangan, agenda atau impian secara bersendirian sebaliknya perlu mendapat 'restu' daripada PKR dan DAP. Adakah ini yang dimahukan oleh pemimpin dan penyokong Pas? Terserahlah kepada mereka untuk memikirkannya

Apakah yang dikatakan Asterism (bintang)







Realiti keunikan yang estatikanya menjadi fenomena yang wujud di dalam batu permata jenis delima atau sapphire ialah bila terbentuk imej bintang/star sama ada 3, 4, 6 atau 12. Secara ilmiah ia terhasil melalui pantulan sinaran cahaya pada jarum-jarum halus yang disebut rutiles pada batu delima (ruby) dan sapphire sehingg muncul garis-garis bersilang

PENGARUH SINAR PADA BATU PERMATA

Kebanyakan batu permata yang bermutu tinggi ataupun yang bermutu rendah lazimnya memerlukan pancaran sinaran untuk memantulkan atau membiaskan kewujudan yang indah yang dimiliki oleh batu permata.

Pantulan sinaran itu dipanggil “Luster”. Comtohnya luster dari permata berlian jauh lebih tinggi berbanding luster dari batu firuz (turquoise).

Pantulan sinaran juga dapat menonjolkan efik khusus yang dipanggil fenomena (Phenomena). FenomenA a pada delima atau sapphire disebut asterism (bintang). Bagi batu mata kucing (cat eye) disebut “chatoyancy”. Pada batu opal dikatakan sebagai “play of color”. Manakala pada batu permata alexandrite “change of color”. “orient” pada mutiara dll, yang semuanya adalah potensi keunggulan dari versi batu-batu permata yang akan muncul setelah di sinari cahaya. Baik sinaran matahari ataupun sinaran lampu.

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN CHATOYANCY

Fenomena atau "Realiti Keunikan" yang dimiliki oleh batu Cat Eye berupa garis/tali melintang vertikal di permukaan batu permata yang selalu bergerak lurus ke kiri dan ke kanan ketika ia digerak-gerakkan. Secara ilmiah chatoyancy tersebut terjadi disebabkan oleh pantulan sinar pada serabut2 halus atau pipa2 yang sangat halus yang letaknya sejajar.

STANDARD HARGA BATU PERMATA

"...Batu permata tidak ada harga yang standard dan dikatakan harga mengikut pasaran atau permintaan atau mengikut semasa
BENARKAH....??!!

Ya... kenyatan itu dijadikan panduan kepada peniaga batu permata bagi menarik perhatian para pelanggan atau peminat batu permata. Bahawa keunikan batu permata merupakan variable (kepelbagaian) yang sangat releven dan logic bagi menentukan nilai batu permata.

Melalui pengalaman dan pengamatan selama ini dalam kapisiti sebagai pembeli... kenyataan tersebut disifatkan sebagai benar pada awalnya. Cepat atau lambat menjadi tidak benar apada suatu ketika nanti dan berikutnya akhirnyakita menemukan sebuah comparability dan pengalaman baru

20 Disember 2009

Melayu dikhianati

Walaupun banyak kali diperjelaskan tetapi makin ramai pemimpin bukan Melayu mempersoalkan konsep ketuanan Melayu.
Kenapa perlu takut? Ketuanan atau kedaulatan Melayu lebih bersifat gagasan bagi menggerakkan pencapaian orang Melayu sebagai kaum teras. Ia bukan bermaksud hubungan antara tuan dengan hamba, seperti yang cuba dikelirukan.
Tiada sebab untuk bukan Melayu bimbang. Sejarah membuktikan Melayu adalah kaum yang paling bertolak ansur sehingga sanggup berkongsi kerakyatan dan menjadi pelindung kepada kaum lain.
Jika Melayu adalah tuan seperti yang digeruni, keadaannya mungkin sama dengan pendekatan Zimbabwe yang merampas harta golongan minoriti yang kaya. Selama ini melalui konsep tersebut, kaum Cina yang menguasai kekayaan dan ekonomi negara terus meninggalkan jauh kaum lain termasuk orang Melayu yang masih ramai lagi miskin. Siapa yang lebih tuan? Selama inipun, orang Melayu tidak pernah meminta diri mereka dipanggil dengan istilah tuan.
Semua pihak harus jujur melihat daripada perspektif yang meluas dengan mengambil kira realiti sejarah, politik dan kebudayaan. Malaysia adalah negara yang berakarkan Melayu.
Kalau di Indonesia, terasnya adalah etnik Jawa; Cina di Singapura; Buddha di Thailand; Hindu di India; Kristian di negara Barat maka orang Melayu dan Islam adalah teras di Malaysia.
Yang sedihnya ketika kaum lain semakin mengasak orang Melayu supaya menjadi liberal, bukan Melayu pula semakin bergerak ke arah ultra menuntut lebih banyak untuk kaum mereka.
Apabila Melayu bersuara mempertahankan kepentingan mereka (bukan pun menuntut yang lebih), Melayu dituduh rasis. Tetapi apabila bukan Melayu bersuara menuntut yang lebih, mereka tidak menganggapnya sebagai rasis sebaliknya mendakwa itu tanda tekanan ini telah menambahkan keresahan orang Melayu. Segala pengorbanan dan tolak ansur orang Melayu termasuk berkongsi tanah air ini, kuasa politik dan kekayaan, telah dikhianati. Itulah yang makin dirasakan oleh orang Melayu.
Sepatutnya kaum lain juga perlu bertolak ansur dan mengorbankan kepentingan kaum mereka keterbukaan.
Semua
untuk kepentingan nasional. Pelbagai kaum di Singapura dan Indonesia misalnya hanya menggunakan satu bahasa pengantar dan sistem persekolahan yang sama demi perpaduan nasional.
Jika mahu orang Melayu bertolak ansur lagi, bukan Melayu juga perlu berkorban lebih. Janganlah hanya pandai meminta tetapi tidak tahu memberi.

Esok jangan rindu-rinduan

Johor Bahru
Engkau menjadi saksi lalu lintas
sejarah masa lalu dan kini
sedang masa depan yang tak pasti
lembayung senja turun mendandani
wajah sayu Tanjung Puteri
kata orang pasara Si Bongkok berteduh di sini,
sayup-sayup ghazal berbunyi.

Bukit Timbalan
Gagahnya tercanai sejuta fajar
Pengawal ketenangan
Pelindung setia Selat Teberau.

Anak Johor
Amat-amatilah ujung tanda Temasik
Singa pura-pura
Berkuku besi bertaring lentik.

16 Disember 2009

Syaitan di dalam al-Qur'an


Syaitan adalah daripada golongan manusia dan jin. Ia musuh bagi tiap-tiap Nabi. Tidak seperti Nabi, yang menyampaikan kepada manusia apa yang diwahyu Allah kepadanya, golongan syaitan pula menyampaikan wahyunya yang tersendiri, yang berupa ucapan palsu tetapi indah-indah belaka. Tujuannya adalah untuk menipu manusia, misalan, dengan mengada-adakan sesuatu dalam agama. Terhadap mereka, Allah menasihatkan manusia supaya meninggalkan mereka. Firman-Nya,
"Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." (6:112)
Ia juga musuh bagi manusia, dan sentiasa harus diambil sebagai musuh. Musuh ini bersifat nyata dengan seruan supaya golongannya menjadi orang-orang yang tinggal di Neraka, selama-lamanya. Firman-Nya,
"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi di kalangan orang-orang Menyala." (35:6)
"ia (syaitan) adalah musuh yang nyata bagi kamu." (2:208)
Doa
Kerana ia musuh yang sentiasa mengganggu, maka manusia harus berdoa, memohon perlindungan Allah daripada kejahatannya. Doa itu baik dilafazkan dari sejak lahir lagi. Seperti ibu Mariam yang telah memohon perlindungan selepas melahirkannya. Doa ibu tersebut, terhadap Mariam dan keturunannya, berbunyi:
"'Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang anak perempuan. .... Dan aku menamakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam.'" (3:36)
Selanjutnya, Allah mengajar manusia suatu doa yang amat sesuai untuk berlindung pada-Nya daripada cadangan-cadangan jahat syaitan, berbunyi:
"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku." (23:97-98)
Doa tersebut tentu baik juga dipakai apabila membaca al-Qur'an, atas suruhan Allah agar manusia memohon perlindungan-Nya apabila mereka membaca Kitab tersebut. Firman-Nya,
"Apabila kamu membaca Al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam." (16:98)
Goda
Manusia turut diingatkan Allah supaya tidak membiarkan syaitan menggoda mereka. Ibu bapa mereka telah berjaya digodanya, dengan melanggar larangan Allah terhadap suatu pohon yang dilarang untuk didekati. Ia dan sukunya dikatakan melihat manusia dari mana manusia tidak melihat mereka. Firman-Nya,
"Wahai Bani Adam, janganlah syaitan menggoda kamu sebagaimana ia mengeluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk memperlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka." (7:27)
Petunjuk
Godaan utama syaitan adalah ke atas petunjuk yang diberi Allah. Petunjuk Allah adalah satu-satunya pelindung untuk mengelakkan diri daripada disesatkan oleh syaitan. Itu janji Allah sejak Adam dan isteri dikeluarkan-Nya dari Taman. Firman-Nya,
"Turunlah kamu, kedua-dua kamu bersama-sama, keluar darinya .... tetapi jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, tidak akan sesat, dan tidak juga dia menjadi sengsara." (20:123)
Golongan syaitan pun tahu tentang janji itu. Justeru, ia akan menghasut manusia sehingga menjadi tidak percaya kepada Petunjuk yang diturunkan Allah. Akan tetapi, selepas manusia menjadi tidak percaya, ia akan berlepas diri daripada mereka, kerana takut kepada Allah. Firman-Nya,
"Persamaan syaitan, apabila ia berkata kepada manusia, 'Jangan percaya'; kemudian apabila dia tidak percaya, ia berkata, 'Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semua alam.'" (59:16)
Sesetengah manusia digoda, oleh makhluk daripada golongan manusia dan jin yang jahat itu, setelah mereka mendapat petunjuk, lalu menjadi kebingungan walaupun mereka mempunyai kawan yang menyeru kepada Petunjuk Allah yang benar, serta tunduk patuh kepada-Nya. Firman Allah,
"'adakah kita akan dikembalikan di atas tumit-tumit kita setelah Allah memberi petunjuk kepada kita? Seperti orang yang digoda hingga kebingungan di bumi oleh syaitan-syaitan, walaupun dia mempunyai teman-teman yang menyerunya kepada petunjuk, "Datanglah kepada kami!"' Katakanlah, 'Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar, dan kita diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam,'" (6:71).
Sementara yang lain, dikuasainya pula sehingga melupakan Peringatan Allah, lantas tergolong dalam golongannya (syaitan), di samping terdapat yang lain yang dihasutnya sampai menjadi murtad setelah Petunjuk menjadi jelas. Firman-Nya,
"Syaitan telah menguasai mereka, dan menjadikan mereka melupakan Peringatan Allah. Mereka itu golongan syaitan; sesungguhnya golongan syaitan, merekalah orang-orang yang rugi!" (58:19)
"Orang-orang yang kembali (murtad) ke belakang mereka setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka." (47:25)
Dengan itu difahamkan bahawa golongan syaitan mempunyai angan-angan yang panjang, mungkin mengenai Syurga, bidadari, mahligai dan sebagainya.
Menyesatkan
Sesungguhnya, syaitan menyesatkan manusia daripada Peringatan, atau ayat-ayat al-Qur'an, yang datang kepada mereka. Sebagai ganti, dipenuhinya mereka dengan khayalan, seperti apa yang diangan-angankan dengan panjang tadi. Firman-Nya,
"Sesungguhnya dia menyesatkan aku daripada Peringatan setelah ia datang kepadaku; syaitan adalah pengabai manusia." (25:29)
"Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan," (4:119).
Pengabai manusia itu juga menyesatkan orang-orang yang tidak menghakimkan menurut apa yang diturunkan Allah dalam perselisihan mereka, namun, mendakwa percaya kepada ayat-ayat-Nya. Firman Allah,
"Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang mendakwa bahawa mereka percaya kepada apa yang diturunkan kepada kamu, dan apa yang diturunkan sebelum kamu, menghendaki untuk berhakimkan kepada Thagut dalam perselisihan mereka, dan sungguh, mereka diperintah supaya tidak mempercayainya, tetapi syaitan menghendaki untuk menyesatkan mereka dalam kesesatan yang jauh." (4:60)
Mengundang syaitan
Tindakan manusia yang tidak wajar terhadap ayat-ayat Allah, seperti mencampakkannya atau membutakan diri terhadapnya, akan mengundang kehadiran syaitan, yang akan mengikutinya, atau menjadi teman yang dipercayai, untuk menghalang mereka daripada jalan Allah. Di samping itu, mereka menyangka diri-diri mereka sudah mendapat petunjuk. Firman-Nya,
"Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang kepadanya Kami telah memberikan ayat-ayat Kami, tetapi dia mencampakkannya, dan syaitan mengikutinya, dan dia menjadi antara orang-orang yang bersalah." (7:175)
"Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan mereka menghalangi mereka daripada jalan, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk," (43:36-37).
Tindakan membantah mengenai Allah dengan tanpa pengetahuan, seperti membantah ayat-ayat-Nya tanpa membaca al-Qur'an, adalah sebenarnya mengikuti setiap syaitan yang derhaka. Firman-Nya
"Dan antara manusia ada orang yang membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, dan mengikuti setiap syaitan yang derhaka." (22:3)
Dan, tindakan manusia untuk tidak mengikuti dapatan para penyelidik yang berpengetahuan, turut mengundang kehadiran syaitan yang akan menjadi ikutan dalam sesuatu perkara. Firman-Nya,
"orang-orang antara mereka yang ditugaskan untuk menyelidikinya, tentu akan mengetahuinya. Dan sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu kamu akan mengikuti syaitan, kecuali sedikit." (4:83)
Para penyelidik yang dimaksudkan itu adalah mengenai ketenteraman awam. Sekiranya mereka tidak dituruti maka syaitanlah yang ditaati.
Nabi dan Rasul
Nabi dan Rasul diganggu syaitan. Tatkala mereka berkhayal, syaitan menyelitkan sesuatu pada khayalan mereka. Tentu sekali khayalan itu adalah atas ayat-ayat Allah, kerana Dia seterusnya mengatakan tetap akan menentukan ayat-ayat-Nya. Firman Allah,
"Kami tidak mengutus seseorang rasul, dan tidak juga seseorang Nabi sebelum kamu, melainkan bahawa apabila dia berkhayal, syaitan melemparkan ke dalam khayalannya; tetapi Allah menghapuskan apa yang dilempar syaitan, kemudian Allah menentukan ayat-ayat-Nya; Allah Mengetahui, Bijaksana." (22:52)
Antara mereka yang diganggu syaitan, menurut cerita daripada al-Qur'an, adalah Adam dan isteri, dan dua orang Nabi. Adam dan isteri berjaya digelincirkannya dari Taman. Firman Allah,
"Kemudian syaitan menggelincirkan mereka daripadanya, dan mengeluarkan mereka dari dalam apa yang mereka berada." (2:36)
Nabi Yusuf telah dipisahkan daripada keluarganya oleh syaitan, dan ketika baginda di penjara, syaitan telah membuat orang yang diselamatkan daripada hukuman lupa untuk menyebut mengenainya, lalu baginda tinggal di penjara dengan masa tambahan. Firman-Nya,
"dan Dia mendatangkan kamu dari gurun setelah syaitan menyelisihkan antara saya (Nabi Yusuf) dan saudara saya." (12:100)
"Kemudian dia (Nabi Yusuf) berkata kepada orang yang dia menyangka bahawa dia akan diselamatkan antara keduanya, 'Ingatkanlah (sebutlah) aku kepada pemelihara kamu.' Tetapi syaitan menjadikan dia lupa untuk menyebutkannya kepada pemeliharanya, supaya dia tetap di dalam penjara selama beberapa tahun." (12:42)
Dan Nabi Ayub, disentuh syaitan dengan keletihan dan azab. Firman-Nya,
"Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub; apabila dia memanggil Pemeliharanya, 'Sesungguhnya syaitan menyentuhku dengan keletihan dan azab.'" (38:41)
Bapa-bapa disentuh syaitan
Sedangkan Nabi disentuh syaitan apatah lagi bapa-bapa atau nenek moyang manusia hari ini. Sesetengah mereka, setelah disentuh syaitan, dapat ditundukkan pula. Namun, keturunan mereka masih berdegil dan terus mengikuti agama mereka (yang dicemari syaitan), sambil menolak apa yang diturunkan Allah. Firman-Nya,
"Dan apabila dikatakan kepada mereka, 'Ikutlah apa yang Allah menurunkan', mereka berkata, 'Tidak, tetapi kami mengikuti apa yang kami mendapati pada bapa-bapa kami.' Apa? Walaupun syaitan menyeru mereka kepada azab yang menyala?" (31:21)
Kaum dihancurkan
Makhluk daripada golongan manusia dan jin yang jahat itu telah menghancurkan beberapa kaum pada zaman dahulu. Antara yang selalu disebut di dalam al-Qur'an adalah Ad dan Tsamud, yang amalan buruk mereka dijadikan indah dipandang, walaupun mereka telah melihat ayat-ayat-Nya dengan jelas. Firman Allah,
"Dan Ad, dan Tsamud - telah menjadi nyata bagi kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka; dan syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan menghalangi mereka daripada jalan, walaupun mereka adalah orang-orang yang melihat dengan jelas." (29:38)
Menghalangi
Kaum Ad dan Tsamud telah dihalang daripada jalan Allah, atau ayat-ayat-Nya. Lantaran itu, Allah berpesan agar syaitan tidak diberi peluang untuk menghalangi manusia daripada jalan tersebut, dan daripada mengingati-Nya, dan solat. Firman Allah,
"Janganlah syaitan menghalangi kamu; ia, bagi kamu, musuh yang nyata." (43:62)
"Dan mereka (syaitan) menghalangi mereka daripada jalan, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk," (43:37)
"Syaitan hanya menghendaki ..... dan untuk menghalangi kamu daripada mengingat Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti (daripada arak)?" (5:91)
Cubaan
Apa yang syaitan datangkan adalah cubaan, terutama bagi orang-orang yang di dalam hati ada penyakit (seperti ragu-ragu terhadap ayat-ayat Allah), dan mereka yang keras hati (terhadap ayat-ayat Allah). Firman-Nya,
"Supaya Dia membuatkan, apa yang syaitan melemparkan, satu cubaan bagi orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang hati mereka keras," (22:53).
Perbuatan syaitan
Kejahatan syaitan terhadap ayat-ayat Allah, seperti membuat manusia tidak percaya kepadanya, melupakannya, dan menghalanginya sudah dimaklumkan. Perbuatan syaitan selanjutnya adalah banyak. Daripada semakan ke atas ayat-ayat yang mengandungi perkataan syaitan di dalam al-Qur'an, enam belas lagi perbuatan syaitan dapat dikesan, seperti berikut:
1. Cadangan jahat:
"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan," (23:97).
Beberapa contoh cadangan jahat syaitan turut dinyatakan dalam senarai ini.
2. Meyucuk orang tidak percaya:
"Tidakkah kamu melihat bagaimana Kami mengutus syaitan-syaitan terhadap orang-orang yang tidak percaya (kepada ayat-ayat Allah) untuk menyucuk mereka, dengan cucukan?" (19:83)
3. Menyuruh pada kesumbangan dan mungkar:
"sesungguhnya ia (syaitan) menyuruh pada kesumbangan dan mungkar," (24:21).
4. Menyebabkan permusuhan dan kebencian:
"Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi." (5:91)
5. Menghasut dan memanjangkan angan-angan:
"Orang-orang yang kembali (murtad) ke belakang mereka setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka." (47:25)
6. Provokasi:
"Jika suatu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dia Mendengar, Mengetahui." (7:200)
Provokasi yang dibuat oleh syaitan adalah seperti mengucapkan perkataan yang tidak baik.
"Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan membuat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia." (17:53)
7. Makanan dan minuman:
"Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu." (2:168)
Satu daripada langkah syaitan dalam hal makanan adalah mengharamkan apa yang tidak diharamkan Allah. Atau, menghalalkan sejenis minuman kotor, yang menjadi amalannya.
"Wahai orang-orang yang percaya, arak, dan judi, dan berhala-berhala, dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung." (5:90)
8. Riba (sila rujuk di sini):
"Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan," (2:275).
9. Pembicaraan rahsia:
Untuk membuat orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Allah menjadi sedih, golongan syaitan akan mengadakan pembicaraan rahsia.
"Pembicaraan rahsia adalah daripada syaitan, supaya orang-orang yang percaya bersedih; tetapi ia tidak memudaratkan mereka sedikit pun, kecuali dengan izin Allah, dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal)." (58:10)
10. Mengubah ciptaan Allah:
Syaitan mewahyukan pelbagai suruhan untuk diamalkan manusia, termasuk mengubah ciptaan-Nya.
"Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan menyuruh mereka dan mereka akan memotong telinga binatang ternak; aku akan menyuruh mereka dan mereka akan mengubahi ciptaan Allah," (4:119)
11. Mengajar sihir:
"Dan mereka mengikuti apa yang syaitan-syaitan membacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir," (2:102).
12. Peperangan:
Dalam peperangan, syaitan membuat manusia lari daripadanya, menakut-nakutkan mereka, dan mengaku jiran tetapi melarikan diri setelah melihat musuh, kerana takut kepada Allah.
"Orang-orang antara kamu yang berpaling pada hari dua kumpulan bertemu, syaitan menggelincirkan mereka kerana sebahagian apa yang mereka mengusahakan," (3:155).
"Itu adalah syaitan yang menakut-nakutkan wali-walinya (sahabat-sahabatnya), maka janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, jika kamu orang-orang mukmin." (3:175)
"Dan apabila syaitan menampakkan amalan-amalan mereka indah bagi mereka, dan berkata, 'Pada hari ini, tiada manusia akan menang terhadap kamu kerana aku jiran kamu.' Tetapi apabila kedua-dua pasukan berlihat-lihatan, ia berundur di atas tumit-tumitnya, dengan berkata, 'Aku berlepas diri daripada kamu, kerana aku melihat apa yang kamu tidak melihat. Aku takut kepada Allah; dan Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.'" (8:48)
13. Janji:
Syaitan berjanji dengan banyak kepada manusia supaya mereka berkhayal. Ada juga yang ditakutkan menjadi miskin jika bernafkah (berbelanja di jalan-Nya). Semua janji syaitan adalah tipuan sahaja. Firman-Nya,
"Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan (dalam memberi nafkah), dan menyuruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah menjanjikan kamu keampunan-Nya dan pemberian-Nya; dan Allah Merangkumi, Mengetahui." (2:268)
"Ia menjanjikan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, tetapi tiadalah yang syaitan menjanjikan mereka melainkan tipuan." (4:120)
Di akhirat, syaitan mengaku memungkiri janjinya kerana ia tidak berkuasa. Katanya, ia menyeru sahaja, tetapi manusia menyahutinya pula. Firman Allah,
"Dan syaitan berkata, apabila perkara telah diputuskan, 'Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu satu janji yang benar; dan aku menjanjikan kamu, kemudian aku memungkiri kamu, kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku menyeru kamu, dan kamu menyahuti aku.'" (14:22)
14. Nampak indah:
Makhluk yang jahat daripada golongan manusia dan jin itu, yang menjadi pelindung manusia pada hari ini, mampu untuk membuat amalan buruk manusia menjadi indah dipandang, kerana manusia bersifat tidak merendahkan diri dan keras hati terhadap ayat-ayat-Nya. Firman-Nya,
"Kalaulah, apabila bencana Kami datang kepada mereka, mereka merendahkan diri! Tetapi hati mereka keras, dan syaitan menampakkan indah bagi mereka apa yang mereka buat." (6:43)
"Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus kepada umat-umat yang sebelum kamu, tetapi syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka; ia adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang pedih." (16:63)
15. Sangka dapat petunjuk:
Manusia yang mengambil syaitan sebagai wali atau sahabat akan menyangka mendapat petunjuk. Seperti itu pun orang-orang yang membutakan diri daripada ayat-ayat Allah. Firman-Nya,
"Segolongan Dia memberi petunjuk, dan segolongan wajar dengan kesesatan; mereka mengambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali (sahabat-sahabat), selain daripada Allah, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk." (7:30)
"Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan mereka menghalangi mereka daripada jalan, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk." (43:36-37)
16. Lupa:
Kisah syaitan membuat orang lupa di dalam al-Qur'an ada beberapa, termasuk Nabi Musa yang melupakan ikannya, atau Nabi Yusuf yang telah disebut terlebih dahulu. Ayat di bawah pula menyentuh mengenai orang-orang yang mempermainkan ayat-ayat Allah yang Dia menyuruh supaya dipalingkan, dan tidak duduk bersama mereka. Syaitan mampu membuat manusia melupakan suruhan tersebut.
"Apabila kamu melihat orang-orang yang terjun pada ayat-ayat Kami, berpalinglah daripada mereka sehingga mereka terjun pada hadis (pembicaraan) yang lain; dan, jika syaitan menjadikan kamu lupa, janganlah duduk setelah teringat bersama kaum yang zalim." (6:68)
Sahabat syaitan
Syaitan mempunyai ramai sahabat di kalangan manusia. Orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah dan yang membutakan diri daripadanya adalah antara lima yang disenaraikan di bawah ini:
1. Tidak percaya:
"Kami membuatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang yang tidak mempercayai," (7:27)
2. Membutakan diri:
"Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai," (43:36)
3. Nafkah untuk menunjuk-nunjuk:
"Orang-orang yang menafkahkan harta mereka untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan mereka tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir. Sesiapa yang mempunyai syaitan untuk teman yang dipercayai, maka ia adalah teman dipercayai yang jahat," (4:38).
4. Boros:
"Orang-orang yang boros adalah teman syaitan, dan syaitan tidak berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya." (17:27)
5. Penyamar:
Penyamar di dalam ayat berikut adalah pendusta yang mendengar ayat-ayat Allah, mengaku percaya, tetapi sebenarnya tidak.
"Bolehkah aku memberitahu kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan turun? Mereka turun kepada tiap-tiap penyamar yang bersalah. Mereka mendengar, tetapi kebanyakan mereka adalah pendusta-pendusta." (26:221-223)
"Apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang percaya, mereka berkata, 'Kami percaya', tetapi apabila mereka menyendiri kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata, 'Kami bersama kamu; kami hanyalah orang-orang yang berolok-olok.'" (2:14)
Langkah syaitan
Setelah mengetahui langkah-langkah syaitan, atau perbuatan-perbuatannya, Allah melarang manusia daripada mengikuti mereka. Larangan Allah diambil berat. Firman-Nya,
"Wahai orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu." (2:208)
Wali
Makhluk yang jahat itu diambil pula sebagai wali, atau pelindung, untuk menggantikan Allah, oleh sesetengah manusia. Firman Allah,
"ia (syaitan) adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang pedih." (16:63)
"Sesiapa yang mengambil syaitan untuknya sebagai wali (pelindung), menggantikan Allah, dia menderita satu kerugian yang nyata, serugi-ruginya." (4:119)
Mungkin ada yang tidak menyedarinya, sebab tidak mengetahui bahawa syaitan itu adalah manusia juga, tetapi dianggap suci oleh sesetengah orang, lalu mereka mengambilnya sebagai wali.
Ditaati, disekutu, diseru, disembah
Yang direjam itu seterusnya didapati ditaati serta disekutukan dengan Allah, diseru, dan disembah oleh manusia. Firman-Nya,
"dan jika kamu mentaati mereka (syaitan-syaitan), kamulah orang-orang yang menyekutukan." (6:121)
"Tiadalah yang mereka seru selain daripada Dia melainkan perempuan; dan tiadalah mereka seru melainkan syaitan yang derhaka," (4:117).
"Tidakkah Aku membuat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak menyembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu," (36:60).
Mentaati syaitan bermakna menyekutukan Allah. Sekutu Allah diseru dan sembah, sama ada disedari atau tidak. Pada Hari Kiamat, terdapat antara mereka yang tidak percaya telah dipersekutukan dengan Allah oleh pemuja-pemujanya. Firman Allah,
"Aku tidak percaya kepada persekutuan aku dengan Allah daripada kamu dari dahulu." (14:22)
Direjam, dipanggang
Syaitan tidak boleh pergi jauh di langit kerana akan direjam. Kerana itu, mereka ditutup daripada rahsia-rahsia yang tersembunyi di sana. Di akhirat, mereka disediakan azab yang Menyala dan dipanggang bersama golongan manusia yang memandang rendah kepada Ar-Rahman sepertinya, setelah kesemua manusia dan syaitan diarak di sekeliling Jahanam. Firman-Nya,
"Dan Kami menghiasi langit dunia dengan pelita-pelita, dan membuatnya untuk merejam syaitan-syaitan; dan Kami menyediakan bagi mereka azab yang Menyala." (67:5)
"Demi Pemelihara kamu, sungguh Kami akan mengumpulkan mereka (manusia), dan syaitan-syaitan, kemudian Kami mengarakkan mereka di sekeliling Jahanam dengan melutut. Kemudian Kami menarik keluar daripada tiap-tiap golongan sesiapa antara mereka yang sangat keras dalam memandang rendah kepada Yang Pemurah. Kemudian Kami sangat mengetahui orang-orang yang paling patut dipanggang di dalamnya." (19:68-70)
Takwa
Kunjungan syaitan dapat dikesan oleh orang-orang yang bertakwa, iaitu yang takut kepada Allah dengan menuruti ayat-ayat-Nya, dan satu-satunya golongan yang akan masuk Syurga. Apabila mereka disentuh syaitan, mereka ingat, dan kemudian, mereka nampak (kejahatannya). Firman-Nya,
"Orang-orang yang bertakwa, apabila kunjungan syaitan menyentuh mereka, mereka ingat, dan kemudian melihat." (7:201)
Lantas, manusia berlumba-lumba untuk menjadi orang-orang yang ingat dan bertakwa. (Sila rujuk Syurga dan Orang Bertakwa. Terima kasih.)
Isi kandungan tajuk syaitan di sini berdasarkan ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan syaitan. Ayat-ayat tersebut tidak datang dari syaitan kerana ia tidak membawanya turun, dan lagi, al-Qur'an adalah bukan ucapan syaitan yang direjam. Demikian kata-kata Allah:
"Tidaklah oleh syaitan-syaitan ia (al-Qur'an) dibawa turun," (26:210).
"Dan ia (al-Qur'an) bukanlah ucapan syaitan yang direjam." (81:25)
Ayat kedua di atas adalah yang terakhir mengandungi perkataan syaitan di dalam al-Qur'an. Dengan peringatan yang terkandung di dalam ayat tersebut, maka pengenalan kepada syaitan yang sebenar, di sini, berakhir.

Penulis Bacaan
Oktober 2003
Kalimat syaitan di dalam al-Qur'an

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "syaitan" (menurut kronologi) adalah:

2:14. Apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang percaya, mereka berkata, "Kami percaya", tetapi apabila mereka menyendiri kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata, "Kami bersama kamu; kami hanyalah orang-orang yang berolok-olok."
2:36. Kemudian syaitan menggelincirkan mereka daripadanya, dan mengeluarkan mereka dari dalam apa yang mereka berada, dan Kami berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, dan di bumi sebuah tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk suatu waktu."
(kisah Adam dan isteri digelincirkan syaitan)
2:102. Dan mereka mengikuti apa yang syaitan-syaitan membacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir, dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Babil, Harut dan Marut; mereka tidak mengajar seseorang tanpa mereka berkata, "Kami hanyalah cubaan, janganlah kamu tidak percaya (kafir)." Daripada mereka, mereka belajar bagaimana mereka boleh memecahkan seorang lelaki dan isterinya, tetapi mereka tidak dapat memudaratkan seseorang dengannya, melainkan dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari apa yang memudaratkan mereka, dan tidak bermanfaat kepada mereka, dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia tidak ada bahagian di akhirat; buruknya apa yang mereka menjual diri-diri mereka dengannya, jika mereka mengetahui.
(syaitan mengajar sihir, memecahkan pasangan, apa yang tidak bermanfaat; tiada bahagian di akhirat)
2:168. Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
2:208. Wahai orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
2:268. Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan, dan menyuruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah menjanjikan kamu keampunan-Nya dan pemberian-Nya; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.
(syaitan larang memberi nafkah yang Tuhan janjikan keampunan dan pemberian-Nya; ia juga menyuruh membuat kesumbangan)
2:275. Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu ialah kerana mereka mengatakan, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa mengulanginya, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
(syaitan dan riba)
3:36. Dan apabila dia melahirkannya, dia berkata, "Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang anak perempuan." Allah sangat mengetahui apa yang dia melahirkan, dan bukanlah anak lelaki seperti anak perempuan, "Dan aku menamakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam."
(doa setelah melahirkan anak, mohon diperlindungkan daripada syaitan)
3:155. Orang-orang antara kamu yang berpaling pada hari dua kumpulan bertemu, syaitan menggelincirkan mereka kerana sebahagian apa yang mereka mengusahakan, tetapi Allah memaafkan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Penyantun.
(berpaling dalam peperangan)
3:175. Itu adalah syaitan yang menakut-nakutkan wali-walinya (sahabat-sahabatnya), maka janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, jika kamu orang-orang mukmin.
(syaitan menakut-nakutkan)
4:38. Orang-orang yang menafkahkan harta mereka untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan mereka tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir. Sesiapa yang mempunyai syaitan untuk teman yang dipercayai, maka ia adalah teman dipercayai yang jahat.
(nafkah untuk menunjuk-nunjuk)
4:60. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang mendakwa bahawa mereka percaya kepada apa yang diturunkan kepada kamu, dan apa yang diturunkan sebelum kamu, menghendaki untuk berhakimkan kepada Thagut dalam perselisihan mereka, dan sungguh, mereka diperintah supaya tidak mempercayainya, tetapi syaitan menghendaki untuk menyesatkan mereka dalam kesesatan yang jauh.
(syaitan menyesatkan dengan berhakimkan kepada selain al-Quran)
4:76. Orang-orang yang percaya berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang tidak percaya berperang di jalan Thagut. Maka perangilah wali-wali (sahabat-sahabat) syaitan; sesungguhnya muslihat syaitan lemah.
4:83. Apabila datang kepada mereka suatu urusan, sama ada daripada keamanan atau ketakutan, mereka menyiarkannya; dan jika mereka mengembalikannya kepada rasul, dan kepada orang-orang yang dalam urusan mereka, orang-orang antara mereka yang ditugaskan untuk menyelidikinya, tentu akan mengetahuinya. Dan sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu kamu akan mengikuti syaitan, kecuali sedikit.
(ikut penyelidik atau syaitan)
4:117. Tiadalah yang mereka seru selain daripada Dia melainkan perempuan; dan tiadalah mereka seru melainkan syaitan yang derhaka,
4:119. Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan menyuruh mereka dan mereka akan memotong telinga binatang ternak; aku akan menyuruh mereka dan mereka akan mengubahi ciptaan Allah." Sesiapa yang mengambil syaitan untuknya sebagai wali (pelindung), menggantikan Allah, dia menderita satu kerugian yang nyata, serugi-ruginya.
4:120. Ia menjanjikan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, tetapi tiadalah yang syaitan menjanjikan mereka melainkan tipuan.
5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak, dan judi, dan berhala-berhala, dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.
5:91. Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk menghalangi kamu daripada mengingat Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?
(sebahagian daripada amalan syaitan)
6:43. Kalaulah, apabila bencana Kami datang kepada mereka, mereka merendahkan diri! Tetapi hati mereka keras, dan syaitan menampakkan indah bagi mereka apa yang mereka buat.
6:68. Apabila kamu melihat orang-orang yang terjun pada ayat-ayat Kami, berpalinglah daripada mereka sehingga mereka terjun pada hadis (pembicaraan) yang lain; dan, jika syaitan menjadikan kamu lupa, janganlah duduk setelah teringat bersama kaum yang zalim.
(jadikan lupa)
6:71. Katakanlah, "Adakah kita akan menyeru, selain daripada Allah, sesuatu yang tidak bermanfaat, dan tidak juga memudaratkan kita, dan adakah kita akan dikembalikan di atas tumit-tumit kita setelah Allah memberi petunjuk kepada kita? Seperti orang yang digoda hingga kebingungan di bumi oleh syaitan-syaitan, walaupun dia mempunyai teman-teman yang menyerunya kepada petunjuk, 'Datanglah kepada kami!'" Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar, dan kita diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam,
(menggoda hingga membingungkan daripada petunjuk Allah)
6:112. Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan.
(2 jenis syaitan - jin dan manusia; ucapan indah; mengada-adakan dalam agama)
6:121. Dan janganlah makan apa yang padanya nama Allah tidak disebut; ia adalah kefasiqan. Syaitan-syaitan mewahyukan wali-wali (sahabat-sahabat) mereka untuk membantah kamu, dan jika kamu mentaati mereka, kamulah orang-orang yang menyekutukan.
6:142. Dan daripada binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk disembelih, makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
7:20. Kemudian syaitan membisikkan kepada mereka, untuk menampakkan kepada mereka apa yang disembunyikan daripada mereka, bahagian-bahagian aib mereka. Berkata, "Pemelihara kamu melarang kamu daripada pokok ini hanya supaya kamu menjadi malaikat-malaikat, atau kamu menjadi makhluk-makhluk yang hidup berkekalan."
(kisah Adam dan isteri)
7:22. Maka ia membujuk mereka dengan tipuan; dan apabila mereka merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka menjadi nyata kepada mereka, lalu mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Pemelihara mereka memanggil mereka, "Tidakkah Aku telah melarang kamu berdua daripada pokok ini, dan berkata kepada kamu, 'Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh yang nyata'?"
7:27. Wahai Bani Adam, janganlah syaitan menggoda kamu sebagaimana ia mengeluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk memperlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka. Kami membuatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang yang tidak mempercayai.
7:30. Segolongan Dia memberi petunjuk, dan segolongan wajar dengan kesesatan; mereka mengambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali (sahabat-sahabat), selain daripada Allah, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk."
(syaitan sebabagi sahabat; sangka dapat petunjuk)
7:175. Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang kepadanya Kami telah memberikan ayat-ayat Kami, tetapi dia mencampakkannya, dan syaitan mengikutinya, dan dia menjadi antara orang-orang yang bersalah.
(syaitan ikut orang yang mencampakkan ayat-ayat Allah)
7:200. Jika suatu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dia Mendengar, Mengetahui.
(syaitan dan provokasi)
7:201. Orang-orang yang bertakwa, apabila kunjungan syaitan menyentuh mereka, mereka ingat, dan kemudian melihat.
8:11. Apabila menjadikan tidur nyenyak menutupi kamu sebagai keamanan daripada-Nya, dan menurunkan kepada kamu air dari langit untuk membersihkan kamu dengannya, dan untuk menghilangkan daripada kamu kecemaran syaitan, dan untuk menguatkan hati kamu, dan untuk memperteguhkan kaki kamu dengannya.
8:48. Dan apabila syaitan menampakkan amalan-amalan mereka indah bagi mereka, dan berkata, "Pada hari ini, tiada manusia akan menang terhadap kamu kerana aku jiran kamu." Tetapi apabila kedua-dua pasukan berlihat-lihatan, ia berundur di atas tumit-tumitnya, dengan berkata, "Aku berlepas diri daripada kamu, kerana aku melihat apa yang kamu tidak melihat. Aku takut kepada Allah; dan Allah keras dalam pembalasan sewajarnya."
12:5. Dia berkata, "Wahai anakku, janganlah menceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu supaya mereka tidak membuat muslihat terhadap kamu dengan tipu muslihat. Sesungguhnya syaitan, kepada manusia, adalah musuh yang nyata.
(kisah Nabi Yusuf)
12:42. Kemudian dia (Nabi Yusuf) berkata kepada orang yang dia menyangka bahawa dia akan diselamatkan antara keduanya, "Ingatkanlah (sebutlah) aku kepada pemelihara kamu." Tetapi syaitan menjadikan dia lupa untuk menyebutkannya kepada pemeliharanya, supaya dia tetap di dalam penjara selama beberapa tahun.
12:100. Dan dia (Nabi Yusuf) menaikkan ibu dan bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, "Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia mengeluarkan saya dari penjara, dan Dia mendatangkan kamu dari gurun setelah syaitan menyelisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.
14:22. Dan syaitan berkata, apabila perkara telah diputuskan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu satu janji yang benar; dan aku menjanjikan kamu, kemudian aku memungkiri kamu, kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku menyeru kamu, dan kamu menyahuti aku. Maka janganlah kamu mencela aku, tetapi celalah diri kamu sendiri; aku tidak dapat menolong kamu, dan tidak juga kamu dapat menolong aku. Aku tidak percaya kepada persekutuan aku dengan Allah daripada kamu dari dahulu." Bagi orang-orang yang zalim, bagi mereka, azab yang pedih.
(syaitan jenis manusia dipersekutukan di dunia)
15:17. Dan menjaga mereka daripada tiap-tiap syaitan yang direjam.
('mereka' - gugusan bintang)
16:63. Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus kepada umat-umat yang sebelum kamu, tetapi syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka; ia adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang pedih.
16:98. Apabila kamu membaca Al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
(mohon perlindungan daripada syaitan)
17:27. Orang-orang yang boros adalah teman syaitan, dan syaitan tidak berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya.
(boros teman syaitan)
17:53. Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan membuat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.
(ucapan buruk; provokasi)
17:64. Dan kejutlah sesiapa antara mereka yang kamu boleh dengan suara kamu, dan kumpulkanlah terhadap mereka pasukan berkuda kamu dan pasukan kamu yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka dalam harta mereka dan anak-anak mereka, dan janjikanlah mereka!" Tetapi syaitan tidak menjanjikan mereka kecuali tipuan.
18:63. Berkata, "Apa pendapat kamu? Tatkala kita mengambil perlindungan di batu, lalu aku melupakan ikan; dan hanya syaitanlah yang membuat aku melupakannya, supaya aku tidak mengingatinya; dan ia mengambil jalannya ke laut dengan cara yang menakjubkan."
19:44. Ayah, janganlah menyembah syaitan; sesungguhnya syaitan adalah penentang Yang Pemurah.
19:45. Ayah, aku takut bahawa sebahagian azab daripada Yang Pemurah akan menyentuh kamu supaya kamu menjadi wali (sahabat) syaitan."
19:68. Demi Pemelihara kamu, sungguh Kami akan mengumpulkan mereka, dan syaitan-syaitan, kemudian Kami mengarakkan mereka di sekeliling Jahanam dengan melutut.
(syaitan turut berarak)
19:83. Tidakkah kamu melihat bagaimana Kami mengutus syaitan-syaitan terhadap orang-orang yang tidak percaya untuk menyucuk mereka, dengan cucukan?
(dihantar kepada orang tidak percaya)
20:120. Kemudian syaitan membisikkan kepadanya, dengan berkata, "Wahai Adam, bolehkah aku menunjukkan kepada kamu Pokok Yang Berkekalan, dan sebuah kerajaan yang tidak binasa?"
21:82. Dan daripada syaitan-syaitan, sebahagian menyelam untuknya dan membuat amalan yang lain di samping itu; dan Kamilah yang menjaga mereka.
(syaitan zaman Nabi Sulaiman - penyelam)
22:3. Dan antara manusia ada orang yang membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, dan mengikuti setiap syaitan yang derhaka.
(membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan)
22:52. Kami tidak mengutus seseorang rasul, dan tidak juga seseorang Nabi sebelum kamu, melainkan bahawa apabila dia berkhayal, syaitan melemparkan ke dalam khayalannya; tetapi Allah menghapuskan apa yang dilempar syaitan, kemudian Allah menentukan ayat-ayat-Nya; Allah Mengetahui, Bijaksana.
(rasul, nabi dengan khayalan daripada syaitan)
22:53. Supaya Dia membuatkan, apa yang syaitan melemparkan, satu cubaan bagi orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang hati mereka keras; dan sesungguhnya orang-orang yang zalim adalah dalam perpecahan yang jauh.
23:97. Dan katakanlah, "Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan,
23:98. Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku."
(doa mohon perlindungan daripada syaitan yang sebenar)
24:21. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia menyuruh pada kesumbangan dan mungkar. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu dan pengasihan-Nya, tentu tiada seorang pun antara kamu yang menjadi suci selama-lamanya; tetapi Allah menyucikan siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Mendengar, Mengetahui.
25:29. Sesungguhnya dia menyesatkan aku daripada Peringatan setelah ia datang kepadaku; syaitan adalah pengabai manusia."
(menyesatkan daripada al-Quran; pengabai manusia)
26:210. Tidaklah oleh syaitan-syaitan ia (al-Qur'an) dibawa turun,
26:221. Bolehkah aku memberitahu kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan turun?
26:222. Mereka turun kepada tiap-tiap penyamar yang berdosa.
26:223. Mereka mendengar, tetapi kebanyakan mereka adalah pendusta-pendusta.
27:24. Aku mendapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia menghalangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak mendapat petunjuk,
(nampakkan amalan indah; halang jalan Allah)
28:15. Dan dia (Nabi Musa) masuk ke kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia mendapati di dalamnya dua orang lelaki sedang bergaduh; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan yang lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya meminta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan menentukannya (mematikannya), dan berkata, "Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata."
29:38. Dan Ad, dan Tsamud - telah menjadi nyata bagi kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka; dan syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan menghalangi mereka daripada jalan, walaupun mereka adalah orang-orang yang melihat dengan jelas.
31:21. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah menurunkan", mereka berkata, "Tidak, tetapi kami mengikuti apa yang kami mendapati pada bapa-bapa kami." Apa? Walaupun syaitan menyeru mereka kepada azab yang menyala?
(ikut bapa-bapa, tidak mahu ikut al-Qur'an)
35:6. Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi di kalangan orang-orang Menyala.
36:60. Tidakkah Aku membuat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak menyembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu,
37:7. Dan untuk menjaga daripada setiap syaitan yang derhaka.
37:65. Seludang-seludangnya seperti kepala-kepala syaitan,
38:37. Dan syaitan-syaitan, tiap-tiap ahli binaan dan penyelam,
38:41. Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub; apabila dia memanggil Pemeliharanya, "Sesungguhnya syaitan menyentuhku dengan keletihan dan azab."
41:36. Jika satu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
(provokasi)
43:36-37. Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan mereka menghalangi mereka daripada jalan, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk,
(syaitan adalah teman baik orang yang membutakan diri daripada al-Qur'an, dan ia membuat orang itu menyangka mendapat petunjuk)
43:62. Janganlah syaitan menghalangi kamu; ia, bagi kamu, musuh yang nyata.
47:25. Orang-orang yang kembali (murtad) ke belakang mereka setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka.
(syaitan hasut sampai murtad dengan angan-angan)
58:10. Pembicaraan rahsia adalah daripada syaitan, supaya orang-orang yang percaya bersedih; tetapi ia tidak memudaratkan mereka sedikit pun, kecuali dengan izin Allah, dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal).
(pembicaraan rahsia)
58:19. Syaitan telah menguasai mereka, dan menjadikan mereka melupakan Peringatan Allah. Mereka itu golongan syaitan; sesungguhnya golongan syaitan, merekalah orang-orang yang rugi!
(melupakan ayat Allah - golongan syaitan)
59:16. Persamaan syaitan, apabila ia berkata kepada manusia, "Jangan percaya"; kemudian apabila dia tidak percaya, ia berkata, "Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semua alam."
(suruh manusia jangan percaya)
67:5. Dan Kami menghiasi langit dunia dengan pelita-pelita, dan membuatnya untuk merejam syaitan-syaitan; dan Kami menyediakan bagi mereka azab yang Menyala.
81:25. Dan ia (al-Qur'an) bukanlah ucapan syaitan yang direjam.

Najib tidak terkejut




Oleh ARIFFIN NORDIN
dan MOHD. FAIRUZ YUSOF
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terkejut dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan beliau sebagai pemimpin Islam yang berani kerana melakukan lawatan ke selatan Thailand baru-baru ini.

Beliau berkata, kenyataan Mursyidul Am Pas itu seolah-olah seperti pendulum.

"Kita pelik macam mana dalam tempoh beberapa minggu beliau (Nik Abdul Aziz) telah berubah fikiran dan mengganggap saya sebagai seorang pemimpin dan pejuang Islam yang berani," katanya sambil tersenyum.

Perdana Menteri menambah, sebagai umat Islam tidak boleh ada pandangan serong terhadap mana-mana pemimpin terutama pemimpin Islam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas wawancara mengenai hala tuju Felda tahun 2010 di Parlimen di sini hari ini.

Pada 9 Disember lalu, Najib mengakhiri lawatan ke Thailand di wilayah Narathiwat dengan membuktikan pendirian cukup berani dan komitmen luar biasa Malaysia dalam membantu mencari penyelesaian di wilayah selatan negara itu.

Buat permulaan, Najib menyatakan kesediaan menerima lima guru dari Institut Islam Attakiah, Narathiwat untuk menjalani latihan pembelajaran bahasa Inggeris di institut perguruan di Malaysia.

Lawatan Perdana Menteri ke wilayah bergolak tersebut mendapat reaksi Menteri Besar Kelantan itu dengan menyifatkan Najib sebagai seorang pejuang Islam serta pemimpin yang berani.

Menurut Nik Abdul Aziz, tindakan Perdana Menteri ke selatan Thailand dalam usaha membantu umat Islam di sana adalah satu tugas terpuji dan bersetuju dengan usaha yang dilakukan Presiden UMNO itu.

Pada Hari Raya Aidiladha lalu Nik Abdul Aziz meminta orang ramai berdoa bagi memperbetulkan pemikiran Najib supaya memberikan royalti minyak.

Ini bukan kali pertama beliau membuat seruan tersebut malah dalam kuliah mingguannya pada 18 September lalu, Pesuruhjaya Pas Kelantan itu turut mengetuai bacaan doa khas meminta Allah menurunkan bala kepada Perdana Menteri jika Kerajaan Pusat enggan membayar royalti.

Dalam pada itu ketika ditanya adakah Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang doa kepada Mursyidul Am Pas, beliau tersenyum sambil menyatakan sebagai umat Islam hanya sentiasa mendoakan yang terbaik sahaja.

Nik Aziz tidak konsisten?

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

APAKAH pendirian sebenar Datuk Abdul Aziz Nik Mat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak? Itulah persoalan yang bermain di dalam fikiran banyak pihak apabila secara tiba-tiba pada Khamis lalu, Menteri Besar Kelantan itu memuji keberanian Perdana Menteri melawat wilayah yang bergolak di selatan Thailand pada 9 Disember lalu.
Dalam kenyataan yang dibuat selepas merasmikan "Seminar menjelang 20 tahun kepimpinan ulama membangun bersama Islam negeri Kelantan," di Dewan Konvensyen Pusat Perdagangan Kelantan, Nik Abdul Aziz menyifatkan Najib sebagai pejuang Islam serta pemimpin yang berani.
Malah Mursyidul Am Pas itu juga berkata, tindakan Perdana Menteri ke selatan Thailand minggu lalu dalam usaha membantu umat Islam di sana adalah satu tugas terpuji dan bersetuju dengan usaha yang dilakukan.
Mungkin dari satu segi kita boleh sahaja menerima pujian yang diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepada Najib kerana sememangnya lawatan Perdana Menteri ke Narathiwat bukan sahaja satu sejarah malah satu keberanian luar biasa.
Ini kerana dua hari sebelum ketibaan beliau, puak pemisah melancarkan serangan bom di bandar berkenaan menyebabkan dua orang terbunuh dan lapan cedera.
Tetapi kita tidak harus lupa bahawa di sebalik pujian berkenaan, kita juga berhak untuk bertanya apakah sebenarnya pendirian Nik Abdul Aziz terhadap Najib? Kita tidak harus lupa bahawa sebelum ini beliau sudah tiga kali mengetuai bacaan doa agar Allah menurunkan bala kepada Perdana Menteri. Kali pertama 18 September lalu, kali kedua pada 2 Oktober dan kali ketiga pada 27 November lalu.
Ketika itu Nik Abdul Aziz tidak melihat Najib sebagai pemimpin Islam yang berani, sebaliknya mendakwa bertindak zalim kepada Kelantan berhubung royalti minyak. Selain itu Nik Abdul Aziz dilihat begitu ghairah mengkritik Kerajaan Pusat dan kepimpinan Perdana Menteri dalam banyak isu. Tetapi dalam tempoh dua minggu ini, tiba-tiba pendirian Nik Abdul Aziz berubah dan memuji Najib.
Semua keadaan itu sudah menampakkan dengan jelas bahawa Nik Abdul Aziz semakin tidak konsisten dalam menyatakan pendiriannya. Ini jelas apabila ia menyentuh soal kepentingan politik dalam negeri, Nik Abdul Aziz dilihat akan cuba mencari sebanyak mungkin kelemahan kepimpinan kerajaan dan UMNO, tetapi boleh bertukar fikiran menyokong apabila melihat suatu tindakan yang dilakukan oleh kerajaan mendapat perhatian rakyat.
Nik Abdul Aziz amat memahami bahawa lawatan Najib telah mendapat pujian banyak pihak. Malah penulis yang membuat liputan lawatan berkenaan mendapati, ulama dan umat Islam di wilayah selatan Thailand mengagumi keprihatinan Perdana Menteri kita yang dianggap sanggup mengambil risiko dengan menjejak kaki ke wilayah berkenaan.
Mengulas sikap terbaru Nik Abdul Aziz terhadap Perdana Menteri itu, Penganalisis politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, nyatalah seperti mana yang sering diperkatakan sebelum ini, Nik Abdul Aziz sekali lagi membuktikan betapa beliau seorang yang tidak konsisten dalam sikapnya terhadap sesuatu perkara.
Katanya, setelah menyedari bahawa isu doa balanya mendapat reaksi berupa kecaman dan kritikan pedas, maka beliau terpaksa mencari jalan meredakan keadaan dengan mewujudkan isu baru yang beliau mahu menumpang pujian hasil usaha orang lain.
"Beliau sedar kali ini kalau beliau terus kecam Perdana Menteri di saat Najib diberi sambutan hebat di Narathiwat, beliau mungkin menempa padah," katanya ketika dihubungi.
Apa yang menarik, Mohamed Mustafa bertanya, adakah dengan memuji Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz mampu mengalih perhatian pelbagai isu politik di Kelantan yang masih gagal ditanganinya?
Mungkin pelbagai tafsiran boleh dibuat berhubung pujian Nik Abdul Aziz kepada Najib tetapi apa yang pasti sikap Mursyidul Am Pas itu sejak kebelakangan ini termasuklah doa balanya telah menimbulkan perasaan gelisah di kalangan penyokong parti itu.
Mereka tidak faham apa sebenarnya agenda politik Nik Abdul Aziz yang kadang kala dilihat membuat kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan hubungan dengan Kerajaan Pusat dan pada lain masa pula memuji sikap Perdana Menteri.
"Sepatutnya beliau lebih konsisten berhubung pendiriannya terhadap Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri. Janganlah minggu lalu berdoa diturunkan bala kepada Najib dan minggu ini pula menganggap Perdana Menteri pemimpin Islam yang berani.
"Kenyataan-kenyataan seumpama itu membingungkan ahli-ahli Pas kerana selama ini mereka melihat Nik Abdul Aziz begitu keras dengan Kerajaan Pusat terutamanya UMNO, sebab itulah beliau menentang habis-habisan kerjasama dengan parti itu," kata seorang pemimpin muda Pas dari Kedah ketika dihubungi.
Tidak kiralah apa pun motif di sebalik pujian Nik Abdul Aziz kepada Perdana Menteri tetapi apa yang pasti ia memberikan isyarat yang jelas kepada penyokong-penyokong Pas bahawa dari semasa ke semasa, pendirian Nik Abdul Aziz semakin mengelirukan.
Oleh itu, mana-mana pemimpin dan ahli UMNO tidak perlu teruja dengan sikap terbaru Nik Abdul Aziz itu. Sebaliknya, mereka harus menganggap ia adalah satu lagi kenyataan politik Nik Abdul Aziz dalam usaha mengalihkan pandangan terhadap beberapa isu yang kini sedang mengancam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.
Soal sama ada Najib adalah pemimpin Islam yang berani atau tidak, bukanlah hak Nik Abdul Aziz yang menilai kerana selama ini apa juga yang dilakukan oleh pemimpin UMNO terutamanya Najib, bukanlah mengharapkan pujian. Sebaliknya beliau melakukan demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Kesimpulannya, dalam soal kenyataan Nik Abdul Aziz ini juga, mungkin kita boleh memikirkan pandangan seorang lagi pemimpin muda Pas yang menganggap Menteri Besar Kelantan itu dilihat sering menjadi tumpuan dan kontroversi kerana kenyataan-kenyataan yang dibuatnya.
"Bayangkan kalau media tidak melaporkan kenyataan beliau, sudah tentulah Nik Abdul Aziz tidak akan dilihat lebih dominan berbanding Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Oleh itu saya tidak hairan dengan pujiannya kepada Najib kerana itulah strategi politik Nik Abdul Aziz selama ini bagi menarik perhatian," katanya.

Singapura belum sedia pilih PM bukan Cina – Hsien Loong



SINGAPURA 9 Nov. – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berpendapat republik ini yang mempunyai penduduk berbilang kaum berjumlah lebih 3.5 juta orang, belum bersedia untuk memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat.
Hsien Loong membuat kenyataan itu semalam semasa dialog dengan anggota masyarakat Melayu di sini sebagai menjawab soalan sama ada pemilihan Barack Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS) bermakna anggota kaum minoriti di negara ini juga berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri.
“Kemungkinannya ada, ini bergantung kepada cara penduduk mengundi dan siapa yang mendapat keyakinan rakyat.
“Adakah ini akan berlaku tidak lama lagi? Saya tidak fikir begitu kerana seseorang perlu memenangi undi,” kata Hsien Loong menurut laporan akhbar Sunday Times hari ini.
Beliau berkata, sentimen yang mendorong seseorang mengundi calon tertentu akan memakan masa yang lama untuk hapus sama sekali.
Kira-kira 75 peratus daripada 3.64 juta penduduk tetap Singapura ialah kaum Cina, sementara hampir 14 peratus merupakan kaum Melayu dan sembilan peratus lagi kaum India.
Jawatan Presiden Singapura yang tidak memiliki kuasa sebenar disandang oleh seorang yang berketurunan India.
Seorang daripada dua Timbalan Perdana Menteri Singapura serta tiga menteri dalam Kabinet Hsien Loong juga daripada kaum India.
– AFP

15 Disember 2009

TSM


Ada ada orang mengatakan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sombong. Raut wajah agak bengis dan susah nak memberi senyuman.

Ada pula yang gerun nak berjumpa atau bermesra dengan beliau. Malah pelbagai tanggpan negatif dilontarkan. Apatah lagi tokoh politik yang bersaing dengan beliau. Begitu juga pihak pembangkang yang tak henti-henti memberi pandangan buruk bagi mengaibkan tokoh tersohor ini.

Hakikatnya mereka yang biasa dengan TSM sahaja tahu perwatakan dan budibaik TSM. Beliau mudah mesra dan sedia didekati untuk bersalaman, bertanyakan sesuatu mahupun berjumpa beliau selaku pemimpin no 2 negara.

Sepanjang saya berkhidmat di daerah Muar membabitkan Parlimen Pagoh, beliau merupakan tokoh yang cukup berketrampilan dan dedikasi.

Beiau boleh diajak berbicara dan boleh dihubungi melalui SMS. Wajah kesombongan yang tergambar bukan memperlihatkan beliau sebagai sombong. Bahkan beliau adalah pemimpin yang tenang dan cukup prihatin bila berhadapan dengan orang ramai.

Nostalgia Bersama UMNO


UMNO adalah parti orang Melayu. Ia menjadi wadah perjuangan untuk terus memertabatkan agama, bangsa dan negara.

Pemimpin UMNO banyak berjasa kepada negara. Walaupun ramai yang sudah berpulangan yang tak akan kembali lagi, masih ramai lagi yang mampu menonjol untuk memimpin UMNO di semua peringkat kepimpinan.

Meskipun UMNO pernah bergelut dalam pelbagai isu kepimpinan, ia masih mampu meletakkan dirinya sebagai kuasa politik Melayu/Islam yang hebat.

Pelbagai gugatan dari dalam dan luar untuk merobek kekuatan UMNO, namun dikeranakan majoriti ahlinya masih sayangkan UMNO maka segala bentuk ancaman dapat diatasi dengan jayanya.

Musuh-musuh UMNO yang datang dari orang Melayu memang mencemburi UMNO bukan kerana perjuangannya. Melayu memusuhi UMNO itu kerana terpedaya dengan beberapa pemimpin parti PAS dan Keadilan yang mendakwa bermacam tohmahan dan keburukan. Sehingga sedia menggempor UMNO dan bersengkokol dengan parti yang memang anti orang Melayu iaitu DAP.

Oleh sebab itu kerja mengucar-kacirkan UMNO semakin mudah dilakukan oleh DAP kerana PAS dan PKR atas nama Pakatan Rakyat bersepakat untuk menumbangkan BN yang ditunjangi UMNO.

Perjuangan UMNO jelas dan 50 tahun berada di puncak kuasa memperlihatkan UMNO amat bertolak-ansur dan adil mentadbirkan negara. Kematangan UMNO itu dapat diperlihatkan sehingga kini tanpa mendikriminasikan rakayat. Hanya puak penentang (pembangkang) yang memfitnah UMNO zalim dan tidak adil.

Walhal, pengorbanan UMNO di dalam BN sedia memberi kerusi kepada parti kompenen untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu sama ada peringkat DUN mahupun Parlimen. Begitu juga perlantikan anggota Ekso di negeri-negeri dan anggota Kabinet di peringkat pusat.

Jika dibandingkan dengan Singapura yang majoritinya kaum Cina, kedudukan kaum Melayu yang jadi minoriti kian terpinggir. Dalam kabinet dan kerajaan tidak diberi peluang. Malah dalam perkhidmatan kerajaan pun berada di kedudukan yang rendah.

Mengapakah tidak ada orang Malaysia khususnya Pakatan Rakyat menegur kerajaan Singapura di bawah PAP yang mana DAP berasal dari parti tersebut membisu seribu bahasa kalau benar mereka parti yang baik.

10 Disember 2009

Kita akan kalah kalau mengalah

Dr. Mohd Ridhuan Tee

RAMAI orang bertanya, kenapa Lee Kuan Yew berjaya dengan sistem satu aliran pendidikan di Singapura dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kuan Yew dipuji melambung kerana dikatakan sanggup korbankan bahasa ibunda demi kepentingan negara.

Betulkah? Jawapan saya, Kuan Yew tidak ada pilihan. Justeru, beliau terpaksa bertindak tegas. Jika ada pilihan, saya yakin beliau tidak akan bertindak sedemikian. Ingat! bahasa Mandarin masih dijadikan subjek penting di sana berbanding bahasa Melayu, dengan alasan mereka adalah majoriti.

Sejarah Singapura perlu difahami kenapa Kuan Yew memilih bahasa Inggeris? Jika Singapura bukan berasal daripada sistem kenegaraan Melayu, saya yakin Kuan Yew tidak akan memilih bahasa Inggeris. Kuan Yew sudah lama dapat membaca pemikiran psikologi orang Melayu.

Kebolehan beliau menulis dan membaca Jawi sudah dapat mencairkan orang Melayu.
Kuan Yew hanya mengorbankan bahasa Mandarin sementara waktu. Janganlah kita buat andaian bahawa Singapura maju kerana menggunakan bahasa Inggeris. Sifat ultra kiasu amat berkait rapat.
Apa yang penting hari ini ialah bagaimana untuk menangani sikap ultra kiasu mereka yang amat bahaya kepada politik negara kita. Ingat, pengikut-pengikut ultra kiasu Singapura ini masih ramai berada di negara kita, dengan sebab itu mereka tidak habis-habis menuntut dan mendesak. Apakah kita masih tidak sedar? Ringkasnya, mereka tidak bersendirian.

Lihatlah berapa banyak tanah-tanah strategik yang telah tergadai? Begitu juga dengan rumah-rumah mewah yang telah dibeli? Jangan lupa perjanjian air dan kawasan tadahan air yang dijaga oleh tentera Singapura walaupun berada di Johor.

Kuan Yew teramat jarang melawat Malaysia selepas pemisahan, kenapa beliau sanggup ke negara kita baru-baru ini terutama ke Pulau Pinang? Sedarkah kita apa yang dibincangkan secara tersurat dan tersirat? Fikirkanlah. Jangan terlepas pandang pula nasib Melayu di Pulau Pinang?

Banjar Malaya:

Apakah muslihat mentor menteri Singapura ini. Kalau tidak ada berada, masakan tempua bersarang rendah.

Awang Hitam Cemarkan Cyberjaya


BARU-baru ini, rakyat negara ini digemparkan dengan statistik tinggi menunjukkan kebanjiran warga asing yang kian meningkat saban hari. Malahan turut terpampang dalam akhbar jangkaan kemasukan sebanyak 84,000 warga kulit hitam pada Januari 2010.
Persoalannya, apakah kesannya terhadap sosiobudaya dan keharmonian kami warga Malaysia di Cyberjaya?

Saya merupakan salah seorang penuntut di sebuah universiti swasta di Cyberjaya. Kebanjiran warga Afrika yang kian meningkat di Cyberjaya telah memberikan impak yang mengerikan terutamanya rakyat Malaysia yang belajar, bekerja dan menetap di sana.

Tujuan utama pembangunan Cyberjaya ialah untuk menyediakan anjakan paradigma daripada segi pembangunan ICT dan teknologi, selain menjadi teras multimedia bertaraf dunia bagi syarikat IT. Keunikan Cyberjaya ialah pembangunan infrastruktur dan sistem IT yang setanding dengan Silicon Valley di Amerika dan Banglore di India.

Justeru, salah satu piagam (Bill of Guarantee) MSC bagi Cyberjaya ialah mewujudkan suasana yang selesa, aman, harmoni dan selamat bagi menarik pakar-pakar IT dan pekerja-pekerja yang berpengetahuan tinggi bekerja dan menetap di sini. Malahan Cyberjaya menjadi salah satu perantaraan yang paling sesuai untuk menonjolkan kepada dunia tentang pembangunan dan keharmonian hidup rakyat di Malaysia.

Malangnya, disebabkan jumlah warga Afrika yang bukan tergolong kepada pekerja berkemahiran tinggi yang kian meningkat dan dominasi mereka terhadap kawasan persekitaran Cyberjaya telah menjejaskan suasana harmoni dan juga keselamatan di Cyberjaya.

Pernah sekali saya dan rakan-rakan sedang bermain futsal, kami diherdik dengan kasar oleh sekumpulan warga Afrika apabila mereka datang ke gelanggang secara tiba-tiba. Salah seorang warga Afrika itu dengan kasarnya bertanya kepada kami “Gelanggang siapa ini dan siapa berkuasa?”. Sikap sombong dan angkuh mereka ini kian menjadi-jadi apabila jumlah mereka kian meningkat.
Turut menjadi mangsa ialah seorang pemandu teksi yang mengambil penumpang kulit hitam ini apabila mereka tidak mahu membayar tambang apabila tiba ke destinasi. Kejadian ini kami saksikan sendiri kami. Di hujung minggu mereka akan melakukan aksi ‘drift’ hingga membahayakan pemandu-pemandu di sini.

Cyberjaya yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, untuk memacu pembangunan ICT Malaysia ke persada dunia akan tersasar sekiranya tindakan tidak diambil kepada pendatang yang tidak diundang ini.

Mahukah kita menjadikan Cyberjaya ini seperti Harlem di Amerika atau Lagos di Nigeria yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi dan merupakan sarang pengedaran dadah? Masih belum terlambat untuk pihak berkuasa mempastikan perkara ini tidak berlaku.

Historic meeting for MM Lee and PAS leader Nik Aziz



KOTA BARU (KELANTAN): Two veteran politicians met for the first time yesterday in the capital of the Malaysian state of Kelantan.

Minister Mentor Lee Kuan Yew met with Datuk Nik Aziz Nik Mat for an hour at Kota Darul Naim, Kelantan's government complex that houses the office of the chief minister and the state assembly hall.

Datuk Nik Aziz is the state's Menteri Besar as well as the spiritual leader of the opposition Parti Islam SeMalaysia (PAS), which won control of Kelantan state in 1990.

MM Lee and Mr Nik Aziz posed for pictures before settling down to converse.
They exchanged a few pleasantries in Malay before a translator took his place between the two leaders.

Mr Lee, who is turning 86, arrived from Penang on Saturday evening, and is in Kuantan, the capital of Pahang state, today for the last leg of his eight-day visit to Malaysia.
Mr Nik Aziz, 76, told reporters later that he had asked Mr Lee how he should address his guest, since it was their first meeting.

'In Malaysia, we call people Your Excellency, Datuk or something. He said (in Singapore) we are all the same, so I called him 'Encik Lee'.'

In turn, he said Mr Lee called him 'Nik Aziz'.

Mr Lee's press secretary Yeong Yoon Ying said that the Minister Mentor and Mr Nik Aziz spoke about strengthening ties between Kelantan and Singapore.

Mr Lee also 'shared Singapore's experience in implementing the English language policy and the importance of English in global affairs', said Madam Yeong.

Yesterday, the Minister Mentor also toured Kota Baru by car, and met with Datuk Husam Musa, Kelantan's Executive Councillor in Charge of Finance and a former PAS vice-president.

Mr Nik Aziz, Kelantan's chief minister since 1990, is revered in the state and respected in Malaysia for living a simple life and running a clean government.

The Menteri Besar said that he would like to thank Mr Lee, 'a leader who is respected internationally', for coming to Kelantan and for inviting him to Singapore. He said he declined due to health reasons.

The opposition party PAS, with nearly a million members, is the biggest party in Malaysia after Umno, which is part of the ruling Barisan Nasional coalition.

PAS is a member of the three-party Pakatan Rakyat alliance which controls four of Malaysia's 13 states and more than a third of the seats in the federal Parliament.

The Menteri Besar said Mr Lee told him he had come to Kelantan 'to see for himself' developments there, 'whether it is the same as what has been written by the newspapers'.
Mr Lee had asked how PAS would view Singapore if it comes to power, said Mr Nik Aziz. His reply was that he would treat everyone 'the same, as can be seen in Kelantan'.

With MM Lee in Kelantan were Minister for Finance Tharman Shanmugaratnam, Minister for Education Ng Eng Hen as well as Senior Parliamentary Secretary for Education and Home Affairs Masagos Zulkifli.

Acting Minister for Information, Communications and the Arts Lui Tuck Yew flew back to Singapore from Penang earlier for some ministry engagements.

In a short speech, Mr Nik Aziz said Singapore is known for its anti-corruption stance and 'a champion of democracy'.
'Singapore is also very strict in keeping the city clean, and these aspects are good things that we can emulate,' he said.
Mr Tharman in his speech yesterday said that he hoped Singapore and Kelantan could build on their relations.
'Whatever happens in Malaysia politically, we would like to maintain the best of relationships between Singapore and all the respective parties in Malaysia,' he said.

-end of ST article
Banjar Malaya:
Siapa yang tak kenal Lee Kuan Yew. Apatah lagi kalau anak Johor. Bagaimana beliau mentadbir Singapura. Apa sudah jadi kepada orang Melayu dan Islam di sana. Saya amat setuju dengan tulisan Redhuan Tee yang menyarankan orang Melayu/Islam membaca, memahami dan menyelediki nasib orang Melayu/Islam di Singapura. Kemudian melihat nasib sendiri di negara kita ini.
Nampaknya Tok Guru Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat cukup berbangga dengan Lee Kuan Yew. Keakraban ini difahamkan kerana hubungan intim PAS dengan DAP selain PKR. Maklumlah PAP parti yang pernah dipimpin oleh Lee dan kini anaknya mempunyai misi, strategi dan matlamat yang sama dalam perjuangan politik mereka.
PAP dan DAP adalah pejuang negara sekular totok. Anihnya, TGDNA mesra dan akur dengan mereka. Wah, selama ini menuduh dan mendakwa UMNO sekular. Kalau anti sekular, kenapa terlalu akrab dengan sekular totok itu.
Apabila Karpal Singh mencabar Pas jangan cuba melaksanakan Hukum Hudud dengan amaran langkah mayatnya dulu, pemimpin dan penyokong Pas membisu seribu bahasa. Mana prinsip perjuangan Islam yang diuar-uarkan selama ini.

Pandangan Ahli Sufi terhadap dosa dan taubat

Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari seorang ulama terkenal dalam bidang sufi dalam salah satu kata hikmahnya menyebut :-

معصية أورثت ذلاَ وانكسارا , خير من طاعة أورثت عزَا واستكبارا

Ertinya : "Satu maksiat yang menyebabkan kamu merasa kerdil, rendah diri, hina dan hancur hati ( kerana penyesalan dan taubat) lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung, bangga dan hebat ( sehingga tahap ujub)"

Satu lagi kata hikmah beliau sebelum itu yang berbunyi :-

ربما قضى عليك بالذنب فكان سبب الوصول

Ertinya : Berkemungkinan ditaqdirkan bagimu melakukan satu dosa sebagai sebab musababab untukmu sampai kepada keredhaan Allah swt (dengan rasa rendah diri, hina dan akhirnya berubah menjadi soleh)

Dr Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti dalam menghuraikan kedua-dua hikmah ini membawakan dalil berikut sebagai sokongannya :

إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُوْلَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

Ertinya : kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Furqan : 70)

ISU-ISU AKHBAR CINA


BTN bazir duit rakyat

NAMPAKNYA isu Biro Tata Negara (BTN) terus mendapat perhatian akhbar-akhbar berbahasa Cina. Akhbar China Press pada Selasa lalu menyiarkan artikel bertajuk "Liew Chin Tong dedah peruntukan RM74 juta untuk BTN".

Menurut akhbar itu, ahli Parlimen DAP dari Bukit Bendera mendakwa, BTN mendapat peruntukan sebanyak RM74 juta pada tahun ini. Kata beliau, peruntukan itu lebih RM4 juta berbanding peruntukan Parlimen iaitu RM70 juta.

Ahli Parlimen DAP itu mendakwa, jumlah itu terlalu banyak dan sangat "memeranjatkan" kerana ia semata-mata untuk menanam fahaman perkauman.

Kata Chin Tong lagi, menurut Bajet 2010 BTN itu, ia akan mengambil 224 pekerja tetap tahun depan. Katanya, penambahan itu tidak sepatutnya berlaku kerana BTN kini bermasalah.

"Berbanding peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM), bajet untuk Parlimen sangat sedikit,'' kata ahli Parlimen itu yang turut membandingkan bajet untuk JPM dan Parlimen secara panjang lebar.

Sementara itu, akhbar Nanyang Siangpao kelmarin (6 Disember) turut menyiarkan artikel berhubung BTN dengan tajuk "Kenapa buka mulut sahaja terus menafikannya?"

Artikel tulisan Chua Yaw Wee itu mempertikaikan perbezaan pendapat antara Menteri di JPM, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Timbalannya, Ahmad Mazlan berkaitan isu itu.

Menurutnya, Nazri mahu kandungan kursus BTN dirombak bagi memenuhi konsep 1Malaysia tetapi Ahmad berkata, kandungan kursus tersebut telah pun memenuhi aspirasi gagasan itu.

"Bagaimana dalam satu kementerian ada perbezaan pendapat? Kami rakyat jelata mahu tahu yang mana satu betul? Perbezaan pendapat akan membuat semua orang rasa muak. Ia menunjukkan keputusan kurang cerdik oleh kerajaan. Menteri sendiri tidak jelas tanggungjawab mereka.

"Perbalahan antara kaum langsung tidak dapat ditangani dengan baik. Jadi bagaimana orang ramai boleh menaruh sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada kerajaan?" katanya.
Menurut Yaw Wee, sekurang-kurangnya kerajaan mesti menyelidik dan bukannya terus menggeleng kepala menafikan sesuatu isu apabila ia dibangkitkan.

Beliau turut mempertikaikan jumlah peruntukan yang terlalu banyak - RM74 juta - yang disalurkan untuk BTN melaksanakan program-programnya dan menganggap ia sebagai satu pembaziran.

Kewangan negara semakin parah

Akhbar China Press pada 2 Disember pula menyiarkan berita bertajuk "Adakah keadaan kewangan negara hampir menemui ajalnya?" dalam ruangan Perbincangan Rakyat.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam artikel itu mendakwa, beliau dimaklumkan bahawa "kerajaan sudah tidak ada duit" sebelum Bajet 2010 diumumkan pada akhir Oktober lalu.

"Apabila dikaji Bajet 2010, semua menteri tidak kira di dalam Dewan atau di luar, berkata kerajaan semakin kehabisan wang. Saya sendiri tidak percaya. ia memang sangat menakutkan.

"Kerajaan telah gunakan sepenuhnya duit dari sumber petroleum. Setiap sen duit itu semua telah habis digunakan oleh kerajaan,'' katanya.

Menurut beliau, paling malang semua duit itu digunakan untuk pengurusan kerajaan dan bukannya untuk menjana ekonomi negara.

"Akhirnya bayaran balik pinjaman negara semakin lama semakin tinggi,'' dakwanya.
Oleh itu katanya, kerajaan cuba melakukan apa sahaja untuk mendapat duit. Ia termasuk yang nampak remeh seperti cukai minimum RM50 untuk setiap kad kredit. Keadaan itu katanya, akan membolehkan kerajaan mendapat hasil tambahan RM500 juta dan ia adalah wang rakyat.

Katanya, pelbagai cukai baru yang membebankan rakyat diperkenalkan termasuk cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang akan dikenakan pada 2011.

"Maka orang kaya atau miskin juga dikenakan cukai. Ketika ini hanya 6.7 peratus penduduk negara ini dikenakan cukai tetapi apabila GST diperkenalkan, semua akan terima beban.

"Nampaknya dalam tempoh 20 tahun ini, rasuah di kalangan pegawai kerajaan semakin berleluasa dan kini kerajaan kehabisan duit. Kerajaan terpaksa mengemis kepada rakyat tetapi rakyat sebenarnya menjadi mangsa disebabkan pelbagai cukai tersebut.

"Kini rakyat semakin sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak cekap menguruskan wang negara,'' tulis beliau.

Hak orang Cina ditarik balik

Akhbar Nanyang Siangpao pada 5 Disember menyiarkan artikel bertajuk "Ong Tee Keat keluar masuk hospital" tulisan Meng Lun Weng.

Menurut penulis itu, dalam politik semua orang ada cara tersendiri.

Beliau mendakwa, pergolakan MCA berpunca daripada Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek. Katanya politik mereka sangat pelbagai. Pada suatu masa orang itu menyokong Tee Kiat dan pada masa lain orang yang sama beralih sokongan kepada Soi Lek.

Penulis itu mendakwa penyakit MCA terlalu parah ketika ini sehingga memerlukan campur tangan UMNO.

Bagaimanapun katanya, beliau lucu dengan taktik Tee Keat yang menggunakan "sakit" sebagai umpan.

"Adakah ia seperti disusun atur? Caranya sama seperti zaman pemimpin MCA terdahulu. Sebelum melepaskan jawatan atau memberi laluan, alasan sakit digunakan. Apabila keputusan dibuat, pemimpin itu tiada.

"Kenapa Tee Keat tiba-tiba sakit? Ada orang kata perkara itu ialah muslihat,'' kata penulis ini sambil membandingkan isu itu dengan apa yang berlaku terhadap negara China sewaktu bangsa Manchuria menjajah mereka, 300 tahun lalu.

Katanya, walau apa pun yang berlaku, pemimpin MCA tidak seharusnya secara sewenang-wenangnya menggadai hak orang Cina.

"Namun hak orang Cina semakin hari semakin lemah. Ini adalah tanggungjawab besar orang-orang politik! Jangan hanya kerana hendakkan jawatan dalam parti, semua hak orang Cina digadai,'' katanya.


Banjar Malaya:
Apabila kita meneliti laporan akhbar Cina nampaknya tidak patriotik langsung. Malah berbaur perkauman. Yang membimbangkan tulisan sedemikian akan menghasut kaum Cina semakin jauh memahami erti bernegara yang berlandaskan Perlembagaan Negara. Nampak sangat semangat ultra kiasu yang boleh menghakis rakyat keturunan Cina benci kepada pemimpin.

Jika beginilah mentaliti pemilik dan readksi akhbar-akhbar berkenaan Gagasan 1Malaysia sukar untuk diterima dengan baik malah wujud pelbagai prasangka buruk. Hal ini jika dibiarkan dikhuatiri akan berlaku pertembungan yang boleh meranapkan perpaduan nasional.

Kenapa akhbar Cina ini tidak memberikan sesuatu yang terbaik untuk negara dan memahamkan semangat rakyat cintakan negara. Sering memutarbelitkan isu dan mendorong kepada tuntutan-tuntutan yang melampau.

Jangan mainkan api perkauman dan sensitiviti orang Melayu. Jangan curahkan petrol kemarahan hingga kesabaran orang Melayu yang selama ini cukup toleransi dan bertolak-ansur dalam banyak perkara. Lihatlah sejarah kontrak sosial yang dikorbankan oleh orang Melayu sehingga anda diterima menjadi warga negara.

Apa makna "tangan yang menyuap nasi, tangan itu yang digigit". Kalau UMNO sebagai tunggak BN tidak berlaku adil, kenapa tak pernah fikir nasib orang Melayu di Singapura di bawah pemerintah orang Cina kalau betul-betul pengamal demokrasi sebenar.

Singapura boleh melaksanakan pelbagai dasar yang kebanyakan menguntungkan satu kaum tetapi dalam masa yang sama menafikan hak orang Melayu. Alasannya kerana Singapura majoritinya adalah Cina. Kenapa pertikai pula kerajaan Malaysia yang majoritinya Melayu/bumiputra yang dasar cukup adil selama ini.

Kerajaan Malaysia tidak pernah merampas kekayaan kaum Cina meskipun kaum Cina ada 26% penduduk negara berbanding Melayu. Penguasaan ekonomi orang Cina begitu besar. DEB yang dirangka untuk bumiputra tidak mencapai lagi 30% sekedar 18%. Kenapa tak beri peluang dan ruang untuk membantu orang Melayu sebagaimana perkongsiaan kuasa dalam BN. Masih kurang lagikah pencapaian kaum Cina dalam ekonomi.

Cuba kita lihat di sektor swasta milik orang Cina, pekerja-pekerja Melayu masih lagi didikriminasikan sama ada perjawatan mahupun penggajian. Kelulusan, pengalaman dan kemampuan sama tapi pangkat dan gaji berbeza. Orang Melayu dibayar gaji kurang dan pangkat susah nak diberi. Jangan merepeklah kalau dalam menguruskan syarikat pun tak adil kepada pekerja apatah lagi kalau memerintah negara.

Adakah adil orang Melayu yang banyak berkorban untuk orang Cina. MCA dan Gerakan yang menjadi calon BN menang di kawasan majoriti Melayu tapi kalah teruk di kawasan majoriti Cina. PRU12 jelas memperlihatkan pengundi-pengundi Cina terlalu sedikit untuk memangkah calon BN terutama dari UMNO.

Saranan saya, buatlah artikel dan anlisis yang menyeluruh berkaitan orang Melayu di Singapura dari segi politik, agama Islam, kedudukan dalam kerajaan dan sebagainya. Betapa orang Melayu kian tersisih tanpa pembelaan sewajarnya.